My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

29 August 2012

bila rindu



Rindu. Rindu walaupun tak sampai seminggu kita baru bertemu. Rindu semua kenangan seketika itu. Rindu sama kamu, kamu dan kamu.


Rindu bila sedar kita makin dewasa. Kau jauh mencari rezeki di sana. Kau pula jauh menimba ilmu di sempadan sana. Kau juga, kau, dan kau juga. Banyaknya kau yang aku guna. 




Rindu saat kita keluar bersama. Rindu saat kita mengata kawan sekolah yang sudah jauh berbeza. Rindu saat kita saling memaksa kawan untuk makan di rumah terbuka. Rindu saat kita berbincang penuh serius rumah skandal mana yang harus kita pergi beraya. Rindu gila. 


Rindu. Cuma itu yang aku tahu.


Rindu bila kita lepak di warung yang masakannya tidak sedap tapi kita tetap pergi sebab pelayannya perempuan bertubuh mantap. Rindu bila kita melopong melihat wanita cantik sampai tergagap cakap. Rindu bila kita menjeling ke dada wanita dengan harapan ternampak lurah gelap. Rindu bila kita memulakan topik sangap.


Rindu ini bukan untuk kekasih hati. Rindu ini sesama lelaki. Bukan rindu yang memerlukan cium pipi. Cukup sekadar duduk semeja berbual itu ini sampai pagi. Rindu kawan sejati. Rindu geng sehidup semati. Rindu GC.


ps : Hari raya tahun ni aku berkenalan ramai blogger dari negeri aku sendiri ;)


17 August 2012

ngeri di aidilfitri



Berdasarkan kisah benar. Sila skip jika anda sedang mengandung atau pesakit jantung.


Motor yang ditunggang oleh Hafiz dan Abu diperlahankan bila mana jalanraya kelihatan sesak. Hafiz yang berada di depan berdiri dan melihat sekumpulan manusia berdiri mengelilingi sesuatu. Mungkin ada kemalangan, cetus hati mereka. Mereka berdua menghentikan motorsikal di tepi jalan dan bergegas ke tempat kejadian.


Sukar untuk mereka menghampiri kumpulan tersebut tapi daripada apa yang didengari Abu, telah terjadi satu kemalangan ngeri sebentar tadi. 




"Dia lintas macam tu je. Waja tu pulak tengah laju nak balik raya, jalan long, tak sempat brake, terus langgar. Waja tu seret pulak dalam beberapa meter. Orang ramai yang lepak kat kedai tepi tu terus pergi tengok. Memang tak selamatlah kalau putus kepala. Hancur. Mata tinggal satu je, lidah terjelir, telinga putus. Daging dia bersepah atas jalan."


Naik bulu roma Abu mendengar cerita daripada salah seorang saksi. Dia mengusap-usap lengannya. Dia pantas mengajak Hafiz balik namun sahabatnya itu masih mahu megetahui hal sebenar.


"Kau tunggu sini kalau takut. Aku nak pergi tengok mayat tu. Mana tahu budak kolej kita ke..." ujar Hafiz sebelum meninggalkan Abu yang menunggu di tempat mereka meletakkan motorsikal tadi.


Hafiz kembali lima minit kemudian dengan muka mencuka. Abu mula risau. Hafiz terus menyekeh kepala sahabatnya itu.


"DIA LANGGAR KAMBING LA BINGAI!! BUKAN ORANG!! HAMPEH!!"


Hafiz memecut laju motorsikal mereka membelah gelap malam raya dan meninggalkan mangsa kemalangan ngeri itu.


ps : Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Hati-hati di jalanraya ;)


12 August 2012

kumbang dan bunga



Dulu kumbang suka dekat satu bunga. Tak cantik mana tapi gila-gila. Itu yang buat kumbang suka. Lepak sama-sama, kongsi macam-macam cerita. Lama-kelamaan timbul rasa cinta. Kumbang bagitahu bunga. Tapi bunga tak terima. Bunga kata tak sedia. Kumbang kata tak apa. 



