My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 December 2011

selamat datang 2012 selamat tinggal 2011





Tag daripada Anifa Mohd Noor ini adalah penutup entry untuk tahun ini.




11 perkara yang menyeronokkan tahun 2011

Tengok Manchester United kalah 6-1 dan keluar awal Champions League.
Berani tegur perempuan depan-depan nak berkenalan.
Main game 'Beraya Rumah Ex Girlfriend' dengan GC.
Dapat sesuaikan diri main futsal style Barcelona.
Buat mama dan papa bangga dapat anak seperti ini.
Sambung Degree Computer Network Security.
Kegembiraan Terengganu juara Piala FA.
Akhirnya dapat pakai Blackberry.
Pengalaman kerja 7-Eleven yang hebat.
Dapat tulis entry yang disukai ramai.
Pertambahan 1907 followers dalam tempoh 365 hari.


11 perkara yang menyedihkan tahun 2011

Dapat berita akan berpisah dengan Nino tahun depan.
Terengganu kalah Piala Malaysia.
Musuh dan haters yang bertambah.
Couple sekejap lepas tu putus.
Cedera lutut yang agak serius.
Sikap pemalas yang meningkat.
Tukar Facebook Timeline terlalu awal.
Terlalu lemah dengan godaan perempuan.
Dua kali kalah suku akhir tournament futsal.
Penyakit Shoulder Dislocate semakin kerap berlaku.
Terlalu pentingkan ego sampai terlepas beberapa calon kekasih.


11 azam tahun 2011 dan adakah semua itu tercapai

Berjaya Beli Blackberry.
Gagal bercuti ke luar negara.
Gagal bercouple lebih dari enam bulan.
Berjaya berbaik dengan semua ex girlfriends.
Berjaya layak sekurang-kurangnya suku akhir futsal.
Berjaya buat mama dan papa bangga.
Gagal habiskan lebih masa dengan keluarga.
Berjaya shopping butik branded.
Berjaya beli jersi Real Madrid terbaru.
Berjaya pegang title single setahun.
Gagal guna duit ke arah benda berfaedah.


Satu cerita menarik tahun 2011

Berbaik semula dengan semua bekas kekasih yang ada. Bunyi macam ramai padahal empat orang je. Pertama kali buat benda yang orang kata mustahil tapi tak salah mencuba. Alang-alang cuba, cuba sampai berjaya.


Perasaan meninggalkan tahun 2011

Gembira dan sedih pun ada. Dalam aku gembira aku semakin dewasa tanpa aku sedar mama dan papa juga semakin tua.


Tag 11 blogger lain

Asirah Shaf
Eya Yana
Iryna Idris
Fify Afikah
Efie Potter
Czueka Zulaikha
Azwa Shamsuddin
Deana Imbran
Lyana Sharin
Nurshafira Mohd Noor
Kaklong Adlina
Farhana Rosli


ps : Kita jumpa lagi tahun depan ;)




30 December 2011

anugerah terindah yang pernah aku miliki





Butang 'Enter' ditekan selamba. Atau mungkin tetikus ditekan begitu sahaja. Tertera di skrin satu halaman gelap gelita. Halaman yang mungkin kenal atau tidak siapa pemiliknya.



Bermula dengan satu gambar lelaki berbaju hitam memegang rambut. Diikuti ayat bukan Bahasa Malaysia yang agak rumit untuk disebut. Kemudian deretan gambar iklan yang kadang-kadang kelihatan serabut. Di sebelah kiri ada cerita yang berturut. Dan di kanan beberapa bahagian yang ada nampak macam sedikit mengarut.




Banyak cerita jiwang dan cinta. Ada juga cerita persahabatan dan keluarga. Ada yang suka gila-gila. Tak kurang yang mencemuh saja. Adat bila ada yang suka maka ada yang tidak suka. Siapa tidak suka bila orang dengar kita bercerita. Tapi yang paling penting apa yang hendak disampaikan itu sampai kepada yang mendengarnya.


Pembaca misteri. Gelaran yang dicipta sendiri. Walaupun ada yang terbongkar identiti. Namun ramai yang kekal tidak dikenali. Mereka berani bermain teka teki.


