My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 May 2013

saya tak suka dia




Saya tak suka dia. Dalam kelas dia selalu kacau saya. Kalau sehari tak kacau saya tak sah agaknya. Dah lah pinjam pensil saya tapi tak reti nak hantar semula. Bila saya suruh hantar dia kata dia nak guna. Eeeiii geramnya saya.



Budak lelaki kelas saya cakap
dia kacau saya sebab dia suka saya. Saya tak percaya. Sampailah saya tanya dia betul ke dia suka saya. Dia ketawa. Dia kata saya manusia paling perasan dia pernah jumpa. Mujur kesabaran saya masih ada. Saya tak sedih sebab mak ayah saya suruh pergi sekolah untuk belajar bukan bercinta.


Semalam dia cakap dia nak bayar duit sebab pensil saya yang dia pinjam dah patah. Saya kata tak apalah. Saya tak kisah. Saya ada banyak lagi pensil lain dekat rumah. Keesokannya dia tak datang sekolah. Cikgu kelas saya cakap keluarga dia pindah.


Saya rasa sayalah orang paling lega sekali. Tak ada dah orang nak kacau saya lagi. Tak ada dah orang nak suruh saya tunduk sebab tak nampak apa yang cikgu tulis dekat papan hitam kelas kami. Tak ada dah saya nak pusing belakang buat muka tak puas hati. Tak ada dah budak kelas saya nak perli-perli.


Dah dua minggu dia tak ada. Meja dia kosong saja. Saya rasa hari saya tak ada makna. Dah tak ada orang kacau saya. Bila saya salin apa yang cikgu tulis dekat papan hitam sana, saya sengaja angkat kepala. Saya nak dengar suara dia marah saya. Tapi tak ada. Saya nak jumpa dia sekali saja. Sekejap pun tak apa. Kenapalah awak pergi tanpa kata. Argh bencinya! Saya tak suka dia!


ps : Pasti pernah sekali kita tak pasti perasaan kita sendiri ;)

13 comments:

Sky Boy said...

Cerita kita sama...
Nah gula-gula..
Jangan sedih ya..
Ada jodoh pasti bertemu semula.

ISs said...

Benci2...
lama2 jadi sayang...
hahhaaaa...

HOT : Kolam renang terbesar di dunia
TOP : Kolam renang palsu
POPULAR : Rumah mewah selebriti
GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
PELIK : Jam termahal di dunia

Dan banyak lagi di : Green Life

Katak Comel said...

bez entri ni..
jgn benci seseorang terlalu kuat nti jtuh perasaan syg..
hihi

Huda said...

wuwuwuwuwuuuuuu~~~

Ain Syahirah said...

alala..sho sweet citer nie..sama je dgn my life..muahaha..

Anonymous said...

Kata orang dari benci jadi cinta hihi

Dhia adawiyah said...

like my stories. :D gaduh je keje. and now, i miss that moment. :'(

zulhilmi tempoyak said...

biasalah. bila dah tiada baru kita tercari maknanya. :')

Cik Pensil said...

tak pasti perasaan sendiri, selalu sangat~ kih3

benci dlm rindu :)Q

Tia Fatihah said...

comel pula bila baca.
inilah yang orang kata, bila ada benci gila.
bila tak ada, tahu pula rasa merana.
mohonlah pada DIA semoga dipertemukan semula :D

Razil Tahir said...

bila sudah kehilangan, baru faham perasaan diri yang sebenarnya.. :)

ezyra daniel said...

ini pengalaman awak sendiri atau sekadar cte rekaan awak?
tapi best la,,hehe...
comel je...

.::: Princess MOMOY :::. said...

adui... ni cerita rekaan ker nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...