Masa demi masa berganti. Bunga bagitahu bunga dah dapat kumbang yang bunga cari selama ini. Kacak, kaya dan tinggi. Sejak itu kumbang tak kejar bunga lagi. Kumbang tak nak kacau cinta bunga dan kumbang tadi. Kumbang rela undur diri. Kumbang terbang tinggi-tinggi.


Jam berganti hari berganti minggu. Kumbang mula rindu. Kumbang perhatikan bunga tanpa jemu. Tapi semua itu bunga tak tahu. Sebab bunga tengah bahagia dengan kumbang itu. Tak apa kumbang tak kisah semua itu. Okay kumbang tipu. Kalaulah bunga boleh baca isi hati kumbang mesti bunga tahu apa yang kumbang pendam sejak dulu.


Kumbang tengok bunga makin berubah. Kumbang nak tanya tapi kumbang rasa tak perlulah. Cuma kumbang suka tengok bunga berhijrah. Gambar gila-gila bunga dekat laman sosial pun tak ada dah. Kumbang bangga bunga makin solehah. Mungkin ini yang dinamakan hikmah. Mungkin kalau kita bercinta bunga akan menyesal tak sudah sebab dah pilih kumbang yang salah. Bunga, tahniah.


Sekarang kumbang pun dah ada bunga baru yang bertakhta. Sejujurnya dia tak secantik bunga. Tapi kumbang rasa tak apa. Sebab dia hormat orang tua. Dan yang paling penting dia setia pada Yang Maha Kuasa. Sama macam bunga.


Hari ini kumbang dan bunga makin tua. Tak ada lagi zaman gila-gila. Tak ada lagi huhuhaha. Sekarang zaman kita berumahtangga. Kumbang ada bunga kumbang di sini dan bunga ada kumbang bunga di sana. Kita mengejar bekalan di akhirat pula. Semoga bunga bahagia dengan keluarga bunga. Terima kasih untuk semua kenangan kita yang tak akan kumbang lupa.
Selamat tinggal bunga.


ps : Kumbang dan bunga cuma hiperbola. Realitinya kumbang jantan tetap nak kumbang betina ;)


11 August 2012

7 tips fantasy football



Fantasy Football adalah satu game online tentang cara seseorang mengendalikan team sendiri hasil gabungan beberapa pemain dari Liga Perdana Inggeris. Aku rasa ramai yang tahu pasal ni terutamanya lelaki. Aku dah start main dari tahun 2008. Antara tips yang aku dapat sepanjang 6 tahun karier aku adalah macam kat bawah ni. 



Start With The Big Guns
Dalam setiap kepala otak pemain Fantasy Football ni mesti ada player yang dia jamin ada dalam top 10 best performers dalam season tu. Wayne Rooney, David Silva, Luis Suarez, Frank Lampard etc. Player yang 'untouchable' dalam team dan bukan injury prone. Seorang player ini boleh bagi banyak points berbanding dua 'average' player.


Spot The Big Four
Ada club yang ada ramai best players. Players yang score banyak gol dan tak banyak bolos. Kau boleh fokuskan pada player Man City, Man Utd, Chelsea, Arsenal, Liverpool atau Spurs sebab ni antara team yang boleh membantu anda.


Average Player Advantage
Pilih average player yang boleh score sebab kau tak akan dapat buat all star first XI. Demba Ba (Newcastle) atau Stephane Sessegnon (Sunderland) sebagai contoh?


Keep In Touch
Rajinkan diri baca berita dari website bola. Ini untuk memastikan kau sebagai manager, keep in touch dengan player kau dekat UK sana. Jangan sampai masa kau tengok Match of The Day hari Sabtu malam, kau baru perasan 5 daripada first 11 kau injured!


Formation Strategy
Kau pilih mana, defender yang score gol atau midfielder with clean sheets? Ramai yang guna formation 3-4-3 iaitu dengan menggunakan ramai attacking talent tapi pada masa sama menitikberatkan defender. Untunglah dalam Fantasy Football, harga defender murah so ada peluang untuk kau guna 'cheap defender' demi 'exclusive striker'.


Summer Signings Trap
Just because Hazard is a superstar at the Ligue 1, doesn't mean he'll be a star at the EPL, contohnya. Sebab ramai player yang perlukan masa untuk settle down kat club baru. Jadi jangan lambakkan team kau dengan BPL's newbie kalau kau tak berani ambil risiko.


