Tweet
Follow @afifelnino
Aku turun tangga dari tingkat tiga bangunan empat tingkat sambil berlari. Aku langkah dua tiga anak tangga sekali. Kanan kiri kanan kiri, sampai bawah sekali. Dekat bawah aku jumpa seorang pakcik yang baru nak masuk dalam kereta Myvi. Aku senyum dekat dia kemudian terus pecut dengan motorsikal Wave yang papa bagi.
Aku sampai dekat kedai makan lebih kurang pukul lapan pagi. Perut dah keluar macam-macam bunyi. Tengah sedap makan tiba-tiba ternampak pakcik tadi. Dia pun baru nak makan pagi.
Dia tarik kerusi dan duduk depan aku. Mata kami bertemu. Aku buat tak tahu. Duduklah mana-mana kau mahu, itu bukan kedai aku.
Lepas sesuap nasi pakcik itu mulakan bicara. Dia tanya nama, duduk dekat mana, umur berapa, belajar ke kerja. Aku malas sangat nak layan sebab bukan kenal pun dia siapa. Tapi dia pandai buat aku rasa jadi nak bercerita. Dia cakap tentang kereta anak muda, hal pilihanraya yang huru hara, kemudian topik bola sepak negara yang tak ke mana. Topik yang aku rasa dekat dengan jiwa.
Bila dia kata dia suka tengok orang muda, aku dah rasa tak selesa. Pakcik gay ke apa? Tapi aku tanya dalam hati saja. Perasaan orang tua kita kena jaga. Dia kata dia suka tengok orang muda yang selalu bertenaga. Yang boleh berlari naik tangga, yang boleh buat macam-macam kerja. Dia kata dia dah tua jadi tenaga dia tak banyak mana. Betul kata dia. Ada logik juga. Bukan sebab dia gay ke apa.
Dia kata anak dia dengan aku sebaya cuma berlainan jantina. Jadi tak hairanlah dia faham apa yang kena dengan jiwa orang remaja. Dia pun pernah muda. Dia pun pernah berlari turun tangga. Agaknya.
Pakcik itu panggil pelayan suruh kira. Dia tolong bayar roti canai aku sekali dengan dia. Aku kata tak payah tapi dia nak juga. Rezeki kata dia.
Sepanjang jalan balik aku cuma terfikir satu benda. Aku pernah tulis entry aku tak suka jadi dewasa. Saat seorang remaja mahu jadi kanak-kanak semula, ada orang tua yang mahu jadi remaja. Mungkin jalan terbaik adalah hargai apa kita ada sebab semua itu takkan kekal selamanya.
ps : Terima kasih belanja saya tadi. Nanti ajaklah anak perempuan pakcik sekali ;)
10 comments:
rugi makan roti canai je.
saya follow because i love your writing. ;)
rajin nyer bt cerpen hehe bagus la klo dah bekerya
http://long-cham.blogspot.com/
hahah...silap2 dia nak buat calon menantu. eh pernah jadi tau. ada sorang laki bawak pakcik yg eksiden ke hospital. siap tunggu lagi sampai family pakcik tu sampai. pakcik tu mesti la terharu ada lelaki muda yg kacak dan berhati mulia. so dia jodohkan dgn anak dia. macam sweet je cerita berkenalan suami isteri camni. blh jadi bahan cerita kat anak cucu =)
haha aku suke ayat ko.. same je nada dan irama....ko mungkin boleh create lagu pas ni. btw, a gud entry.
Sesungguhnya masa tak pernah menunggu kita..rasa macam baru semalam 17tahun..hehe! Nice entry! Bnyak mesej tsembunyi!
suka entri ni. hargai masa kita ada
seriously. u are my idol brother :)
entri yg memberi satu pengajaran dan membawa beribu makna.
tak pernah miss ur blog abang apih.. tahniah,, kite org ganu! :) hahaks
hoho... bdek2 la kuat sikit, mna tau boleh tackle ank dara pk cik tu
Post a Comment