My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 June 2011

kecantikan tidak jamin kebahagiaan







Kunkun!!


Beberapa hari kebelakangan ini Internet di rumah mempunyai masalah talian. Mungkin kerana hujan. Tapi bila dapat digunakan, Mukabuku dibuka terburu-buru. Mengharapkan ada jodoh muncul di situ. Tapi ada chat dari kawan lelaki yang menyala di Mukabuku.


Kawan : Apih. Kau busy?
Aku : Tak. Kenapa beb?
Kawan : Aku dah putus dengan awek aku.
Aku : Eh? Kenapa? Hari tu okay je.
Kawan : Aku over-jealous kot.
Aku : Memang la kena jealous kalau couple.
Kawan : Tapi dia ni ramai peminat.
Aku : Tahu. Punyalah ramai orang minat, kau yang dapat.
Kawan : Tapi dia layan mesra sangat.
Aku : Memang dia jenis macam tu kot.
Kawan : Entah la. Aku dah seminggu tak contact dia.
Aku : Baru seminggu. Rileks la.
Kawan : Tapi aku tak boleh lupa dia. Dia paling cantik pernah aku dapat.
Aku : Bro. Cantik tak jamin kau bahagia la wei.
Kawan : Entahlah. Aku blur.
Aku : Chill bro. Welcome to the club! Hahaha.


Lawak bodoh untuk menceriakan orang yang hati rapuh.
Kesian bukan? Cemburu menyebabkan perpisahan.
Tapi cerita ini bukan tentang cemburu. Awal-awal dah bagitahu.


Kekasih dia, memang lawa. Dia sendiri pernah cerita, dia jatuh cinta kerana kecantikan kekasihnya. Dari situ, bercambah rasa sayang dan mereka bercinta. Aku sendiri pernah terpukau dengan kecantikan buah hatinya. Tapi kerana ego, aku mengatakan kekasihnya biasa-biasa saja. Tidak langsung berada dalam senarai citarasa. Perempuan, walau secantik mana, tak semua lelaki suka.

Maybe you should eat make up so you can be pretty on the inside


Bukan semua cantik itu subjektif, itu kata Matluthfi. Tengok vlog dia, dan fahami. Di mata sepuluh lelaki, ada sepuluh takrifan cantik itu sendiri. Jadi cantik itu memang subjektif, terbukti. Seperti perempuan, lelaki juga pandai menghakimi. Ada yang kata cantik itu penting dalam hubungan. Ada yang tak pentingkan kecantikan. Terpulang.


Lumrah dan realiti, lelaki memang suka tengok perempuan cantik tapi tak semua lelaki mahu yang cantik itu menjadi isteri. Seperti mahu membeli kereta, begitulah lelaki bila mencari isteri. Ramai lelaki sukakan kereta sport, tapi percayalah tak semua lelaki mahu memilikinya. Harga, kos baik pulih dan harga minyak antara faktornya. Semakin cantik sesuatu benda, semakin mahal harganya. Tapi dari segi kualiti? Sama halnya seperti perempuan. Apa gunanya isteri cantik tapi tak pandai melayan suami? Tak pandai menguruskan rumahtangga? Tak pandai bab agama?
Perkahwinan bukan untuk sehari dua.


Walau sejahat syaitan pun seseorang lelaki, dia tetap mahukan wanita yang beragama sebagai isteri. Tidak selamanya lelaki jahat mahu kekal jahat. Aku sendiri tidak meletakkan kecantikan di tempat pertama kerana bagi aku, wanita berintelektual dan beragama lebih penting. Kalau cantik, itu bonus. Kalau kaya, itu juga bonus.

I believe in being strong when everything seems to be going wrong


Lelaki juga kurang gemar dengan perempuan yang suka make-up. Bedak sampai melepak-lepak. Bukan salah, cuma jangan melebih-lebih. Over bak kata orang putih. Lelaki sukakan perempuan yang ringkas. Cukup sekadar sedikit solekan yang asas. Tidak perlu bersolek seperti artis di karpet merah kerana ia mengundang kutukan yang boleh menjatuhkan maruah.


Bagi aku, cukuplah mendapat wanita yang manis dan sedap mata memandang. Memang lelaki mahukan wanita berbuah dada besar, tapi itu cuma aras kemahuan. Realitinya, bukan semua lelaki selesa bila pasangan mereka berbuah dada besar kerana lumrah lelaki, tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.


ps : No more rambut emo. Take care and spike your hair ;)


Kunkun!!




24 comments:

AhMaD sYaFiQ said...

aq suke entry kau yg ny pih..

ArifmoraleS said...

i am not beautiful inside and outside..but can u accept me just the way i am?ha3...

wannurfazrini said...

tahu xpe. even ramai ckp aku comel aku mst bangkang habis2an takde apa yg nak dibanggakan dgn kecamtikan . aku memerlukan org yg terima dalaman aku. oh sungguh x sempurna ;))

Unknown said...

sekiranya hanya memandang rupa, bukanlah cinta sejati.. kerana ia hanyalah untuk sementara...

Anonymous said...

pompuan yg pling cantik d mata llaki ialah pompuan yg llaki itu benar2 cintai.

Najah SHakiLa said...

ok..sependapat dng Apih~

oggie.bloggie said...

lawa+hensem rambut baru tu :)

oggie.bloggie said...
This comment has been removed by the author.
NanaHayley J's said...

Cinta boleh datang dan pergi ;D Tetapi, cinta yang sejati sukar dicari kerana modenisasi global -.-'

Kechik Itu Comel said...

susah nak cri cantik luar dalam..
tapi jgn lah cri yg sempurna sgt..
sbb tak ada yg sempurna dalam dunia ni..

nurul rasya said...

kecantikan anugerah Allah

AnakPakZohar said...

this is best broooo~~~~~~~~

Fatihah Mustapa said...

bagus lah cara awak menulis..x)

Heziqa Yoo said...

like weyh!^^

kotak bulat said...

selalu org pelik bile pompuan tak cntik tetp ada laki suka.. cantik bukan cume pd luaran kan..

iKhRam said...

perempuan yang cantik dan berilmu satu bonus yang paling indah.. apatah lagi yg boleh mendorong seseorang menjadi cinta pada agama.. huhuhu.. berkali-kali la bonusnya

Balqis Riza said...

cliche..semua org ckp cmni..semua org agree, beauty is only skin deep..
but u cant deny that beauty is also a very valuable asset..

nice entry btw~

my male-friend once told me, every men, answer to the vibration of beauty..no exceptional..

Aiey Aziz said...

aisehh...siyes r laki tak suka pmpuan mekap? biar betik..

MrPingu Gonzalesz said...

artikel yang bagus.. saya setuju bahawa kecantikan bukan jaminan kebahagiaan.. yg paling penting cantik hati, cantik akhlaknya dan beragama!

wawalicious said...

betul la tu..ramai kawan2 laki bgtau pompuan macam mana dorang nak jadikan bini :) lebih kurang mcm entry ni la

sitihalisa said...

suka entry nihh :)

nirhamna said...

kate org, makin cantik seseorang wanita, makin tinggi kos maintenance nye.. huhu

feeza macho said...

<<<< ------ macho ehem :D

Anonymous said...

love almost your entry..it make me realize who i am on the man sight..your entry is the most honest entry i ever read..thanks a lot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...