Kunkun!!
Beberapa hari kebelakangan ini Internet di rumah mempunyai masalah talian. Mungkin kerana hujan. Tapi bila dapat digunakan, Mukabuku dibuka terburu-buru. Mengharapkan ada jodoh muncul di situ. Tapi ada chat dari kawan lelaki yang menyala di Mukabuku.
Kawan : Apih. Kau busy?
Aku : Tak. Kenapa beb?
Kawan : Aku dah putus dengan awek aku.
Aku : Eh? Kenapa? Hari tu okay je.
Kawan : Aku over-jealous kot.
Aku : Memang la kena jealous kalau couple.
Kawan : Tapi dia ni ramai peminat.
Aku : Tahu. Punyalah ramai orang minat, kau yang dapat.
Kawan : Tapi dia layan mesra sangat.
Aku : Memang dia jenis macam tu kot.
Kawan : Entah la. Aku dah seminggu tak contact dia.
Aku : Baru seminggu. Rileks la.
Kawan : Tapi aku tak boleh lupa dia. Dia paling cantik pernah aku dapat.
Aku : Bro. Cantik tak jamin kau bahagia la wei.
Kawan : Entahlah. Aku blur.
Aku : Chill bro. Welcome to the club! Hahaha.
Lawak bodoh untuk menceriakan orang yang hati rapuh.
Kesian bukan? Cemburu menyebabkan perpisahan.
Tapi cerita ini bukan tentang cemburu. Awal-awal dah bagitahu.
Kekasih dia, memang lawa. Dia sendiri pernah cerita, dia jatuh cinta kerana kecantikan kekasihnya. Dari situ, bercambah rasa sayang dan mereka bercinta. Aku sendiri pernah terpukau dengan kecantikan buah hatinya. Tapi kerana ego, aku mengatakan kekasihnya biasa-biasa saja. Tidak langsung berada dalam senarai citarasa. Perempuan, walau secantik mana, tak semua lelaki suka.
Maybe you should eat make up so you can be pretty on the insideBukan semua cantik itu subjektif, itu kata Matluthfi. Tengok vlog dia, dan fahami. Di mata sepuluh lelaki, ada sepuluh takrifan cantik itu sendiri. Jadi cantik itu memang subjektif, terbukti. Seperti perempuan, lelaki juga pandai menghakimi. Ada yang kata cantik itu penting dalam hubungan. Ada yang tak pentingkan kecantikan. Terpulang.
Lumrah dan realiti, lelaki memang suka tengok perempuan cantik tapi tak semua lelaki mahu yang cantik itu menjadi isteri. Seperti mahu membeli kereta, begitulah lelaki bila mencari isteri. Ramai lelaki sukakan kereta sport, tapi percayalah tak semua lelaki mahu memilikinya. Harga, kos baik pulih dan harga minyak antara faktornya. Semakin cantik sesuatu benda, semakin mahal harganya. Tapi dari segi kualiti? Sama halnya seperti perempuan. Apa gunanya isteri cantik tapi tak pandai melayan suami? Tak pandai menguruskan rumahtangga? Tak pandai bab agama?
Perkahwinan bukan untuk sehari dua.
Walau sejahat syaitan pun seseorang lelaki, dia tetap mahukan wanita yang beragama sebagai isteri. Tidak selamanya lelaki jahat mahu kekal jahat. Aku sendiri tidak meletakkan kecantikan di tempat pertama kerana bagi aku, wanita berintelektual dan beragama lebih penting. Kalau cantik, itu bonus. Kalau kaya, itu juga bonus.
I believe in being strong when everything seems to be going wrongLelaki juga kurang gemar dengan perempuan yang suka make-up. Bedak sampai melepak-lepak. Bukan salah, cuma jangan melebih-lebih. Over bak kata orang putih. Lelaki sukakan perempuan yang ringkas. Cukup sekadar sedikit solekan yang asas. Tidak perlu bersolek seperti artis di karpet merah kerana ia mengundang kutukan yang boleh menjatuhkan maruah.
Bagi aku, cukuplah mendapat wanita yang manis dan sedap mata memandang. Memang lelaki mahukan wanita berbuah dada besar, tapi itu cuma aras kemahuan. Realitinya, bukan semua lelaki selesa bila pasangan mereka berbuah dada besar kerana lumrah lelaki, tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.
ps : No more rambut emo. Take care and spike your hair ;)Kunkun!!