My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 March 2012

hanya padamu ku serahkan segalanya





Sudah lama rasanya tidak duduk di atas sejadah dan berdoa pada yang kuasa. Sudah lama aku leka. Sehinggalah Dia menunjukkan kuasa. Orang yang aku sayang ditimpa penyakit yang agak bahaya. Maka barulah aku terkial-kial memohon pertolongan Dia. Aku mengaku aku manusia yang bila susah baru ingat pada yang Esa.




Seminggu berlalu aku rasa sudah tidak ada harapan. Dalam gelap aku duduk sendirian. Aku menangis dalam hujan. Ketidakadilan kehidupan. "Dalam ramai-ramai manusia kenapa dia yang kau mahu menderita kesakitan?!" Aku membangkang ketentuan. Aku mempersoal takdir Tuhan. Qada dan qadar aku pertikaikan. Amat sukar untuk aku terima kenyataan.


Tapi aku salah. Saat aku lemah, orang yang sepatutnya longlai masih gagah. Walaupun dia tahu penyakitnya buat dia berubah. Tapi dia tidak resah malah tabah. Aku mula gundah. Kenapa dia yang sakit masih kuat melangkah sedangkan aku seakan rebah.


Dan tadi ada rasa dalam jiwa. Walaupun orang aku sayang sedang menderita tapi aku bersyukur pada Tuhan yang kuasa. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang lebih teruk dari dia. Cuma aku harap dia akan sembuh seperti biasa. Sebab aku masih perlukan dia. Sebab dia ketua keluarga. Sebab dia istimewa.


Doakan atok saya sihat seperti sediakala. Saya sayang dia.


ps : Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu. Ayat itu tersemat di kalbu ;)




9 comments:

.F.e.Q.a.H. said...

insyaALLAH..
moga dia sembuh cepat..
jgn putus2 berdoa... ^^

pelangi said...

TABAH YEK...
ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA TU

saye :) said...

doa banyak2 untuk atuk . :)

Mra Mastura said...

semoga atok cepat sihat ..

NURFARAH SHAHIRA said...

be strong.insyaAllah atok akan sembuh . Amin (;

hafiz hafizol said...

InsyaAllah.. dia akan kembali sihat. :)

s u a r a h e a R t y said...

semoga atok awak baik - baik saja .

zuk zuhaiza said...

kita rasa kita dah cukup kuat, kita rasa kita dah cukup gagah.

rupa rupanya mereka yg diberikan ujian adalah org yg paling kuat.

walau dimana kita berada, apa pun terjadi. DIA sentiasa ada, bro. :)

LLEMBAGA PELIK said...

ps : Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu. Ayat itu tersemat di kalbu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...