My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 March 2013

masa masak



Ada orang pandai masak tapi tak ada masa. Dia pandai masak ikan tiga rasa tapi sebab selalu balik rumah lewat jadi nak masak pun terkejar-kejar jadinya. Tapi bila tak sibuk, dia pun menyibukkan diri dekat dapur siapkan apa yang dia suka. 



Ada orang tak pandai masak tapi banyak masa. Bila free dia pergi dapur tengok apa ada. Dia cari menu dekat mana-mana. Dia belajar daripada kosong tak tahu apa-apa. Dia masak, dia rasa. Dengan kerajinan yang dia ada, lama-kelamaan masakan dia akan sedap juga.


Ada orang pandai masak dan banyak masa. Mungkin dia tengah bercuti atau tak ada kerja. Bagi saja apa yang kau nak rasa, dia dah simpan semua cara dalam kepala. Dia tahu kalau nak masak sotong berlada, apa kena ada. Kau jangan ingat nak buat sotong berlada kena ada sotong dan lada saja. Membuat tak semudah menyebutnya. Kita nak memasak ye saudara, bukan mengeja.


Ada orang tak pandai masak dan tak ada masa. Nak belajar masak pun tak sempat sebab sibuk sangat katanya. Balik rumah pun dah senja. Hari minggu nak rehat dan tenangkan minda. Jadi dia cuma tahu pergi kedai kemudian bungkus saja makanan kesukaan dia.


Aku yang nombor dua agaknya. Aku tak pandai masak tapi ada banyak masa. Aku baru pandai masak dua menu yang aku suka. Menu apa biarlah rahsia. Kau kalau nak masak tapi malu nak bertanya, kau Google atau buka Youtube kemudian cari apa menu yang kau nak cuba. Dekat situ macam-macam ada.


ps : Mungkin ada lagi spesies lain selain empat di atas. Aku cuma tulis apa yang terlintas ;)


 

19 March 2013

aku dia kamu



 
Dulu kamu upload satu video di muka buku. Ayu bertudung biru dengan bibir yang disapu gincu. Terpegun aku. Dengan gitar akustik Santacruz warna coklat kayu, kamu rakam lagu yang kamu nyanyikan untuk aku. Sampai syurga ku menunggu, sampai syurga ku cintamu, hanya kamu. Tak sangka kamu dah hafal chord gitar lagu kesukaan aku. Aku tahu kamu ekspresikan perasaan kamu dari lirik itu. Banyak kali dah aku kata jangan tunggu aku. Tapi dah memang dasar kamu degil kepala batu. By the way thank you. Aku sangat terharu dengan semua itu.



Kamu gila. Gila tahap maksima. Kamu tak hirau apa orang kata. Kamu buat saja apa kamu suka. Walaupun orang ramai mengata tapi kamu teruskan juga. Susah nak cari orang macam kamu sebenarnya. Satu dalam sejuta.


Mata menatap paparan putih layar kaca. Semua aktiviti dibaca. Tiba-tiba speaker Blackberry bergema. Ada BBM diterima.


Dia hantar gambar terbaru dia. Bukan gambar dia tapi gambar masakan yang dia masak bila dia ada masa. Kali ini makaroni campur sedikit lada. Mungkin makaroni berlada. Itu nama yang aku reka. Dan dia buat sedikit hiasan di tepi pinggan persis chef terkemuka. Walaupun aku tak dapat rasa tapi aku suka dua-dua. Masakan dan tuan dia.


Dia istimewa. Walaupun kawan-kawan aku kata dia biasa-biasa saja tapi aku rasa dia ada sesuatu yang orang lain tak ada. Dia sentuh hati lelaki tanpa perlu menggoda. Dia dapat perhatian lelaki tanpa perlu mengada-ngada. Aku tak rasa semua lelaki akan rasa tapi aku dapat rasa.


Aku rasa ini satu keadaan yang sukar. Mungkin aku tengah lapar. Mungkin aku dipengaruhi nafsu tamak haloba yang membakar. Tapi sejujurnya aku lebih tertarik dengan perempuan yang pandai masak berbanding pandai main gitar.


ps : Aku suka perempuan pandai masak. Aku lagi suka kalau dia pandai masak macam mak ;)

12 March 2013

hard to get



Aku dah ada kekasih masa aku kenal dia. Dia yang start tegur aku jadi aku layanlah macam kawan biasa. Bukan nak bangga, tapi aku ni jenis setia. Datanglah lelaki sekacak mana, aku tetap nak kekasih aku juga. Kecualilah yang datang tu pelakon Korea yang memang aku minat gila-gila.