Pembaca sebenar. Pemiliknya seperti yang tergambar. Menonjolkan diri tanpa rasa gentar. Wajah mereka tidak samar. Memberi semangat dengan setiap pujian atau kutukan yang dihantar.


Followers setia. Entah dari mana datang mereka. Entah kenapa mereka ikut bersama. Terlalu banyak persoalan yang berada di minda. Dan kerana persoalan itu mereka megah di atas sana.


Bila aku tua nanti. Bila belog hitam ini terkubur sepi. Bila aku dan belog hitam ini sudah tiada lagi. Percayalah ini adalah antara detik paling indah sekali. Pembaca dan followers adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki.


ps : Andai hari esok dunia gelora takkan aku gemuruh selagi aku ada kamu ;)




28 December 2011

WW 17 - good to see you but goodbye







ps : Goodbye 2011. Hello 2012. Please be nice with me ;)




26 December 2011

bukan cinta buta tapi manusia yang buta





Dia cuba bertahan sekuat hati. Cuba berdiri. Terketar lutut terkacip gigi. Kerana simpati, tangan ini diberi. Dia menyambut dan berdiri kembali.



Air mata disapu dengan jari. Kembali terukir senyuman itu kini. Kesedihannya seperti sudah pergi. Namun hatinya tiada yang mengerti.




Dia jadikan aku tempat mengadu. Aku mendengar setiap perenggan ceritanya satu per satu. Kerap dia bercerita tentang hati yang patah seribu. Begini begitu.


Aku rasa sudah berbuih mulut aku kata aku ada. Sudah penat aku meyakinkan aku boleh beri dia bahagia. Setiap kali itu dia ketawa. Ketawa tidak percaya. Ketawa kerana manis bibir ini berkata-kata. Ketawa dan bertanya dia wanita yang ke berapa dapat tawaran serupa. Aku bukan lelaki yang mahu semua perempuan yang ada. Gila.


Dan hari ini aku tak akan kejar dia lagi. Bukan putus asa jauh sekali merajuk diri. Cuma penat bila setiap pengorbanan tak dihargai. Aku pergi. Sejauh yang mungkin dari sini.


Aku tahu hari ini dia mampu berdiri tanpa aku di sisi. Cuma aku bimbang kalau dia mampu mengubat luka di hati sendiri selepas ini. Nampak macam aku lebih pentingkan hatinya daripada hati aku sendiri.


Duhai hati maafkan pemilikmu ini. Kau paling hebat sekali. Walau hangus terbakar api, hancur dipijak
kaki, kau tetap berfungsi.


ps : Serius susah orang nak percaya bila orang tak serius cakap benda serius ;)



24 December 2011

lelaki jahat juga mahu keluarga bahagia





Bila seorang, atau dua orang mengatakan sesuatu, mungkin benda tu boleh dianggap biasa. Tapi bila ramai sangat kata benda yang sama, rasa lain macam pun ada. Kata-kata umpama doa. Mungkin semua doa itu boleh jadi nyata.



"Biasanya orang nakal macam kau dapat isteri pendiam je tahu..."

"Dia takde lelaki slow dapat perempuan slow. Dia kena berlawanan..."

"Aku tak tahu la perempuan mana dapat handle kau ni Apih..."


Itu kata-kata daripada kawan-kawan, keluarga dan orang terdekat yang kenal diri ini dalam dan luar. Dan kata-kata itu mereka usulkan dengan beberapa kisah benar. Kisah perempuan baik berkahwin dengan gengster, kisah lelaki skema bertunang dengan gadis popular.


Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada.


Menurut sejarah, papa dulu pelajar yang 'suka main-main' dan bertemu jodoh dengan mama yang dikira pelajar terbaik semasa mereka sama-sama belajar di universiti. Nenek aku yang suka makan makanan pedas berkahwin dengan datuk aku yang tak suka cili.


"Sebab dalam hidup ini kita kena saling melengkapi..."


Itu kata-kata akhir setiap kali topik ini dibincangkan. Sesungguhnya bukan kita tentukan jodoh, ajal dan pertemuan. Cuma aku harap bakal isteri aku nanti, yang aku tak tahu siapa boleh bawa aku lari dari lembah kehinaan.


Aku boleh kata aku mahu isteri comel macam Adira atau seksi macam Fasha Sandha. Tapi itu nombor dua. Nombor satu adalah peribadi yang mulia. Kalau bertudung kepalanya biarlah mulut dia terjaga. Tak guna menutup aurat kalau mulut puaka.


