Tweet
Follow @afifelnino
Tiga puluh satu haribulan satu. Hari yang dia tunggu.
Dia wanita biasa. Dia wanita yang cekal hatinya. Memang hebat kalau dikira. Wanita yang sepatutnya dilindungi lelaki tapi berjuang seorang diri demi sesuap nasi untuk anak yang dijaga.
Aku menghormatinya setiap waktu. Aku mengaguminya tanpa rasa ragu. Dia tidak seperti wanita lemah lain yang aku tahu. Kecekalannya melayakkan dia mendapat tabik hormat dari aku.
Tidak perlu aku sebut siapa dia. Namanya biarlah rahsia. Cukup dia tahu entry kali ini khas untuk dia. Awak, saya tahu awak baca.
Awak maaf tiada hadiah dari saya. Cuma saya mampu berdoa seperti awak minta. Tuhan tolong lindungi dia. Tolong makbulkan semua angan dan cita-cita dia. Semoga panjang umur dan bahagia untuk selamanya.
ps : Kurangkan bernafas dalam ego untuk dengar bila hati bersuara ;)
My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.
31 January 2012
29 January 2012
beribu sesalan untuk anugerah juara lagu
Tweet
Follow @afifelnino
Bergelumang dengan ayat amat saya suka. Saya suka bergelumang dengan lirik lagu yang memberi makna. Dua belas lagu yang ada. Sebelas artis yang turut serta. Saya pilih lagu mereka sebagai juara. Sebab saya suka Shila.
Wahai wanita-wanita yang berada di seluruh dunia
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Hatiku hatimu menjadi satu cinta
Pejamkan matamu untukku
Ku susuri malam ini
Lihat ke arah sana serakan warna dan berarakan awan
Oh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Oh begini rasanya cinta
Setiap nafas yang dihembus
Tak semua kau rancang akan berlaku
Seumur hidup memang tak mungkin untuk aku terus bersamamu
ps : Pilihan saya 'Beribu Sesalan' oleh Ning, Jac dan Shila. Pilihan anda? ;)

Labels:
Movies and Musics,
My Romance Side
28 January 2012
demi cuti aku rela tidur sepanjang hari
Tweet
Follow @afifelnino
Pantai. Satu tempat yang teringin sangat nak sampai. Berdiri melawan angin yang membuai. Jerit kuat-kuat biar anak tekak cecah lantai.
Tugasan yang sampai seperti peluru. Lepas satu, satu. Sampai satu tahap dua puluh empat jam seakan tidak cukup untuk aku. Atau mungkin aku yang tidak pandai menyusun waktu. Ini aku cuma memberitahu, bukan mengadu.
Saban hari ilmu dicurah ke dalam kepala. Kalau hari ini A, esok B pula. Begitulah berikutnya. Suka. Bukan tidak suka. Tapi kalau sampai penuh pasti akan tumpah jua. Berat kepala. Mungkin ini yang perempuan rasa bila ada buah dada besar dan berat agaknya.
April cepatlah tiba. Aku mahu berehat pula. Aku mahu lupakan buku buat seketika. Jika cuti itu mimpi, tidur sepanjang hari pun aku rela.
ps : Untung ada belog, boleh bercerita walaupun orang tak minat nak tahu ;)

Facts and Reality,
Me and Myself,
My Hated Memories
25 January 2012
23 January 2012
terima kasih terima kasih terima kasih
Tweet
Follow @afifelnino
"Birthday yang ke-23, pada 23 Januari 2012, aku akan sambut macam tu..."
Sambil jari telunjuk di hala pada sepasang kekasih yang sedang meniup kek hari jadi. Si lelaki menyuap kek ke mulut kekasihnya seperti melayan seorang permaisuri.
Empat tahun berlalu. Apa yang diharap tidak berlaku. Ulangtahun ke-23 disambut dengan status pemain berseorangan dan bukannya beregu.
Buka minda. Biarkan saja. Tak semua yang kita nak akan kita dapat di akhirnya. Rancanglah serapi mana, perancangan paling baik adalah dari Yang Maha Kuasa. Baru dua puluh tiga. Masih muda. Teruskan hidup seorang lelaki yang baru hendak matang dengan penuh bergaya.
ps : Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan kepada saya ;)

