My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 February 2013

suka rela



Kali terakhir kami berchatting tengah malam buta, dia hantar link Facebook crush dia dalam komputer riba. Aku tengok saja. Tak nak komen apa-apa. Default picture dalam kereta berkaca mata hitam penuh gaya. Kaca mata hitam pasar malam berjenama Rayban berharga sepuluh ringgit namun memberi keyakinan berlipat ganda kepada si jejaka.


Semalam aku jumpa mereka dating dekat sebuah kedai makan. Aku tak tegur sebab aku dengan kawan-kawan. Nampak mereka berdua macam hanyut dalam percintaan. Baguslah dia dapat orang yang dia inginkan. Jarang aku jumpa orang dapat tackle crush yang dia gila-gilakan.



Aku nampak kekasih dia dengan tenang merokok depan dia. Dia buat macam tak ada apa. Agak mengejutkan sebab selama ini dia memang anti orang merokok depan dia. Tapi tak kisahlah itu semua. Lebih baik aku fikir cara nak makan chicken chop depan aku daripada fikir hubungan orang yang tak ada kena mengena.


Tadi kami chatting di muka buku. Aku kata aku nampak dia makan dengan lelaki dekat kedai makan sebelah kedai baju. Dia mengaku ada makan dekat situ. Aku malas nak terus tanya melulu. Kena buat-buat tak tahu baru orang semangat nak cerita satu per satu.


Dia kata lelaki itu kekasih dia. Crush yang dia dah minat lama. Aku kata aku nampak lelaki itu merokok sampai berkepul asap di udara dan dia boleh rileks saja sedangkan dulu dia tak boleh orang merokok depan dia. Dia kata memang lelaki itu perokok yang setia. Dia cuba pisahkan tapi tak berjaya. Tapi sebab sayang dia rela terima walaupun sebenarnya dia memang anti dengan itu semua.


Aku tahan diri daripada menaip sebarang ayat di layar kaca komputer riba. Aku terfikir seketika. Bagus perempuan ini sebab terima lelaki itu seadanya. Tapi perlukah korbankan pegangan hanya kerana orang kita suka? Entahlah aku pun tak faham sebenarnya.


ps : Perempuan tak kisah lelaki merokok. Perempuan cuma kisah kalau merokok depan dia ;)



4 comments:

Mek Onie said...

kalau dah sayang apapun suka,hmm

Arai Lekir said...

orang selalu cakap, cintu itu buta

Unknown said...

Mulanya, kita akan cuba ubah yang tak elok dalam diri dia. Tapi bila akhirnya masih serupa, kita hanya mampu terima dia seadanya. Nama pun cinta ;)

uchica said...

bile dah suke..semua benda jadi bute...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...