Be A Smart Coach
Don't be stupid! Katakanlah Rooney tengah top form, tapi sebab kau ni fans tegar Liverpool, kau sanggup ketepikan nombor 10 Manchester United tu. Guna otak bro. Orang takkan kata kau fans Reading hanya sebab kau ada 3 player Reading.


ps : Mesti ada perempuan tak faham entry kali ni ;)


06 August 2012

terima kasih lagenda



Itu dia! Di atas podium berbaju oren Harimau Malaya. Berdiri bersama kalungan pingat perak di dada. Berdiri bersama air mata. Air mata seorang wira negara. Air mata yang menceritakan bagaimana berat bebanan yang digalas di bahu seorang lelaki berbangsa cina yang membawa nama Malaysia. 


"I'm sorry". Itu tweet pertama daripada jejaka ini. Sebak rasa hati. Pemuda pendiam ini lebih memikirkan perasaan penyokongnya berbanding kejayaan peribadi.


Tak apa Lee Chong Wei, tak apa. Kau tetap berjaya. Kau berjaya memenangi hati ramai manusia. Memang benar Lin Dan pemenangnya. Tapi juara sebenar bukan yang memenangi tempat pertama. Juara sebenar adalah orang yang membuat negaranya bangga. Kau tetap juara!


Kau buat perpaduan menjadi realiti. Kau ubah mentaliti. Kau jadi insipirasi. Kau sematkan jati diri. Kau buat rakyat semakin bersatu tanpa disedari. Kau berjaya realisasikan janji yang masih gagal ditepati sampai hari ini. Kau buktikan sukan ada kuasa yang tersendiri. Untuk ini, kau seharusnya dijulang tinggi. Secara peribadi, aku tak perlukan emas Olimpik asalkan kau ada di sini.


Terima kasih sebab bagi aku harapan di temasya sukan terbesar di dunia. Terima kasih sebab bagi aku percaya gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Terima kasih sebab bagi aku sedar kecederaan bukan halangan untuk berjaya. Terima kasih sebab menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Terima kasih, lagenda.


ps : Peluh yang kau titiskan lebih berharga daripada Baskin Robbins yang orang ramai rebutkan ;)


01 August 2012

kisah tak sempurna



Bilik 2-3-1 sunyi. Yang ada cuma bunyi keyboard ditekan. Rancak Amin menaip. Ridhwan di meja sebelah juga menaip tapi tidak selaju Amin. Itulah rutin kehidupan mereka di kolej pada hari minggu.


Tiba-tiba tertera di Facebook laptop Amin,


Ridhwan Tootreefor changed his relationship status from "Married" to "Single".



"Bro? Single? Seriously?"
Suara Amin memecahkan suasana. Dia memandang ke arah teman sebiliknya itu dengan perasaan terkejut. Ridhwan cuma ketawa.


"But why? Fida is a good girl. Come on bro. What's wrong?"
Sekali lagi Amin bertanya dalam nada Inggeris kerana dia baru balik bercuti di England. Ridhwan cuma diam. Dia melihat beberapa orang rakannya menekan butang 'Like' pada perubahan statusnya tadi.


"Kau tak pandai speaking ye? Okay, kau tinggal Fida? Atau Fida tinggal kau?"
Kali ini Amin serius. Tiada lagi nada Inggeris yang kadang-kadang agak poyo dan menyakitkan hati. Dia duduk di depan Ridhwan. Dia betul-betul mahu tahu hal sebenar. Fida dan Ridhwan bercinta kerana bantuan Amin. Amin yang memperkenalkan Fida kepada Ridhwan.


Ridhwan diam. Dia bangun dan berdiri di sebelah Amin. Ridhwan tahu dia seperti telah menghampakan harapan Amin. Ridhwan menepuk bahu Amin beberapa kali.


"Break up is not about I leave her or she leave me. This time, love leave us..."
Ridhwan berkata lembut sambil melangkah keluar. Amin kelu, buntu dan malu.


ps : Putus cinta bermakna Tuhan selamatkan kita dari orang yang tak sepatutnya ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...