Jika benar bagai dikata, lelaki 'jahat' akan dapat isteri baik, aku rela. Bila aku marah, dia boleh tenangkan dan bila dia takut aku sentiasa ada bersama. Dia bimbing aku mendekati agama. Aku pimpin dia hal rumahtangga. Mungkin di situ ada jalan untuk anak aku ke syurga.


ps : Aku tengah fikir apa bakal isteri aku tengah buat sekarang ni ;)




22 December 2011

kisah kartun lama yang membesar bersama





Dulu mereka ini buat aku tak makan nasi. Dulu mereka ini buat aku tak mandi. Dulu mereka ini yang buat aku berani. Dulu mereka orang paling aku percaya sekali. Ini kisah kartun zaman 80-an hingga 90-an yang masih diingat sampai hari ni.



01 Power Rangers
Cerita dia paling panjang bagi aku. Daripada Power Rangers biasa, jadi ninja, jadi kereta, jadi ini, jadi itu. Dulu teringin sangat nak masuk dan kawal robot Power Rangers yang besar tu.


02 Suria Baja Hitam
Dia ada motorsikal yang laju. Dia ada tali pinggang yang boleh berpusing setiap waktu. Suria Baja Hitam atau Gaban ini sangat cool masa dulu.


03 Teletubbies
Bukan kartun kegemaran tapi terpaksa tengok sebab adik aku suka. Kisah empat teddy bear yang sebut "Ek Oooo" setiap masa. Semuanya comel-comel belaka.


04 Usop Sontorian
Mungkin ini cerita kartun Malaysia pertama yang aku suka. Kisah Usop dan kawan-kawannya yang gila-gila. Cerita yang mengajar betapa pentingnya kawan-kawan dalam hidup kita.


05 Sailormoon
Walaupun tajuknya Sailormoon, tapi Sailormars yang aku tunggu. Baju merah dengan rambut hitam panjang macam perempuan Melayu. Dia paling cantik di mata aku. "Sailormars, dengan kuasa bulan akan menghukummu!"


06 Tomatoman
Cerita ni dulu hari Khamis petang. Memang best walaupun heronya berkepala tomato dan berbadan orang.


07 Doraemon
Jangan kata cerita, buku Doraemon pun berlambak dekat rumah aku. Paling best bila Doraemon buat keluar alat baru. Dan Doraemon satu-satunya kucing yang aku tengok berwarna biru.


08 Keluang Man
Superhero pertama Malaysia. Cuma sampai hari ini aku tak tahu dia ni orang gila yang menyamar superhero atau superhero yang menumpang di rumah orang gila.


09 Thundercats
Cerita ni masa Maghrib tapi masa tu budak lagi jadi tak sembahyang pun tak apa. Bila pergi tadika esok mesti ambil pembaris lepas tu sebut "Thunder, Thunder, Thundercats" dan pukul sesiapa saja yang ada.


Sometimes, I wish I could go back in time and meet myself as a kid.


10 Dragon Ball
Cerita ni memang fenomena. Sebab aku sekolah hari Ahad jadi aku sanggup ponteng sebab nak tengok Goku menyelamatkan dunia. Tapi aku sebenarnya minat Bezita.


11 Ultraman
Ni memang favourite sampai bila-bila. Ultraman memang cool gila. Manusia biasa yang boleh bertukar rupa. Bukan setakat menjaga keamanan dunia malah juga keamanan angkasa raya.


12 Cybercop

Yang ni pun hebat juga. Kerja polis tapi bila ada raksasa terus jadi superhero yang senjata dia keluar dari bawah jalan raya.


13 Crayon Sin Chan
Dulu aku tengok cerita ni sebab dia kelakar gila. Tapi yang aku pelik kadang-kadang ayah aku tengok juga. Sekarang baru aku tahu cerita ni ada terselit lawak lucah di sebaliknya.


14 Dash Yonkuro
Ni cerita main kereta lumba. Masa ni aku siap beli lagi kereta jenama Tamiya. Kira original la. Siap pasang aksesori lepas tu ajak kawan-kawan berlumba.


