My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 April 2010

hilangkan stress anda




Kunkun!!


Dua tiga hari ni member-member Facebook aku sibuk buat status yang memperlihatkan perasaan stress mereka. Ada yang stress sebab exam just around the corner, assignment yang menghampiri dateline, kerja yang tak terbuat, praktikal yang lambat lagi nak habis serta team bola mereka kalah. Aku pun stress duduk kat umah takde kerja nak buat ni. Tau tak ada banyak cara nak hilangkan stress. Saje la aku nak share benda-benda yang aku pernah buat untuk hilangkan masalah jiwa ni. Korang nak buat korang buat la tapi kalau ada kesan buruk jangan salahkan aku. Hahaha. So renung-renungkan dan selamat beramal.


Gigit dan Kunyah

Ni destructive habit. Jangan amalkan. Benda ni start dari sekolah lagi. Aku suka gigit tudung pen dengan straw. Best gua cakap lu. Sampai berair. Euuuurrrggghhh!! Biarlah kotor di mata orang asalkan best di mulut aku.

The Left One | Straw tu digigit sampai lumat


Rokok

Rokok ni takyah explain banyak-banyak la kan. No komen.

Amaran | Merokok bahaya untuk kesihatan


Makan

Yang ni boleh dikira best. Bila stress je makan. Tak kisah lapar ke tak. Tapi aku dah stop buat benda ni lepas tersalah makan goreng pisang cicah dengan cendol. Mengalahkan rasa panadol basi. Tapi tak kisah la. Dalam perut nanti diorang bersatu jugak. Baik jumpa awal-awal kan.

Punca | Kebiasaannya kerana tertekan dengan member


Pintal Rambut

Aku tak tau sejak bila aku suka buat benda ni. Dulu masa rambut pendek aku dah start buat. Sekarang rambut panjang lagi lagi la aku buat. Tak tahu la kenapa bila stress dan bila takde kerja nak buat je tangan ni automatik gulung-gulung rambut. Model iklan syampu la kononnya. Hahaha.

Pintal Memintal | Orang botak tak boleh buat


Koyak/Gulung Kertas/Tisu

Ni satu lagi destructive habit. Mungkin tangan ni jenis tak reti duduk diam kot. Bila pegang je tiket bas atau resit pembelian atau tisu, tangan ni macam bergerak tanpa kawalan. Dengan sendiri je dia menggulung kertas dan tisu tu ibarat seseorang menggulung rokok daun. Kadang-kadang hujung tu dikoyakkan sedikit. Tak tahu kenapa. Nampak style kot.

Potong Memotong | Nak power lagi korang gunalah gunting


Gigit Kuku

Yang ni aku start buat sejak aku praktikal. Boring teramat sangat, last-last kuku jadi mangsa. Tapi sejak aku menggigit kuku di depan cermin, aku dah stop buat benda ni. Sebab mengikut apa yang terpancar di cermin ajaib Snow White tu, muka seseorang menggigit kuku kelihatan resah dan gelisah. Cuba la korang gigit kuku dan tengok wajah korang. Hahaha.

Warning | Gigit kuku tangan sahaja, bukan kuku kaki


Klik Pen

Aku pernah kena tegur masa exam PMR sebab klik pen. Masa tu exam Sejarah dan aku tak tahu apa jawapan untuk soalan pasal Kesultanan Melayu Riau. Aku ingatkan dengan cara klik-klik pen aku akan mendapat ilham untuk menjawab tapi malangnya aku mendapat teguran dari pengawas peperiksaan. Sebab dia la aku dapat B subjek Sejarah. Hahaha.

Sensitiviti | Klik pen dapat mengganggu ketenteraman awam


Prak Prak

Aku pun tak tahu nama sebenar aktiviti ni so aku panggil Prak Prak sebab memang bunyi dia macam tu. Ni tabiat yang semua orang buat. Suka letup-letupkan jari, pinggang dan leher. Memang sedap kan? Tapi ramai yang cakap kalau selalu buat Prak Prak ni mendatangkan kesan negatif. Ada jugak yang rasa ngilu bila tengok orang buat Prak Prak ni. Aku tak tau kenapa.

Arthritis | Penyakit tulang akibat prak prak


Korek Hidung

Yang ni memang favourite semua orang. Siapa tak korek hidung kat sini? Hahaha. Yang ni jadi favourite sebab korang cuma memerlukan jari dan hidung. Jari tangan ye bukan jari kaki. Hahaha. Boleh dibuat di mana sahaja pada bila-bila masa. Cuma output yang korang hasilkan tu jangan buang atau calit kat merata-rata tempat. Kebersihan kena jaga bro.

Korek korek | Bahagian dalam hidung amat mudah tercedera

Ada banyak lagi la cara mengurangkan stress ni. Ada yang suka cabut rambut, gunting kertas, buat origami, peluk bantal busuk, hisap jari, bercakap sorang diri, melalak tak tentu hala dan banyak lagi la. Cuma kita sebagai orang Islam tak payah la ikut style Mat Salleh yang bila stress je minum arak atau ambik dadah. Guna je cara yang save budget aku listkan tu.



Kunkun!!




10 comments:

selembut salju said...

owhh...erm..
lawak2..
hehe..
ni post yg ke berapa dah apih??
lalala..hehe
=)
yyg prak2 tu sape yg jadi mangsa tu..
dah la kat pital..
iskk9

Apih El Nino said...

hahaha...
prak prak tu masa fisioterapi konok...
kebetulan ada gambar dia...
hehehe...

Anonymous said...

ade lagi 1 cara nak hilangkan stress...
yg ni pun boleh kate sume org ske buat...

=))

TIDO...

tol x?? haha XD

Apih El Nino said...

hahaha...
betol betol betol...
sape2 mesti suke buat tu...
rasanya takde org yg x suke tido kot...
tido memang penghilang stress yang terbest :)

selembut salju said...

fisioterapi..
dia tuh dak fisio kew??
aku ingt geng gc gak.. hehe

Apih El Nino said...

dia geng GC aku jugak la...
cume dia tau pasal fisio...

selembut salju said...

owhh..
ptt la mc muka set2 mu gak
hehe

Apih El Nino said...

muka budak2 GC ni sama ke?
sampai mu kata gitu tu...
hahahaha...

selembut salju said...

maksud saya..
FAMILIAR..
aduhyaii

Apih El Nino said...

hahaha...
okay2...
aku baru faham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...