19 January 2012
dan kerana itu tuhan cipta kegagalan
Tweet
Follow @afifelnino
Butang merah ditekan.
Telefon diletak perlahan.
Satu keluhan panjang dilepaskan.
Perbualan panjang dengan seorang kawan.
Cakap kosong semua topik dikeluarkan.
Semua gelak tawa lenyap bila hal hati dan perasaan dibual.
Janggal.
Sebelah pihak mencuba dan sebelah pihak gagal.
Seperti ada sesuatu yang tertinggal.
Mata dipejam.
Hati tolong jangan terlalu kejam.
Memang dulu hitam.
Tapi tolong buka sedikit supaya orang mudah faham.
Jauh minda melayang.
Kepahitan lampau kembali pulang.
Rasa yang tidak datang.
Rasa yang mungkin hilang.
Rasa sayang.
Masa.
Itu yang diminta.
Itu sahaja.
Beri sedikit masa untuk pintu hati terbuka.
Kalau benar cinta pasti ia akan tiba.
Angguk kepala.
Percaya.
Hati pernah dipaksa menerima cinta.
Kesudahannya berkubur di pusara.
Maka benarlah seperti dikata.
Manusia kena salah untuk tahu yang sebetulnya.
Dan sebab itu tuhan cipta kegagalan.
Supaya kita belajar dari kesilapan.
Supaya kita menghormati pengalaman.
Supaya kita lebih menghargai di masa depan.
ps : Perasaan ini seperti telah pun mati hanya jasad aku berdiri sendiri ;)

18 January 2012
15 January 2012
walau dia bangang dia tetap saya sayang
Tweet
Follow @afifelnino
Ditolak dengan seribu satu alasan oleh lelaki yang diiktiraf paling kacak di matanya membuat hatinya sedikit terluka. Perasaan yang terpendam lama diluahkan pada satu malam ketika ramai manusia sedang lena. Diberinya madu namun disuap cuka. Dan dia pergi membawa hati yang lara.
Lelaki itu kemudian bercinta dengan seorang gadis yang ada rupa. Masakan merpati mahu memilih enggang untuk terbang bersama? Harinya diteruskan seperti tidak terjadi apa-apa walaupun hatinya masih terluka. Pasti lelaki itu melabelnya perigi mencari timba. Tapi dia peduli apa. Dia perempuan moden yang berani bersuara.
Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang menarik minatnya kerana perangai gila-gila. Ada kalanya gila lelaki itu sampai tahap bangang pun ada. Lelaki yang dalam diam menawan hatinya. Dia berfikir semula. Lelaki ini dan lelaki itu sangat jauh beza.
Rambut lelaki itu fesyen serabai ala Korea. Rambut lelaki ini skema. Lelaki itu pandai menggunakan ayat yang mampu menyentuh jiwa wanita. Lelaki ini pula ada kalanya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia kata. Tapi persetankan itu semua! Lelaki ini lebih tulus hatinya. Tidak banyak berahsia. Tahu menjaga hati wanita. Dan dia sentiasa menghibur hati dengan pelbagai lawak jenaka. Hari yang dulu kelam kini bersinar dengan senyum dan tawa.
Dan hari ini kami bersama. Ramai tidak percaya. Biarkan saja. Pekakkan telinga. Kami bahagia. Walau dia tidak sekacak mana. Tapi ada apa dengan paras rupa? Sesungguhnya lelaki yang pandai buat lawak dan memberi hari anda ceria jauh lebih menarik berbanding lelaki kacak bergaya tapi tidak mampu untuk buat apa-apa.
ps : Cari pasangan yang membuat anda senyum lebih lebar dan ketawa lebih besar untuk menghadapi hidup yang lebih mencabar ;)

14 January 2012
dia yang aku temu di satu sudut malam
Tweet
Follow @afifelnino
Lega. Tekak yang kering dibasahi dengan air Coca-Cola. Nikmat yang tidak terkata. Tangan kiri memegang air dan tangan kanan memicit butang telefon bimbit sementara menunggu hujan reda. Sudah tidak sesak lagi jalanraya di depan mata. Jam 4 pagi pasti ramai yang sudah melelapkan mata.
Pintu disko bercermin gelap di sebelah 7-Eleven itu dibuka. Keluar seorang lelaki Melayu yang agak berusia segak berkemeja. Berpimpin tangan dengannya seorang gadis seksi dengan rambut yang sudah perang warnanya. Tubuhnya dijamah dengan mata. Kami bertentang mata buat beberapa ketika.
Mata ini bertentang pula dengan lelaki tersebut selepas itu. Jelingannya sederas peluru setajam paku. Mungkin amaran supaya jangan memandang gadisnya sebegitu.
Keluar dari 7-Eleven tersebut mereka masuk ke dalam disko itu semula. Kali ini sudah tidak ada tindakan bertentang muka atau mata. Kepala ini ditundukkan sahaja. Itu perempuan dia, jadi pandai-pandailah dia jaga.
Tangan ini pernah merangkul erat pinggang gadis itu. Pipi ini pernah terlekat lipstik merah gadis itu. Walaupun rambut itu bertukar ungu atau biru, wajah dia tetap sama seperti dulu. Cuma solekan yang membuat beberapa mata tertipu. Wajahnya mengingatkan kembali tentang masa lalu.
Gadis itu kekasih aku dulu!
Bukan mahu membuka aib sesiapa. Bukan mahu membuka pekung di dada. Memang itu jalan dia. Tapi tetap terasa bersalah dalam dada. Kalau dulu semasa bersama aku bimbing dia mungkin tidak terjadi benda sebegini rupa.
Meskipun dia bukan siapa-siapa lagi. Walaupun dia kini berhaluan kiri. Aku tetap doakan dia sedar kembali nanti. Semoga dia tidak terbabas sekali lagi.
ps : Walaupun kita cuma kawan saya tetap tak mahu awak tersalah jalan ;)