15 Digimon
Ni kartun NTV7 yang buat aku simpan duit untuk beli game dia. Game kecik yang kena bela Digimon sampai dewasa. Siap bagi makan dengan bersihkan tahi dia. Lepas tu 'Battle' dengan kawan-kawan yang ada. Bila Digimon mati kena bela semula.


16 Slam Dunk
Ni kartun bola keranjang yang sangat panjang jalan ceritanya. Aku masa tu dalam dilema nak pilih watak Kaede Rokawa yang cool atau Hanamichi Sakuragi yang gila-gila.


17 Kampung Boy
Kisah Mat dan keluarganya. Dulu tak tahu pun cerita ni menggambarkan negara Malaysia. Sekarang bila besar baru tahu di mana kehebatan cerita ni sebenarnya.


18 Tom and Jerry
Kucing dengan tikus yang kerja dia berlari dan bergaduh tapi tak mati-mati walaupun kena bom ataupun kena hentam dengan dengan tukul besi. Sekarang pun kalau Astro siar Tom and Jerry aku mesti tengok lagi. Aku rasa sampai aku ada nanti pun Tom tak akan dapat tangkap Jerry ni.


19 Toy Story
Sebab cerita ni aku jadi sayang dekat barang mainan aku. Sebab cerita ni aku buat katil untuk mainan-mainan aku.


20 Transformers
Dulu takde Transformers sebenar macam hari ini. Dulu kartun je tapi lagi best sebab watak dia ramai lagi. Cuma dia cakap bahasa Inggeris jadi kena translate sendiri.


Untung budak sekarang ada Astro Ceria. Kartun ada setiap masa. Tapi perasaan tengok kartun bila-bila masa dengan menunggu seminggu sekali tak sama. Debarannya berbeza. Dulu tidak ada Detektif Conan, Upin Ipin, Boboiboy, Ben 10 atau Spongebob yang boleh ditonton bila-bila masa. Tapi sebab tak boleh ditonton bila-bila masa itulah budak-budak yang tengok kartun zaman dulu belajar menepati masa. Sekarang kalau tertinggal pun boleh tengok ulangan dia.


ps : Masih pelik macam mana Spongebob nyalakan unggun api dalam laut ;)




21 December 2011

WW 16 - first semester final exam result






ps : Result saya setimpal dengan kemalasan saya. Terima kasih semua ;)




17 December 2011

luahan perasaan seorang stalker sejati





Perkara pertama di fikiran selepas mata dibuka setiap pagi adalah dia. Maka tidak hairan nama dia ada disebut setiap kali berdoa. Facebook dia juga antara paling kerap dijenguk bila ada masa. Ini bukan cerita cinta Aril Elysa atau Zikir dengan Dhia. Ini cerita cinta yang aku pendam lama. Cerita cinta aku dan dia. Cinta seorang stalker gila.



Ada orang kata aku suka dia tapi aku malu-malu. Memang begitu. Malu, dia tidak kenal sangat aku, kurang yakin kerana kegagalan masa lalu. Perbezaan kami umpama hanger dengan baju. Aku hanger, dia baju. Yang selalu nampak cantik menawan macam baju baru itu dia dan yang selekeh macam dawai besi pula aku.


Jika dia bercerita kepada kawannya tentang aku pun sudah memadai bagi aku. Walaupun dia cuma berkata, "Lelaki inilah yang angau tahap kronik dekat aku". Itu sudah cukup untuk buat aku tersenyum setiap waktu. Ada kalanya aku berfikir seperti serba tahu. Mungkin di sebalik muka lembut dia itu tersembunyi hati sekeras batu. Atau mana mungkin dia suka lelaki ini yang perangai macam hantu.




Aku yakin setiap pagi dia langsung tidak terfikirkan aku. Cuma aku yang sibuk menjaga tepi kain dia untuk mengambil tahu apa yang berlaku. Apa dia buat, mana dia pergi, siapa kawan dia, semua aku tengok satu persatu. Dan aku tahu dia tidak tahu.


Dia langsung tidak tahu bila aku melihat pasangan bercinta, aku terbayangkan aku dan dia. Dia tidak tahu bila aku dengar lagu cinta, aku harap dia mendengar sama. Kalau aku menyanyi lagu semasa dalam kereta, aku menyanyi sepenuh hati seolah-olah lagu itu didedikasikan untuk dia. Dan dia langsung tidak sedar dia adalah sumber ilham untuk setiap entry cinta yang terpapar di bawah sana.


