Tweet
Follow @afifelnino
Kunkun!!   
Petang hari itu, saya datang ambil awak 
Saya bawa awak pergi Pantai Pandak 
Kita duduk jauh sikit tak nak orang nampak 
Lepas parking kereta, kita borak-borak   
Hari ini, saya pergi Pantai Pandak 
Saya duduk dekat tempat kita lepak 
Terngiang suara awak bercakap rancak 
Bezanya, sebelah saya dah tiada awak   
Senja hari itu, kita pergi UiTM Chendering 
Awak pergi ATM Machine sebab poket dah kering 
Tapi ATM Machine rosak awak terus bising-bising 
Saya pun bawa awak pergi bandar, pusing-pusing   
Hari ini, saya pergi UiTM Chendering lagi
"Saya tak bawak handbag, tunggu kejap ye baby..." 
Dengan high heels online, awak keluar berlari
Ahhh tidak.... Aku mengelamun lagi   
Malam hari itu, Teluk Warisan jadi saksi 
Awak kiss pipi saya untuk pertama kali 
"Happy Birthday Afif Rashdan. I Love You Baby..."
Masa tu saya orang paling bahagia dalam dunia ini   
Hari ini, saya pergi Teluk Warisan lagi 
Dekat tempat kita dating saya duduk seorang diri 
Saya nampak awak dan saya sedang ukur tinggi 
Senyuman saya masa tu, tiada lagi hari ini   
Malam hari itu, kita pergi Secret Recipe 
"Take away sir, give me two slices kek Strawberry..." 
Kita makan dekat pantai sebab nak privacy 
Awak suap saya kek sebagai hadiah hari jadi   
Hari ini, Secret Recipe saya pergi juga 
Menu yang serupa, cuma nadanya berbeza 
Saya makan dekat tempat kita pernah makan sama-sama 
Daun yang gugur seakan simpati dengan nasib saya   
Andai dapat ku undurkan putaran dunia 
Seandainya masa itu kembali semula 
Saya janji awak takkan dipersia 
Kerana saya tak lupa kisah cinta kita   
Maaf hari ini saya tiada lagi di sisi 
Saya doakan awak bahagia setiap hari 
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Jaga diri awak, Selamat Hari Jadi
ps : Sudah 92 hari. Kau tetap di hati. Tiada pengganti ;)
ps : Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita juga semakin menjauh ;)
ps : Aku sengaja tak 'Align Center' untuk entry ni ;)
 Kunkun!!
 


19 comments:
OMG so sad :'(
sabar k, semoga terbaik utk anda!
naper aku nanges nie.........??? ko bukan tuju kat akupun kan???? =)
be strong!
lekas la cari pengganti
Apih,strong dude. Past is past. Work it. :)
pernah tulis sesuatu macam ni, sambil air hujan keluar dari tubir mata. kuat ye. :)
T_T
cari pengganti,,sedikit sebanyak dapat lupekan ex wpon xmungkin,,huhu
wahhh sedih... ;'(
susah nak cari laki cam ni...
sabar2.. ada pengganti yang lebih baik (:
x. .x
;
,' ',
ps : ak mmg tak kreatif,..jgn sesedey
b string..isi la kekosongan hati tu..mungkin boleh mmbantu untuk menjadi lebih kuat :)
cpt2 crik pnggnti so nnt sdih tu sket2 akn hlg...
sedihhnye ~
sweetnye.. sedih pun ada.. mesti awak ni pecinta yg setia kan
sedey plak bce entry ny T.T
sedey plak bce entry ny T.T
oke.cri tisu jap...tabah lah!
nak jd pengganti
wakakkakakap !
larikkkkkk ~~
promosi print assigment anda dengan harga rm 0.10 dengan dakwat berkualiti tinggi(kalis air)... disimpang 4 chendering...
kiss pipi ??
Post a Comment