My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

13 June 2011

tahniah terengganu tahniah kelantan







Kunkun!!


Belum terlambat rasanya mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemain bola sepak Terengganu yang menjuarai Piala FA dua hari lalu. Kepada Kelantan, tahniah juga berjaya sampai ke peringkat akhir sekali lagi.


Tumbang, selepas mendahului sehingga minit terakhir, atau lebih tepat lagi, sehingga 10 saat terakhir permainan memang agak perit untuk ditelan. Sukar diterima akal. Tapi itulah bola sepak. Ketika pengguna Facebook rancak membuat Pages bertemakan 'Daudsu Jamaluddin', aku lebih suka melihat kesalahan itu di bahu salah seorang pemain ke-12 Kelantan, iaitu penyokong.


Bukan semua penyokong Kelantan, tapi seorang. Seorang penyokong yang melemparkan mercun ke arah gol Terengganu pada separuh masa kedua menyebabkan perlawanan tertangguh hampir 5 minit. Dan ia dibayar dengan tambahan masa 8 minit, 4 minit untuk masa kecederaan, 4 minit untuk insiden balingan mercun tadi. Dan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana mercun yang menyala, Kelantan kempunan piala.


Jujur aku katakan, taktikal Terengganu mungkin agak genius - walaupun tak terlalu genius - tapi cukup untuk mengekang strategi jurulatih Kelantan yang seakan-akan 'tiada plan B' selepas plan asal mereka - short pass and ball posession - berjaya ditangani Terengganu. Dapat dilihat, dalam 10 minit terakhir permainan separuh masa kedua, Kelantan kebuntuan idea dan bermain sambil lewa, sekadar menunggu wisel penamat dibunyikan. Pertukaran pemain, pemain simpanan juga dimasukkan hanya untuk melambat-lambatkan masa. Bila dapat bola, bila dapat sepakan percuma, sengaja dibawa ke penjuru padang untuk memperlahankan tempo permainan. Pemain Terengganu yang sentiasa percaya pada kemungkinan untuk menang pantas membalas dan akhirnya Daudsu Jamaluddin tertanduk bola ke gawang sendiri. Bukan salah Daudsu, dia ingin menyelamatkan.



Tapi aku tetap menghormati Kelantan. Takkan sebab seorang penyokong buat hal, semua nak dipersalahkan kan? Walaupun mentaliti sesetengah penyokong yang suka buat kecoh ni masih tak berubah, aku tetap suka Kelantan. Sebab ramai perempuan Kelantan yang boleh pukau aku walaupun tanpa solekan. Siapa? Biarlah dirahsiakan.


Rasanya tiada yang harus dipersalahkan. Adat permainan. Konsistensi Kelantan, dan kehebatan Terengganu membuktikan Pantai Timur adalah kuasa baru bola sepak Malaysia. Tiada guna kita bersengketa kerana sukan dicipta untuk merapatkan hubungan, bukan mencetus perbalahan.


Tahniah juga buat team Terengganu, juara SUKMA kali ketiga berturut-turut.


ps : Ni nok kabo ke mung, aku bangga jadi orang Terengganu!


Kunkun!!




4 comments:

zuyyin zulaikha said...

yey..ganu menang..sukaan wase ^o^

Khai said...

tahniah ganu!!

selembut salju said...

terima kasih buat penyokong kelantan..

khalis_damia said...

tapi aritu kan..mse live tv1 takde tnjuk insiden lempar mrcun tu kan?? yg tertanduk bola masuk gol sniri tu adela...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...