No one is going to love you if you don't love yourself

11 January 2012
09 January 2012
kan aku dah kata aku penakut sebenarnya
Tweet
Follow @afifelnino
Aku penakut sebenarnya. Bila nampak dia dalam kelas aku cuma mampu curi-curi tengok dia. Kalau dia tengok aku balik aku pula yang palingkan muka.
Aku penakut sebenarnya. Bila nampak dia online aku nak sangat tegur tapi tak tahu nak cakap apa. Bila dia dah offline baru aku gelisah dan rasa menyesal pun ada.
Aku penakut sebenarnya. Bila bertembung dengan dia dekat bangunan akademik aku cuma mampu tengok saja walaupun jarak kami cuma sedepa. Aku sendiri tak tahu sebab apa aku takut sangat dengan dia.
Aku penakut sebenarnya. Bila jumpa dia dekat kedai makan aku cuma mampu senyum saja. Cukuplah dapat senyuman dari dia sekali sehari daripada tak dapat apa-apa.
Aku penakut sebenarnya. Bukan takut nak tegur tapi takut kalau dia jauhkan diri bila dia ingat aku nak ganggu dia.
Aku penakut sebenarnya. Aku mahu bercinta. Calon ada. Tapi kan aku dah kata. Aku penakut sebenarnya.
ps : Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya ;)

My Hated Memories,
My Romance Side
05 January 2012
kesian amalina dia juga manusia biasa
Tweet
Follow @afifelnino
Mulut ini cuma mampu berdiam saja bila ada orang bertanyakan tentang kisah Nur Amalina. Siapa Nur Amalina? Dia wanita yang pernah buat rakyat Malaysia bangga. Dia mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan yang ditakuti semua remaja. Dan pada masa itu ramai ibu bapa mahu anak mereka jadi sepertinya yang bukan sahaja bijak malah baik budi pekertinya. Dan dia turut berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Beberapa hari lalu tersebar cerita tentang perubahan drastik gadis cantik molek ini. Tudung yang di atas kepala berganti rambut berwarna warni. Baju kurung yang dulu dipakai berganti baju fesyen remaja masa kini.
Di mana-mana orang sibuk mengutuk dan mencaci perubahan Amalina. Mereka bercakap seperti kenal luar dan dalam Amalina. Ada yang melampau sampai berkait dengan keluarga. Harus diakui kita manusia memang terlalu cepat mengadili sesuatu perkara. Sedang kita sibuk menilai orang lain kadangkala kita lupa kita juga boleh berubah bila-bila masa. Kesian Amalina.
Aku mengambil sikap berdiam diri. Dan kerana itu orang terus menilai aku tanpa bukti. Kata mereka, seorang lelaki yang bermati-matian menyokong sentimen politik Adam Adli tapi berdiam diri dalam kes aurat Nur Amalina Che Bakri. Dan aku masih tidak membuka mulut untuk memberi komen tentang perkara ini.
Bukan tidak mahu komen tapi cukuplah komen dalam hati. Aku takut kalau komen itu boleh terkena pada diri sendiri nanti. Aku percaya pada qada dan qadar sampai mati. Dan aku percaya karma juga boleh terjadi. Kalau benar dia salah, tegur dan perbaiki. Doakan dia pulang ke jalan yang benar kembali. Bukan dengan caci mencaci. Dia ada hak dia sendiri. Kita di sini doakan dia dapat apa yang dia hajati.
ps : Bila buat baik semua orang buta, bila buat salah semua orang tak lupa ;)

04 January 2012
wordless wednesday - new girlfriend
Tweet
Follow @afifelnino
ps : Apih El Nino went from "single" to "in a relationship with his phone" ;)
Labels:
Wordless Wednesday
Subscribe to:
Posts (Atom)