My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

06 June 2011

masih ada yang sayang kau







Kunkun!!


Ini cerita tentang seorang kawan. Namanya, biarlah dirahsiakan. Kawan lelaki, bergaya dan tampan. Tahun ini, sudah sembilan tahun kami berkenalan. Sejak zaman persekolahan, dia menjadi rebutan. Tapi tiada seorang perempuan dapat menarik perhatian.


Bulan enam dua ribu sepuluh, di dalam Facebook mereka dipertemukan. Ketika kebanyakan manusia di seluruh dunia bersorak dengan Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Afrika Selatan, mereka sibuk mengikat ikatan persahabatan. Telefon bimbit Sony Ericsson yang dulu sunyi kini dibanjiri pelbagai deringan. Wajah yang dulu suram kini berhiaskan senyuman.


Masa berganti masa. Belajar di satu kawasan yang sama mengeratkan lagi dua hati manusia. Berbeza tempat pengajian, berbeza jurusan, tapi sama-sama mengejar cita-cita dan cinta. Cinta yang disemai ditabur baja akhirnya berbunga. Bunga itu dijaga bersama. Janji setia, hidup mati bersama, hanya waktu dapat memisahkan kita, itu antara janji mereka.



Dua hati, yang dulunya tertutup rapi akhirnya berwarna warni. Mereka berubah menjadi insan yang tidak pentingkan duniawi. Si lelaki membimbing kekasihnya mendekati agama Islam yang suci. Si lelaki yang dulu panas baran semakin penyabar kerana dia mula sedar marah itu syaitan yang dicipta dari api. Si perempuan yang dulu seksi kini bertudung rapi.


Adat bercinta, ada salah faham sesama sendiri. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi. Sedih dan sayu di hati. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori.


Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan. Aku minta dia bertenang. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan. Tapi dia melarang. "Pukul aku kalau kau terlalu geram..." katanya lantang. Aku terdiam. Aku tak faham. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan? Tiada jawapan. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian..." katanya perlahan. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan. Baik sungguh hatimu, kawan.



Benar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna.


Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya. Sebab kita kawan dulu, kini, sampai syurga dan selama-lamanya.


ps : Kawan, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan ;)


Kunkun!!




14 comments:

unieMARKS :) said...

perempuan baik kena tinggal , laki baik pun kena tinggal . memang susah nk cr yg setia skrg .

IeDa said...

yes! kita semakin kuat bila ujian dtg..

Anonymous said...

afif el nino mmg ske reka crite..
bdk llaki tu cri psal,mmg la kne tggal..haha

wannurfazrini said...

kalau semua manusia melalui situasi sebegini, pasti byk yg berubah kann!

erniemusliana said...

so true yg manusia jd kuat sbb manusia :)

Amna.Qadeeja said...

dia seorang yg kuat dan tabah. sukar mencari lelaki setabah dia.

anda bertuah memiliki teman sprti dia. semoga Tuhan melindunginya. Amin.. :)

auny aizie said...

yang setia setia selalu kena main , kena tipu , kena tinggal .


uwarghhh

Anonymous said...

klu btul2 cintakan seseorg,xmesti llaki tu kne bersama p'puan tu..
mesti llaki tu rasa marah sgt2 masa mula2 berpisah kan..
tp lpas dia pkir dalam2 mmg dia ptut lpaskan p'puan yg dia cintai tu utk p'puan tu plih kebahagian hidupnya sndri,itu hak p'puan tu..
n si llaki ptut pkir yg "llaki bru" dlm hidup p'puan 2 mampu mencintai
p'puan tu lebeh dri dia pernah cintai sbelum ni, dan dia ptut pkir "llaki bru" 2 bleh memberi kbahagian kpd p'puan tu lebeh dri dia pernah berikan..
meski si llaki 2 tau yg "llaki bru" 2 xkan bisa membimbing p'puan tu utk mnjadi p'puan yg lebeh baek, dan meski si llaki tu tau yg "llaki bru" tu akan mnjadi penambah dosa2 p'puan tu..
dan meski si llaki tu tau dia xde hak dan kuasa lgi utk mengubahnya hati p'puan tu..
dan apa yg si llaki 2 mampu dan ptut buat hnyalah memohon doa dri ALLAH agar p'puan dan pasangan barunya bhagia berdua dan terhindar dari dosa maksiat,dan berakhir dengan ikatan yg halal.. :)
knapa la aku smangat sgt komen ni..LoL

~seyha~ said...

baiknyee laki tuh , dea msty dpt yg lagi better pas tuh ~

aziekz said...

salam..
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu….. Setiap yg terjadi kpd kita… hanyalah ujian Allah menguji keimanan kita, sejauh mana ketabahan.menguji keimanan dan ketakwaan… melatih manusia sentiasa bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran.,,insyaallah,,,anda dan kawan anda akan dapat yang terbaik...hee

Pendekar Berkuda said...

wah....kawan itu cinta?? aku di KT...dataran shahbandar nak tunggu kau datang...

iKhRam said...

cinta itu indah.. dan cinta itu berhak kepada pemiliknya.. usah berputus asa..

tikusdalamlab said...

apih el nino, gua benci lu. sebab lu suka buat entry best, cibetttt


best regards,

sabrina shuhaimi.

cik aletheea : said...

amin.
permudahkanlah segala untuknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...