Tweet
Follow @afifelnino
"Awak, kita couple nak?"
Ayat itu aku masukkan dalam satu botol kaca. Kemudian aku masukkan botol tadi dalam satu kotak rahsia. Aku kunci kotak itu dan aku buang kunci dia. Biar saja. Aku tak akan buka dan tak akan sebut ayat itu sampai bila-bila.
Awak kawan baik saya. Dah banyak cerita yang kita kongsi sama-sama. Awak sedih, saya ceriakan semula. Saya marah, awak tenangkan saya. Kita kawan jadi kita bebas nak cerita apa saja. Kita boleh gila-gila sama-sama. Saya takut kalau bercinta, kalau jadi apa-apa, awak cari orang lain untuk luah apa awak rasa. Saya tak nak itu semua. Lagipun awak ada dia.
"Awak, kita kahwin nak?"
Ayat itu aku masukkan dalam satu botol kaca yang lain pula. Kemudian aku masukkan botol tadi dalam beg yang aku galas setiap masa. Sebab nanti ayat itu aku nak guna. Cuma tunggu masa. Cuma tunggu takdir tentukan semuanya.
Saya nak awak jadi yang halal buat saya. Untuk saya sahaja, bukan kongsi dengan siapa-siapa. Saya dah penat ucap 'Bye' dekat awak setiap kali waktu tidur tiba. Satu hari nanti saya nak ucap 'Selamat malam' dekat awak depan mata saya, dalam pelukan saya, kita lena. Saya dah tak nak kongsi semua cerita saya. Sebab saya nak dalam setiap cerita saya, awak ada bersama.
ps : Kalau jodoh awak dengan dia tak panjang, izinkan saya masuk meminang ;)
17 comments:
sweetnyeeeeeeeeeee :D
sweet!
:)
lain mcm al apih ni hehe
Doa byk2 bro..
Semoga jumpa jodoh yang diidamkan, bro~ :D
Ohsem ah brader :D
sweet nya lahai....
kalau dah jumpa mesej saya ya.
saya nak bagi hadiah kawen nanti.. kih kih kih
jemput singgah blog saya
http://skyboys89.blogspot.com/2013/05/2-kali-tanya-makcik-kenapa.html
CEPAT KAWENNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
Owyeahhhhh~ -_-
sweetnyaa ! :)
tersentuh hati bila membacanya :)
SEMANIS GULA.. =) HUHU
dh mcm kisah sy la..heee..mmg susah..:)
paling suka.entry ni.good luck!
setuju~! berkahwin lagi bagus dari bercouple, (ada pengalaman pahit bercouple //guling sana sini//)
fuhhh. sumpah sweet !
sweet...
Post a Comment