Tapi aku cuma mampu menikmati cinta padanya dalam sisi gelap. Cinta aku malap. Aku berjaya mengajar hati ini dari mudah tersentap. Mungkin kalau dia tahu perasaan ini padanya, dia akan memberi sedikit ruang untuk aku berentap. Atau mungkin langsung tiada ruang di hatinya untuk lelaki ini yang sedang berharap.


Mungkin betul kalau aku kata perasaan rindu padanya yang membuat aku kuat meneruskan kehidupan seharian. Mungkin sampai bila-bila dia cuma sekadar pujaan. Mungkin nampak seksa bila gagal meneguk cinta yang diidamkan tapi menyukainya dalam diam memberi aku peluang merasa setitik nikmat bertepuk sebelah tangan.


Jangan tanya siapa perempuan itu. Sebutlah semua wanita yang pernah ada dalam hidup aku. Sebutlah nama setiap crush yang selalu aku cerita tanpa jemu. Sebutlah Nasuha, Nabilah, Eiyla, Umairah, Natasya, Nashreen, Suraya, Izza, Syafizan, Nadiah, Hanis, Suhada, Lalola, Amelia, Suhaila, Farya, Scha, Azie, Deana, Nadhirah, Anis, Maizura, atau apa sahaja nama yang pernah berkait dengan aku dulu-dulu. Jawapannya cuma aku yang tahu.


ps : Kalau tulis semua nama, entry ini panjang berjela. Wanita, anda istimewa ;)



15 December 2011

please awak jangan baik sangat boleh tak





Dulu lepas putus cinta aku mula anti lelaki. Bekas kekasih aku dulu masa nak aku macam-macam pujuk rayu simpati. Bila dah dapat tolak je kat tepi. Jadi aku mula anggap lelaki cuma nak puaskan nafsu mereka sendiri. Nasib baik kami putus sebab aku tak mahu hati aku dimiliki orang yang tidak mengerti.



Dan aku mula kenal dia lepas tu. Kebetulan dia ajak aku lepak sekali dengan kawan-kawan dia lepas dia main futsal masa cuti semester setahun yang lalu. Pertama kali lepak memang agak malu-malu. Mata aku dah mula layu. Mujur ada dua tiga orang kawan dia jambu-jambu. Tak lama lepas tu aku minta diri kononnya nak pergi beli baju.




Selang dua tiga hari dia ajak lepak lagi. Aku yang memang mati kutu duduk rumah ni terus setuju tanpa fikir dua kali. Tapi masalahnya motorsikal aku ada dekat bengkel tengah baiki. Dia kata takpe dia datang ambil aku kali ni. Sebab dia kata kawasan perumahan aku ni memang laluan dia setiap hari. Aku tak tolak rezeki. Lagipun tak risau sangat sebab kami keluar siang hari.


Aku dengan dia tak rapat mana pada mulanya. Kenal pun secara kebetulan sebab belajar di universiti yang sama. Memang kami kawan tapi aku tak berapa suka dengan perangai dia. Dia ni kadang-kadang sombong dan mengada-ngada. Tapi bila dah selalu tumpang dia, selalu kongsi cerita, selalu bergurau senda, kami rapat juga walaupun makan masa.


Pernah aku tanya dia tak kisah ke datang ambil aku walaupun motorsikal aku dah boleh guna. Dia kata tak apa. Lagi ramai lagi meriah bila lepak katanya. Kawan dia sendiri pernah kata dalam sekawan kumbang kena ada sekuntum bunga bila aku tanya soalan yang sama.


Sampai satu tahap aku berani tanya kenapa dia baik sangat dengan aku. Sebab aku pernah tolak ajakan dia sebab aku demam seminggu. Dan dia terus suruh aku makan ubat dan jaga diri selalu. Jawapan dia, lelaki memang begitu. Mengambil berat dan bersedia bila perempuan perlu. Terharu aku.


