My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

26 March 2012

terangsang nafsu tengok mainan sekarang





Sepuluh tahun lalu...


Beratur di sebelah papa dalam satu barisan di KFC. Aku pernah tanya kenapa mama tak beratur sekali. Papa kata perempuan tugas dia cari meja sementara lelaki kena beli.


"Papa, abang nak makan macam papa, taknak yang ada mainan..."


Itu yang selalu aku ungkapkan. Aku tak suka menu kids meal sebab makanan dia sikit cuma kelebihan dia ada percuma mainan. Bagi aku mainan percuma yang berbungkus ala kadar itu sangat murah dan tidak mencapai piawaian. Alat mainan KFC adalah alat mainan yang akan dijahanamkan dalam bakul mainan. Bukan setaraf dengan alat mainan yang dibeli di pusat membeli belah yang berbalut plastik lutsinar kekerasan. Alat mainan supermarket jauh lebih hebat daripada alat mainan KFC yang mama dan papa selalu berikan. Kecil tapi demand bukan?




Sepuluh tahun berlalu...


Beratur sendirian dalam satu barisan di KFC. Bersendirian kali ini tiada lagi papa di sisi. Dari belakang akhirnya sampai di depan sekali.


"Dik, abang nak yang set ni, pastu kalau boleh nak mainan yang kiri sekali..."


Dia senyum nampak gigi. Aku cuba kawal diri. Tak salah langsung kalau set budak-budak ni orang besar yang beli. Aku cuba tenangkan hati. Akhirnya siap terbungkus rapi salah satu menu kesukaan aku hari ini. Bukan nak makan sangat tapi alat mainan tu yang penting sekali. Bukan nak buat main tapi nak bagi dekat sepupu-sepupu kecil yang buas dan belum pandai menghargai.


ps : Lelaki yang suka alat mainan sebenarnya penyayang, bukan tak matang ;)




18 March 2012

saya suka bila orang ambil entry saya





Entry terbaru dibaca. Ketawa. Garu kepala. Baca yang kedua. Sekali lagi ketawa. Hebat sungguh blogger yang rasanya tidak perlu disebutkan nama. Mahu saja berdiri dan memberi tepukan kepadanya.


Buka blog sendiri. Geledah semula entry-entry lama yang sudah bersawang tidak dipeduli. Baca entry yang ditulis sendiri. Buka semula blog tadi. Perbandingan dilakukan dengan teliti.




Entry pertama menjadi saksi. Bulu roma berdiri. Hebatnya kebetulan ini. Tajuk berlainan yang sama cuma isi. Tarikh entry dicari. Kalau sama lagi aku akan ajak blogger ini lepak sekali. Nampak sangat kami serasi. Malangnya tarikh dia tidak sama dengan entry di blog ini. Terus hilang rasa teruja tadi.


Mata membaca entry terbaru. Kepala yang tidak gatal digaru. Ini entry aku dulu. Cuma tajuk dan nama watak diubah untuk mengindahkan cerita yang ditiru.


Perkataan plagiat aku dengar sudah lama. Orang lain mungkin sudah lama kena. Cuma sekarang baru aku rasa. Ketawa dan kecewa. Ketawa kerana rasa diri popular ada peminat setia. Kecewa kerana dia secara tidak langsung menipu pembaca blog dia.


Ada beza meniru apa dibaca dan mengolah apa dibaca. Meniru adalah mengambil semua. Mengolah pula menghuraikan apa yang sudah ada. Dunia blog kita tak besar mana. Kalau rajin blogwalking pun tidak mustahil akan kembali ke blog asal juga.


Memang ramai blogger menulis bukan kerana nama. Memang ramai blogger menulis sekadar suka-suka. Tapi itu bukan tiket untuk sesuka hati mengambil karya mereka. Mereka mengerah idea. Mereka meluangkan masa. Mereka bersengkang mata. Ada yang tahan lapar dahaga. Semua yang mereka tulis sudah mereka rasa. Tidak ada blogger yang tidak suka bila karya mereka dihargai oleh pembaca. Tapi kalau terlalu suka, ambil dan kreditkan kepada pemilik asalnya. Bukannya salin semua, tulis semula dan mengaku itu karya kita.


ps : Tirulah entry ni saya nak tengok awak edit macam mana nanti ;)




15 March 2012

orang jahat takkan selama-lamanya jahat





Semalam ada tayangan amal cerita Hafalan Shalat Delisa anjuran Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC (PMIT). Aku pergi. Serius aku pergi. Hasil ajakan para penggiat persatuan agama ini iaitu kawan aku jadi aku menghadirkan diri. Mungkin sebab program semalam adalah tayangan filem jadi sebab itu yang terbuka hati. Kalau ceramah agama tak tahu kenapa rasa berat je kaki. Mungkin ramai sangat syaitan bergayut di telinga kanan dan kiri.




Sampai di dewan tayangan aku disapa beberapa orang ahli persatuan yang menunggu di depan pintu. Masih tak ramai orang aku tengok di situ. Tak tahu kenapa bila berkaitan dengan agama semua orang macam buat tak tahu walaupun majoriti pelajar di sini orang Melayu. Itu soalan aku tuju untuk aku. Tapi jawapannya aku sendiri tak tahu.


Semuanya sempurna malam tadi. Kecuali satu benda yang kurang berkenan di hati. Memang ramai terkejut dengan kehadiran aku dalam program keagamaan macam ini. Maklumlah surau pun aku tak pernah pergi. Ceramah agama jauh sekali. Cuma semalam ada seorang kawan yang suka perli-perli. Aku bukan sensitif jauh sekali nak kecil hati. Cuma aku terfikir adakah aku tidak layak untuk datang ke majlis ilmiah agama aku sendiri?


