My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 January 2012

dan kerana itu tuhan cipta kegagalan







Butang merah ditekan.
Telefon diletak perlahan.
Satu keluhan panjang dilepaskan.
Perbualan panjang dengan seorang kawan.
Cakap kosong semua topik dikeluarkan.


Semua gelak tawa lenyap bila hal hati dan perasaan dibual.
Janggal.
Sebelah pihak mencuba dan sebelah pihak gagal.
Seperti ada sesuatu yang tertinggal.


Mata dipejam.
Hati tolong jangan terlalu kejam.
Memang dulu hitam.
Tapi tolong buka sedikit supaya orang mudah faham.


Jauh minda melayang.
Kepahitan lampau kembali pulang.
Rasa yang tidak datang.
Rasa yang mungkin hilang.
Rasa sayang.


Masa.
Itu yang diminta.
Itu sahaja.
Beri sedikit masa untuk pintu hati terbuka.
Kalau benar cinta pasti ia akan tiba.
Angguk kepala.
Percaya.


Hati pernah dipaksa menerima cinta.
Kesudahannya berkubur di pusara.
Maka benarlah seperti dikata.
Manusia kena salah untuk tahu yang sebetulnya.


Dan sebab itu tuhan cipta kegagalan.
Supaya kita belajar dari kesilapan.
Supaya kita menghormati pengalaman.
Supaya kita lebih menghargai di masa depan.


ps : Perasaan ini seperti telah pun mati hanya jasad aku berdiri sendiri ;)




9 comments:

♥ MS ♥ said...

hati ku terkesan bila membaca ini . :|

amii afandi said...

pernah rasa seperti yang anda rasa ;(

Nasuha Suhada said...

sabar..ambik masa.. sebab masa tu adalah penawar.. :)

mekanim said...

mungkin proses yang akan dilalui setiap manusia , siapa tahu ? ( :

ayiehulk said...

:"(

bantalijau said...

nadia

Nur Aischa said...

hmm :( sedih la..

E Ja said...

kompem A+++ BM ni. nice entri.

♥ :. Nies alhaQ .: ♥ said...

syahdu :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...