My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 March 2012

kau sampahkan kepercayaan yang dia bagi





Satu telefon bimbit bergolek di atas meja. Lantas muka dipaling ke arah tuannya. "Weh kau kenapa?" Tiada jawapan cuma satu keluhan panjang dihela. Air di dalam gelas biru diteguk membasah tekak yang dahaga. Terdengar pula keluhan lega.




Serabut dia kata. Serabut dengan seorang kawan perempuan yang sentiasa mengadu masalah yang ada. Seolah-olah hidup dia adalah untuk menyelesaikan masalah seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Tegas suara yang membuktikan dia tidak bergurau senda.


"Memanglah perempuan sifat dia manja tapi tak kan manja sampai macam ni sekali?" Sekali lagi dia berbunyi. Dan dia mengambil tindakan berani. Untuk beberapa hari dia mahu mendiamkan diri. Dia mahu perempuan itu sedar hidup ini bukan semudah ABC.


Tangan ini tepuk bahu dia berkali-kali. Suruh dia bertenang dan habiskan air yang dia beli tadi. "Tak payah nak serabut sangatlah bro lepas ni kita karaoke sepuas hati." Hanya itu cara yang kami tahu untuk lepaskan semua masalah dalam diri.


Mata melihat ke satu penjuru. Mulut ingin berkata sesuatu. Tapi mungkin tidak perlu. Biarlah hati yang sebut satu per satu. "Bro, bila perempuan cerita masalah dia tanpa segan silu, itu bukan mengadu, itu tandanya dia percayakan kau tapi kau je tak tahu semua tu."


ps : Masing-masing ada masalah sendiri masalah dunia masalah peribadi ;)




12 comments:

SyuHaDa ◕‿◕ said...

nice entri~

s u a r a h e a R t y said...

:)

cikpia said...

memang betul apa dikata. pompuan memang suka bercerita. tapi bukan kat semua manusia. so insan2 terpilih, sila la berbangga. kami nak bercerita tengok orang juga. kalau tak suka tak payah kutuk2 blakang, bgtau time bersemuka. kami mana tau korang tak suka, kalau korang asek nak berahsia.

Mra Mastura said...

Pelangi suke ngadu kt Ego sbb Pelangi selesa dgn ego :) hehe

Awie Omar said...

Dari http://awieomar.blogspot.com/2012/03/10-x-men-yang-lambat-datang-sekolah.html
baru folo sini. Teruskan usaha anda berbloging orait!

Ana Farhana said...

i like laaa,,

CekbOlat-bOlat said...

yeahh, msing2 punya mslaah

Nelly The Strange said...

yup , betul . tak semua perempuan nak cerita benda-II yang dirasakan penting dengan sembarangan orang kecuali dia percaya ^^

Nasuha Suhada said...

baca..

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

lama xlepak blog si kacak neh kan huhuuuuuuu~

pulsowanie said...

sy pena kena mcm ni....o.k pi kat hang.takmau dengaq sudah

PEREMPUAN INI TIDAK MENANGGALKAN MEKAP SELAMA DUA TAHUN!
http://pulsowanie.blogspot.com

norashikin muslim said...

kamu..sy suka sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...