Memang aku perangai hantu. Memang aku sembahyang tak cukup lima waktu. Memang aku selalu tewas dengan nafsu. Memang ayat-ayat mencarut umpama juadah harian aku. Memang kalau jumpa perempuan seksi bahagian dada yang aku tengok dulu. Itu semua aku mengaku. Tapi aku tahu siapa yang nilai dosa-dosa aku. Dia, Tuhan yang satu. Bukan kau atau aku. Cuma satu persoalan yang terlintas dalam kepala yang semakin tepu. Kenapa mesti ada yang pandang serong bila orang seperti aku hadir ke majlis keagamaan sedangkan kita berkongsi agama yang satu?


ps : Hafalan Shalat Delisa jauh lagi best daripada Ombak Rindu ;)



09 March 2012

kau sampahkan kepercayaan yang dia bagi





Satu telefon bimbit bergolek di atas meja. Lantas muka dipaling ke arah tuannya. "Weh kau kenapa?" Tiada jawapan cuma satu keluhan panjang dihela. Air di dalam gelas biru diteguk membasah tekak yang dahaga. Terdengar pula keluhan lega.




Serabut dia kata. Serabut dengan seorang kawan perempuan yang sentiasa mengadu masalah yang ada. Seolah-olah hidup dia adalah untuk menyelesaikan masalah seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Tegas suara yang membuktikan dia tidak bergurau senda.


"Memanglah perempuan sifat dia manja tapi tak kan manja sampai macam ni sekali?" Sekali lagi dia berbunyi. Dan dia mengambil tindakan berani. Untuk beberapa hari dia mahu mendiamkan diri. Dia mahu perempuan itu sedar hidup ini bukan semudah ABC.


Tangan ini tepuk bahu dia berkali-kali. Suruh dia bertenang dan habiskan air yang dia beli tadi. "Tak payah nak serabut sangatlah bro lepas ni kita karaoke sepuas hati." Hanya itu cara yang kami tahu untuk lepaskan semua masalah dalam diri.


Mata melihat ke satu penjuru. Mulut ingin berkata sesuatu. Tapi mungkin tidak perlu. Biarlah hati yang sebut satu per satu. "Bro, bila perempuan cerita masalah dia tanpa segan silu, itu bukan mengadu, itu tandanya dia percayakan kau tapi kau je tak tahu semua tu."


ps : Masing-masing ada masalah sendiri masalah dunia masalah peribadi ;)




08 March 2012

cinta monyet ibarat dua monyet bergayut





Bahagianya mereka. Itu yang nampak di mata. Di dalam Facebook bermama papa serta kata cinta. Kisah bahagia sepasang kekasih yang belum kenal dunia.


Bertemu di luar pula. Berpimpin tangan merata-rata. Dalam baju putih sekolah menengah berseluar hijau berkain biru penuh mesra.




Cinta monyet itu indah kata mereka. Ketawa. Indah bila cinta itu jadi kenangan untuk diketawakan bila mereka sudah kenal dunia.


Tadi berlaku perang dunia ketiga. Kalau semalam 'married' hari ini 'single' pula. Entah siapa punya angkara. Si perempuan membuat status mengikut emosi sementara lelaki berdiam diri saja.


Cinta memang indah. Meriah memang meriah. Tapi sangat tak elok bercinta dalam sekolah. Kalau sebab cinta itu buat masa depan jadi tidak cerah lebih baik tinggalkan saja biar jadi sejarah.


Cinta monyet ibarat dua monyet yang bergayut pada dahan yang rapuh menanti patah. Lepas dahan itu patah, monyet pasti bergayut pada dahan lain yang lebih bergetah.


ps : Dik, abang nasihat ni sebab dulu pun abang buat ;)




05 March 2012

hanya padamu ku serahkan segalanya





Sudah lama rasanya tidak duduk di atas sejadah dan berdoa pada yang kuasa. Sudah lama aku leka. Sehinggalah Dia menunjukkan kuasa. Orang yang aku sayang ditimpa penyakit yang agak bahaya. Maka barulah aku terkial-kial memohon pertolongan Dia. Aku mengaku aku manusia yang bila susah baru ingat pada yang Esa.




Seminggu berlalu aku rasa sudah tidak ada harapan. Dalam gelap aku duduk sendirian. Aku menangis dalam hujan. Ketidakadilan kehidupan. "Dalam ramai-ramai manusia kenapa dia yang kau mahu menderita kesakitan?!" Aku membangkang ketentuan. Aku mempersoal takdir Tuhan. Qada dan qadar aku pertikaikan. Amat sukar untuk aku terima kenyataan.


Tapi aku salah. Saat aku lemah, orang yang sepatutnya longlai masih gagah. Walaupun dia tahu penyakitnya buat dia berubah. Tapi dia tidak resah malah tabah. Aku mula gundah. Kenapa dia yang sakit masih kuat melangkah sedangkan aku seakan rebah.


Dan tadi ada rasa dalam jiwa. Walaupun orang aku sayang sedang menderita tapi aku bersyukur pada Tuhan yang kuasa. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang lebih teruk dari dia. Cuma aku harap dia akan sembuh seperti biasa. Sebab aku masih perlukan dia. Sebab dia ketua keluarga. Sebab dia istimewa.


Doakan atok saya sihat seperti sediakala. Saya sayang dia.


ps : Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu. Ayat itu tersemat di kalbu ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...