My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 June 2011

anda pengguna facebook yang mana?




Kunkun!!






Mungkin dalam dunia ini, hanya aku manusia yang suka tengok manusia. Tengok bukan sebab nafsu, bukan sebab nak mengata, tapi sekadar 'suka-suka'. Melalui pemerhatian, kita dapat belajar sesuatu yang kita tak tahu. Melihat manusia di Facebook, menambah senarai perangai manusia yang aku perhati sejak dulu. Facebookers, gelaran untuk manusia di Facebook.


Ada pelbagai jenis Facebookers dalam dunia Facebook. Anda yang mana?


01. Page Likers
Dengan bersemangat dia 'Like' satu per satu. Ada yang cuma suka-suka, ada yang kononnya lepas 'Like', dapat satu semangat baru.


02. Extremely Status Updaters
Selang lima minit, mesti update status. Kalau sehari? Beratus.


03. Over Photo Uploaders
Semua gambar dia nak muat naik kalau boleh. Daripada gambar yang terkini sampailah gambar masa mula pandai bertatih.


04. The Game
Farmville? Cityville? Poker? Sebut je apa jenis game, dia tahu.
Dekat wall pun berlambak gambar nak kuda, nak batu, nak kayu.



05. The Transformers Robot
Ada yang tak suka letak gambar dia sendiri jadi dia letak gambar motorsikal atau kereta. Bila aku kata dia Transformers dia tak suka. Bukan ke Transformers tu kereta?


06. The Spammers
Main kuiz pelik-pelik. Lepas tu hantar video pelik-pelik. Padah kalau klik.


07. The King of Wall-to-Wall
Katanya, Wall-to-Wall only. Antara fenomena Myspace yang berjaya bertahan di Facebook sampai hari ini.


08. Attention Seekers
Buat status yang boleh buat orang meluat. Kalau sekali takpe, tapi ada yang setiap hari dia buat. Apa kau tak penat?


09. Depressing Status Updaters
Status mesti marah-marah setiap masa.
Apa dalam hidup kau takde yang indah ke?



10. The Promiser
Tak kira dekat status, atau komen, senang sangat taip janji itu ini. Janji nak belanja makan, janji nak pergi situ sini, tapi akhirnya janji tinggal janji.


11. People Who Can't Spell
Kalau short form boleh diterima lagi. Macam 'Abang' jadi 'Abg', 'Sayang' jadi 'Syg'. Tapi kalau sampai 'Sangat' jadi 'Sanad', 'Buat' jadi 'Bwat', yang ni buat ramai orang sakit hati.


12. Song Lyrics For Status
Mengekspresikan status dengan lirik lagu. Kalau sayu, lirik lagu sayu. Biasanya menggunakan lagu yang popular sebab ramai orang tahu. Lagu nasyid? Ada la sekali seminggu.


13. People Who Take Photos in Mirrors
Asal jumpa cermin, mesti nak ambil gambar. Ada yang jenis memang suka bergambar. Ada satu lagi jenis berlagak nak menunjuk dia ada DSLR.


14. The Pokers
Biasanya perempuan banyak kena Poke. Lelaki pun ada yang kena Poke. Dalam Facebook je la boleh Poke-Poke. Kalau buat betul-betul kat luar memang kena hempuk!


15. The Inboxers
Wall dia sepi tapi Inbox penuh 'Noti'. Konon nak privacy.


16. The Chatters
Sikit-sikit chat. Katanya nak lagi cepat.
Sebanarnya tak nak kantoi dia mengorat.



17. The Stalkers
Bila online Facebook, tengok orang lain punya 'Recent Activity'. Kalau kena stalk, bermakna anda ada peminat tersendiri.


18. Consistent Status Likers
Buatlah status yang anda sendiri tak faham sekalipun, dia akan 'Like'. "Tak baca tak apa, janji Like..." So, some stalkers are the likers, right?


19. Fake Relationship Statusers
Biasanya perempuan. Sebab tak nak orang lelaki add dan kacau kan? Lelaki kalau ada girlfriend pun kalau boleh nak buat single supaya senang nak add perempuan.


20. Blue Words Style
Ini yang terbaru. Kalau boleh komen tu nak semua tulisan biru. Orang macam ni memang adik beradik dengan point atas sekali, yang nombor satu.




Kesat dahi, garu kepala. Penat dan tak berdaya. Banyak lagi sebenarnya. Login Facebook dan jadi kaya raya? Tag Photo yang tiada kena mengena? Facebookers yang suka tukar nama? Offline chat setiap masa? Macam-macam ada. Buatlah kalau ada manfaatnya.


Terima kasih Facebook kerana memberitahu semua orang bahawa blog hitam ini wujud, masih bernyawa dan tetap Bernafas Dalam Egonya.


Jadi, anda Facebookers yang mana?


ps : Likes and Follow My Blog at Facebook - Bernafas Dalam Ego [click here]


Kunkun!!



23 comments:

s u a r a h e a R t y said...

like suda ~ ego itu macho. . .xpe2 ~

Umar Faruq said...

best entri nie.. aku jenis suka offline chat fb tu.. sbb serabut.. haha..




Tengok haa.. Ntah2 blog korang ada dalam ni.. Nasib r.. Hahaha..
http://www.umarfaruq.com/2011/06/review-6-promote-3-entri-best-sekaligus.html

tyka said...

like like like

~CiK TiNieY~ said...

tak tahu mana satu...err

cikpia said...

aku jenis ada fb sekadar ada..... nak jenguk sekali sekalapun lupa. he he.....

Rapunzel Cikilolo said...

aku memang gune fb untuk main game. hilang stress kalau macam ni... :)

daylachan said...

fb sy sume nk misteri...keh2

nursayidatina said...

haha. memang menarik.

nice entry as its actually about us :)

Mrs. Farhan said...

Saya xde dalam senarai, sbb saya dah deactivate fb. Heheh. =)

Amna.Qadeeja said...

haha mmg terkenala kat btg idung hihi

yg no 7 n pix ngan DSLR mmg hobi bwahaha kantoi ceh ceh ceh

anti btol ngan owg yg ubah perkataan tuh wt sakit ati je,gdix kot

a'ah slalu gak wt off9 chat serabut sgt, keh3 bajet hot kan ;D

A retarded kitty said...

aku suka tekan like je, pastu log out. fb does not interest me like it used to be

kaizen said...

aku rase aku boleh msuk byk golongan sbb ikot mood...

dhilla nazli said...

ahahah gempak je kot =)

dyg said...

all r true.,kdg2 serabut pala bl buka fb.,

Rafidah Bakri said...

17th belong to me. hehe
btw, nak share entri ni :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

blogger hanya mempergunakan FB untuk keperluan blog nya.. mcm saya. kekekeke

maiTuty said...

hahahaha..
terasa kejap..haha

p/s: agak2 mcm mana ek, bunyi bernafas dlm ego??:)

Najah SHakiLa said...

owh..tidak ada 1 pown yg dia ats
en bernafas dalam ego blh tambah lg 1
;seseorang yg suka share ilmu dunia dan akhirat di wall fb nya..;)

iKhRam said...

wow.. ada byk no jugak.. tp saya pbgguna fb yg sederhana saja.. mudah dan disenangi kot??

~naddy~ said...

hahaha ! alamak.. mcm sme je. hihi.. tp bukanlah spammer. =)

ainina jelani said...

jarang guna fb, oh no ! do love your blog. :fuh

pelangi said...

stalker..

adniel said...

likers :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...