My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

17 June 2011

bersyukur dengan apa yang ada






Kunkun!!


Seorang rakan menghantar emel menceritakan tentang masalah dalam hubungan dia dengan kekasihnya. Banyak kali aku membaca dan meneliti ayat-ayatnya. Serba salah dalam hati. Sedangkan aku tiada kekasih ingin menasihati orang lain tentang perasaan dan hati.


"Salam Apih.
Saya selalu baca blog awak. Silent reading jelah. Kadang-kadang je komen.


Blog awak buat saya lagi kenal dengan lelaki ni. You know, lelaki ni macam mana dan blablabla. Bila saya gaduh dengan boyfriend saya, blog awak la saya buat rujukan. Bila saya perlukan ayat-ayat yang baik untuk pujuk dia, blog awak jugak la saya cari untuk karang ayat yang baik untuk dia. And most of the time, saya berjaya!

Tapi kan.. Tapi kan..
Sekarang saya rasa saya macam salah. Sebab saya pentingkan diri betul. Saya cuma nak dia jaga perasaan saya je. Saya pulak tak reti jaga perasaan dia tu. Teruk kan?

Dia tengah ada masalah dengan kerja tapi saya tambah-tambah lagi beban kepala dia dengan marah-marah tak tentu hala. Any suggestion? Or maybe awak boleh buat satu entry tentang cara nak pujuk lelaki yang kecewa dengan perangai awek dia? Or mungkin apa yang lelaki nak awek dia bagitahu bila dia tengah kecewa dengan dunia yang kejam? Or apa-apa je yang awak rasa boleh membantu orang-orang macam saya.
Sekian.


Tuan belog B.S.H.B
TQ"




Tuan Belog B.S.H.B,


Ini mungkin bukan cadangan. Mungkin juga bukan cara memujuk lelaki yang dalam kesedihan. Cuma anggap ini kata-kata lelaki kepada wanita supaya dia lebih memahami dan menghargai lelaki.


Hari ini, antara benda paling rumit ialah lelaki. Jika wanita melayannya dengan baik, dia anggap wanita jatuh hati. Jika tidak, dia anggap wanita itu hidung tinggi. Jika wanita tampil cantik menawan, dia anggap wanita inginkan perhatian. Jika tidak, wanita dituduh kekampungan. Lelaki menuduh wanita kejam jika menyakitinya. Tapi bila dia menyakiti wanita, wanita dikatakan sensitif dan manja. Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki, mereka pasti bersumpah ini semua tidak benar sama sekali. Maaf jika perenggan ini menyakitkan hati ramai lelaki. Tapi ini realiti.


Bercinta bererti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tidak kira lelaki atau wanita. Jadi di situlah terbit rasa percaya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga.


Sayangilah dia seadanya. Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia berkarakter berbeza. Jadi anda nampak keistimewaan dia. Jangan terlintas untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya akan mengubah dirinya. Cuba imbas kembali, anda terpikat dengannya kerana dia adalah dia. Berubah yang aku maksudkan ialah perubahan dirinya, bukan dari segi akhlaknya.


Ingat. Janganlah bangga dengan diri anda selepas dapat memenangi hatinya kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila-bila masa. Jagalah dia sementara ada bersama. Dia memilih anda kerana dia percayakan anda. Dan anda harus ingat, adalah sangat susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.


Sebagai langkah persediaan, jika ditakdirkan hubungan anda putus di tengah jalan, jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan mati perlahan-lahan. Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walaupun sebagai kawan, biarkan dia tahu alasan yang akan diberikan. Supaya dia tahu dia akan berjumpa yang lebih baik pada masa hadapan.


Seringkali kita mendengar orang berkata, kita takkan sedar apa kita ada sehinggalah dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya, kita tahu apa kita ada, cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Hargai apa kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari.


Tak tahu entry ini dapat membantu atau tidak.
Cuma menulis dari hati lelaki yang separuh jiwanya sudah pergi.



ps : Maybe God has a bigger plan for me than I had for myself ;)


Kunkun!!



10 comments:

naddy said...

saya,perempuan yg jiwanya separuh pergi jua. wahh. hehe

like sgt pandangan tuh..

::yg penting, dun be hipokrit kn. :)
trust each other...

A retarded kitty said...

love comes and goes

timstarz said...

yeah..ayat paling besh."jgn tinggalkan dia tanpa sebarang alasan".tp apakah sebab lelaki tinggal perempuan tanpa alasan? adakah sbb xnk dia lg kecewa? *wondering*

Qisse said...

warh...da mcm pakar kaunseling lak ye :)

NuSaNa NoSa 91 said...

after i lost him, that's the time where i realise, he's meant to me.. T_T

sarah honey said...

im reading. :')
trima kaseh incik apih..

pelangi said...

best!!

si macho said...

pinjam ayat apih .dan da kredit :)

http://www.sayabintang.com/2011/08/sebab-saya-suka-awak.html

Anonymous said...

nak mintak pendapat boleh?
dr sudut pandangan seorg lelaki, bila dia selalu msj, call n always be there utk a girl yg xde apa2 hubungan, is it normal? maksud sy, is it really possible yg itu cuma sebab saya kawan awak, awak kawan saya? i did flutter because this guy who always be there for me, always contact me and ask if i'm okay everyday until suddenly i found out that he has a girlfriend. maybe saya yang terperasan lebih, tp he kinda gives a false hope, and now, it really hurts me. mybe ni merapu, but if u can give some opinion or advice, that would mean the world to me as i always come to read your blog whenever i feel depressed.

Anonymous said...

you know what... you should tell at facebook about this entry.. mksud sye share kpd lebih rmai org.. supye org lelaki n pmpuan turut sme faham akan erti cinta sbnrnye.. ! thanks.. Jiwa mungkin akan mati.. ilove that sentces... MOHON SHARE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...