Dia kata aku tak perlu takut sebab takkan ada orang serang aku. Dia single dan aku tahu. Tapi bila kawan-kawan dia kata cara dia layan perempuan lain sama macam dia layan aku, aku pula cemburu. Takkan aku nak larang dia sebab dia bukan kekasih aku. Takkan aku nak suruh dia berhenti layan aku macam tu. Aku pun suka sebab dia buat aku rasa aku masih laku. Aku buntu. Jahat salah, baik pun salah bagi aku.


ps : Ku percaya kau baik ku yakin pasti ada lelaki yang tertarik ;)




14 December 2011

WW 15 - leave ego or she will leave you







ps : Ego has a voracious appetite. The more you feed it, the hungrier it gets ;)




11 December 2011

apa persamaan bola dan awek bagi lelaki





Putus cinta bila tiada jodoh masih tak apa sebab kawan-kawan ada.

Putus bola bila musim bola cuti seolah-olah gelap dunia.
Tidak hairan ada lelaki sayangkan bola seperti kekasihnya.




01 Sedih Tak Terkata
Bola : Tak dapat diluahkan dengan kata-kata bila team kegemaran kalah.
Awek : Ada pakwe, bila gaduh kalau boleh nak menangis air mata darah.


02 Gembira Tak Terkira
Bola : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi menang dengan bergaya.
Awek : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi bila dapat dating lama-lama.


03 Marah Belakang-Belakang
Bola : Marah pemain dan pengadil walaupun mereka berada dalam TV.
Awek : Marah awek lepas letak telefon takut dia terasa hati.


04 Sanggup Berhabis Duit
Bola : Sanggup beli tiket mahal walau terpaksa mencangkung tepi padang.
Awek : Sanggup makan di restoran mewah sebab nak tunjuk sayang.


05 Rela Bersusah Payah
Bola : Rela berpanas berhujan sebab nak tengok pemain idola.
Awek : Sebab nak dating, teruk mana kesesakan tetap diredah jua.


06 Berkorban Apa Saja
Bola : Bola waktu subuh tapi berjaga sepanjang malam takut tak terbangun.
Awek : Bergayut dari malam sampai pagi padahal tak cakap sangat pun.


07 Belajar Tahan Malu
Bola : Tak kisah pakai jersi team kegemaran walaupun team tu kalah teruk.
Awek : Takde masalah pakai baju pink sedondon walaupun nampak buruk.


08 Sanggup Menipu
Bola : Sebab tengok bola semalam sanggup tipu kawan kata sakit itu ini.
Awek : Sebab nak dating esok sanggup tipu kawan sampai ambik MC.


09 Sikap Mengambil Berat
Bola : Tahu pemain mana cedera dan berdoa dia dapat bermain semula.
Awek : Tahu awek dia sakit dan apa ubat kena makan untuk kembali ceria.


10 Megah Bila Menang
Bola : Buat status kehebatan team dia. Puas hati sangat la kononnya.
Awek : Buat status siap dengan xoxo love bahawa aku sedang bercinta.


ps : Real Madrid selamanya. Jatuh bangun bersama. Proud to be Madridista ;)




09 December 2011

kenapa anda perlu tengok running man





Kalau anda baca entry setahun yang lalu pasti ingat ada entry yang mengatakan drama Jepun lebih hebat berbanding drama Korea. [Baca sini] Entry itu ditulis dengan penuh benci terhadap cerita-cerita Korea. Dan selepas beberapa hari satu amaran diterima. Ayatnya ringkas sahaja. "Jangan terlalu membenci kerana mungkin timbul rasa sayang di sebaliknya."



Dan hari ini entry itu berkocak. Kekaguman pada drama Jepun sendikit tersentak. Bermula dari satu topik semasa lepak aku akhirnya terjebak. Aku tidak layan drama atau filem Korea kerana hanya Running Man yang aku nampak. Bukan terlalu fanatik tapi variety show ini memang memberi impak.


Running Man at channel 393 Astro or kshownow.net


Anda tidak perlu tahu Kpop atau belajar bahasa Korea. Anda tidak perlu faham apa itu 'Hwaiting' atau 'Kamsahamnida'. Anda cuma perlu tengok dan ambil pengajaran di sebaliknya.


01 Release tension
Ini punca utama ramai menonton rancangan ini. Anda cuma perlu duduk dan tengok setiap aksi. Dengan 'effect' yang melampau, anda akan ketawa berkali-kali.