Dia ni aku tak tahu nak cakap macam mana. Baik tapi nakal juga. Dia jenis apa dia nak kata, dia kata saja. Ini semua aku tahu pun sebab dia yang cerita. Kami selalu berbual bila ada masa. Walaupun dia gila, tapi pendapat dia boleh diterima. Tapi macam aku kata sebelumnya, dia cuma kawan biasa. 




Satu hari, hubungan cinta aku terhenti. Sedih gila babi. Aku tak tahu dia ada ilmu apa tapi dia tahu aku ada masalah yang tak dapat diatasi. Sama ada dia ada deria tambahan atau aku yang tak pandai sorok emosi, itu aku tak pasti. Jadi dia pun mula merapatkan diri. Dia sudi selami, dalami dan mengalami.


Tujuh bulan kami berkawan, akhirnya dia meluahkan perasaan semasa kami sedang makan. Tak romantik langsung luah perasaan depan makanan, cetus aku sendirian. Cinta dia aku tolak perlahan. Aku jadikan alasan belum bersedia walaupun aku sebenarnya sayang dia juga sebagai kawan.


Kalau dah nama lelaki bukannya reti putus asa, bukannya reti dengar kata. Dia terus cuba dan cuba. Dia tak pernah ungkit pasal luahan perasaan dia. Tak sangka lelaki yang susah nak serius ni pun profesional rupanya. Dia teruskan persahabatan dengan aku macam episod luahan perasaan itu tak pernah ada.


Dalam masa yang sama, aku tanya kawan-kawan dia tentang dia. Aku tanya kawan-kawan yang rapat dengan dia. Aku tanya kalau keluar malam-malam pergi mana, dia merokok ke tidak sebenarnya, macam mana hubungan dia dengan mak ayah dia, solat dia macam mana, semua. Dalam aku menyerap serangan dia, aku turut melancarkan serangan dari sudut berbeza. Jawapan yang aku terima buat hati aku terbuka.


Hari ini, kami masih lagi sahabat sejati. Cuma ditambah di belakangnya kekasih hati, sepasang suami isteri. Aku dah bagitahu dia sebelum hari perkahwinan kami yang aku reject dia dulu bukan sebab benci, bukan juga sebab tak bersedia lagi. Aku cuma bermain 'Hard-To-Get' sebab aku tak nak kecewa berkali-kali.


ps : Girls play Hard-To-Get because boys play Hard-To-Keep. If you know what I mean ;)


03 March 2013

imaginasi lelaki



Nasi di depan muka ditiup perlahan. Panas lagi kalau nak makan. Termenung sendirian. Fikiran hanyut bagai kelapa yang timbul di lautan. Teringat masalah yang entah bila akan dapat diselesaikan. Teringat assignment yang bertimbun sebab malas nak siapkan. Teringat topik dalam BBM yang pernah aku cakapkan.


Di saat semua orang sibuk dengan kesibukan kerja, aku bentangkan sesuatu yang tak pernah aku bagitahu siapa-siapa. Dengan kawan baik aku sendiri aku tak pernah cerita. Tentang apa? Tentang kehidupan aku selepas berumahtangga. Nak kahwin dengan orang macam mana, kalau boleh nak dia kerja apa, nak anak berapa, nak bagi anak-anak permainan apa dan sebagainya.


Ah impian yang misteri. Tak tahu sama ada akan jadi realiti atau cuma sekadar fantasi.


Hanya dari perkongsian itu, aku dapat sinopsiskan sesuatu. Aku rasa kalau perempuan bercerita tentang apa dia mahu, itu normal sebab naluri mereka begitu. Aku tengok ramai perempuan buat status Facebook atau Tweet impian mereka selepas bersuami dan menjadi ibu. Tipu kalau aku kata lelaki tak pernah fikir semua itu. Lelaki juga mahu, tapi malu. Jadi kalau lelaki bercerita tentang impian dia lepas ada anak itu tanda dia betul-betul serius dan tak menipu. Errr kecuali kasanova yang kerjanya cuma nak dapatkan itu. Itu tahu itu? Baguslah kalau tahu.


Nisbah wanita dengan lelaki adalah 37:1 menurut cerita 3 2 1 Cinta. Jadi banyak kelebihan yang lelaki ada. Nak pilih seorang daripada 37 orang tak susah mana. Tapi nak pilih seorang yang boleh dengar kata, yang setia, yang terpelihara agama, yang boleh jaga anak-anak dia, itu yang buat dia berfikir sampai sakit kepala.


ps : Imaginasi kahwin lelaki tak setinggi imaginasi perempuan. Sebab itu kita saling memerlukan ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...