My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

03 July 2014

cantik



Satu benda yang aku tengok hari-hari dekat Facebook dan surat khabar ialah iklan produk kecantikan. Macam-macam produk diiklankan. Tak kiralah luaran ke dalaman. Kurus tanpa pantang makan, putih dalam masa tak sampai sebulan, kembali dara selepas sebulan. Target dia tak lain tak bukan, perempuan.




Aku bukan nak kata produk yang dijual tak bagus ke menipu ke apa. Aku bukan guna pun produk-produk itu semua. Cuma aku tetap rasa, nak cantik dalam masa singkat sebenarnya makan masa yang lama. Nak kurus juga perlukan disiplin yang berlipat ganda. Ini apa aku rasa. Kalau salah tolong perbetulkan sebab aku memang tak ada cuba produk mana-mana.


Kawan aku kata bulan puasa ini adalah waktu paling tepat nak kuruskan badan sebab seharian tak makan. Tapi aku tak pasti kuatkah dia nak hadapi Aidilfitri yang tak sampai lagi sebulan? Tabahkah dia untuk menolak semua hidangan? Terpulang pada dialah sebab dia punya badan.


Tak kisahlah apa produk kau guna, biarlah berpada-pada. Aku meluat juga dengan orang yang obses nak cantik sangat macam nak jadi hijabista-stailista-primadona-seantero-dunia. Kadang-kadang aku rasa dia macam nak menunjuk dekat semua manusia. Semua orang nak cantik tapi cuba tanya diri kita, kita nak cantik untuk apa dan untuk siapa?


ps : Antara nikmat dalam Islam adalah sahur dan puasa. Selamat berpuasa semua ;)

5 comments:

Cik Asma BLuppy said...

sebagai perempuan, sy juga meluat dgn iklan macam tu. ;D

Nadya Bubble said...

Setuju ini.

maqnie nurseri said...

Maq tak tertarik dgn produk mcm tu ..pd maq cantik tu bila dia tau hormat perasaan org lain ...

Entri yg menarik !

ZichiEqaa said...

kalau ada rezeki, kalau kita jumpa satu hari nanti, satu je yg saya nak ucap dari hati, terima kasih kerana beri inspirasi. Jangan berhenti takat ini, moga ada banyak lagi entry :)

PenulisDariHati said...

http://akudanmonolog.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...