02 Belajar cara selesaikan masalah
Dalam setiap episod ada misi yang perlu diselesaikan. Misi yang memerlukan ahli Running Man dan penonton menggunakan akal dan tumpuan.


03 Jangan terlalu percayakan orang lain
Ada misi yang memaparkan realiti kehidupan. Realiti kekasih diambil orang, rakan yang gemar tikam dari belakang, susah dahulu senang kemudian.


04 Tidak bersambung-sambung macam drama
Anda tidak perlu menontonnya setiap minggu seperti drama. Kerana kebanyakan episodnya tidak bersambung kecuali beberapa episod istimewa.


05 Belajar cara nak 'ayat' pasangan
Ada beberapa ayat di dalam cerita ini yang mampu menawan hati. Beberapa potong ayat itu juga ada dibawa masuk ke dalam blog ini.


06 Jangan menilai seseorang dari luaran
Pengikut cerita ini pasti sedar beberapa watak yang 'lemah' sekarang sudah menampakkan kelainan. Mungkin benar pengalaman mematangkan fikiran.


07 Tetap ada sisi lembut di sebalik ganas wanita
Hanya satu watak wanita yang kelihatan agak ganas dan berani. Tapi di sebalik semua itu dia sama seperti wanita lain yang tak lari dari perang emosi.


08 Setiap orang ada kelemahan tersendiri
Jangan ingat lelaki skema tidak berani mencuba. Dan jangan ingat lelaki berbadan sasa tidak takut apa-apa.


09 Perbezaan tawa wanita dan tangisan lelaki
Wanita bila ketawa nampak lebih bersinar dan ceria. Tapi berbanding wanita, air mata lelaki lebih bermakna. Cuma plotnya bukan seperti Akademi Fantasia.


10 Lawak spontan lagi best daripada lawak buatan
Bandingkan lawak dalam Running Man dengan Maharaja Lawak Mega. Antara lawak yang dibuat-buat atau yang berlaku dengan sendirinya. Yang mana lebih menarik anda rasa?


Entry ini ditulis tanpa rasa bongkak. Bukan untuk membanding siapa hebat siapa tidak. Pasti nanti ada orang kata aku terpengaruh tapi aku tidak kisah dan hati tidak membengkak. Malah mungkin ada kesabaran peminat drama Jepun berkocak tapi aku cuma cerita apa aku nampak. Aku tidak tahu drama Korea lain tapi bagi aku, Running Man Daebak!


ps : Kita hidup di zaman persaingan drama dan yang untung sebenarnya kita ;)




04 December 2011

takkan selamanya mawar mekar dan wangi





Aku dengan dia dah lama bercinta. Lima bulan lebih rasanya. Hubungan kami macam biasa cuma jarang berjumpa. Sebab aku sibuk dengan kerja dan dia dengan hal kolej, assignment dan sebagainya. Tapi bila ada masa aku akan pergi melawat dia sebab dah rindu gila.



Satu hari aku terpaksa berhenti kerja sebab majikan aku tak bayar gaji. Kami semua pekerja mogok berhenti sebab tak puas hati. Aku cerita dekat dia dan dia kata mungkin tak ada rezeki. Terharu aku dapat kekasih yang memahami. Aku cuba cari kerja baru sebab aku nak kumpul duit buat hantaran untuk dia nanti. Tapi cari kerja bukan senang hari ini.




Selang seminggu, ada sepupu aku telefon ajak aku kerja dengan dia. Tapi kerja part-time je. Dia ni kerja McDonalds dan tiga hari akan datang ada orang buat parti hari jadi dekat tempat dia bekerja. Tugas aku cuma pakai kostum patung McDonalds tu selama satu jam tanpa perlu tunjuk muka. Aku terus setuju bila dia kata gaji dibayar serta merta. Aku tak bagitahu kekasih aku yang aku dapat kerja. Sebab aku nak buat kejutan dekat dia.


Hari Sabtu tiba. Aku mula bekerja. Senang bekerja bila orang tak kenal kita. Aku cuma perlu menghiburkan kanak-kanak yang ada. Sesekali ada orang ajak mengambil gambar bersama. Aku suka, mereka gembira.


Aku nampak di satu sudut seorang lelaki makan dengan seorang wanita. Aku rasa mereka pasangan kekasih kerana nampak mesra. Sesekali wanita itu memegang tangan lelaki penuh manja. Dan lelaki itu turut mencubit manja pipi kekasihnya.


Perempuan itu memanggil lelaki itu 'Bie' dan lelaki itu memanggilnya 'Baby' menandakan mereka memang bercinta. Perempuan itu berdiri dan mahu aku mengambil gambar bersamanya. Sony Ericsson ungu dihulurkan kepada kekasihnya. Selesai bergambar aku terus menuju ke arah pengurus McDonalds tersebut dan menyatakan tempoh kerja aku sudah habis sebab dah pukul tiga.


Dia menyuruh aku menukar pakaian dan berjumpanya untuk mengambil gaji. Aku mengambil pakaian dan menuju ke tandas lelaki. Sekali lagi aku terpaksa lalu di meja pasangan kekasih tadi.


Aku berhenti. Pakaian tadi aku letak di atas kerusi. Mereka melihat dengan rasa sangsi. Aku buka topeng kostum itu dan membetulkan rambut yang serabai sekali. Perempuan itu terkejut dan terus berdiri. Aku cuma tersenyum dan melangkah kaki. Kalau tidak ditahan pasti air mata ini bercucuran di pipi. Kekasih aku curang depan mata aku sendiri!


Tidak ada perkataan yang dapat gambarkan betapa sakit hati ini. Sakit bila semua pengorbanan aku macam tak dihargai. Aku undur diri. Aku rela pergi. Aku pernah kata dia seperti mawar yang wangi. Tapi tidak lagi hari ini. Aku tabahkan hati. Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi.


ps : Ini kisah orang bukan kisah aku. Aku cerita sebab tuan dia mintak begitu ;)




02 December 2011

ini bukan lagu rindu ini madah dendam







Ada merak melalak kuat
Berteriak tunjuk hebat
Menjaja cerita dibuat-buat
Ke sana sini tanpa penat


Ada merak di atas takhta
Dalam istana ciptaan manusia
Bercerita unggul kecantikannya
Burung lain menadah telinga


Ada merak bangga diri
Kononnya dia hebat sekali
Kononnya dia cantik sekali
Sayang merak dalam penjara besi


Ada merak tak dapat terbang
Kerana merak di dalam sarang
Cuma mampu bersuara sumbang
Belum berlawan berlagak menang


Ada merak di dalam sangkar
Cemburu lihat gagak di luar
Merak malang dihalang pagar
Gagak bebas berkejar-kejar


Ada merak tidak puas hati
Mencabar gagak di langit tinggi
Supaya tak malu bila kalah nanti
Ayuh merak, kita lawan di bumi


ps : 'Anjing' yang hebat di alam maya tak bermakna jaguh di alam nyata ;)




01 December 2011

dia cuma tunjuk boleh pikat semua wanita





Dah lama tak pergi Cyber Cafe rasanya. Tapi kerana cuti semester sudah bermula, maka setiap operasi print akan dilakukan di cyber cafe yang ada.





Satu komputer diberikan untuk tempoh setengah jam pertama. Tidak ramai orang mungkin masih awal agaknya. Facebook dibuka. Tapi terus tertera 'Home' Facebook seorang jejaka idaman Malaya. Ini kes lupa sign out hati berkata.


Home dicerobohi, Wall diperhati dan Inbox dinodai. Banyak mesej daripada wanita berbanding lelaki. Hebat lelaki ini, hati berkata sekali lagi. Yang itu panggil sayang, yang ini baby.


Manis sekali mulutnya berkata-kata. Kalau semut pandai menilai pasti semut tidak cari gula. Kagum dengan sikap murah hatinya memberi sayang, rindu dan cinta kepada beberapa wanita dalam satu masa. Kalau lelaki ini ada teman wanita, pasti dia hampa. Wanita mana tak kecewa arjunanya buaya?


Permainan kita berbeza walaupun sasaran kita sama. Menakluk hati wanita bukan perkara senang sebenarnya. Sayang, cinta bukan boleh diberi sewenang-wenangnya. Tapi strategi kita berbeza. Dia memberi kepada sesiapa sahaja. Mungkin dia lupa lelaki ada ego yang perlu dijaga.


ps : Lelaki dengan dua hati mampu membuat cinta yang satu dibahagi-bahagi ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...