My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 July 2010

tag what if my feet could talk



Kunkun!!


Blog aku terasa hati sebab aku dah lama tak update. So aku terpaksa update sebab nak pujuk dia balik. Hahaha.


Hari tu Pu3iman ada buat post bertajuk What If.....? Mr. Apih awak kena jawab soalan ni dan soalan kecik dia ialah What if your feet could talk, what would they say to you right now. So cik Pu3iman meh saya jawab ye.


My Lovely Feet | Just ignore the right one

If my feet could talk right now, dia akan mintak saya jaga dia baik-baik. Because my feet is the main victim when I'm playing futsal. Hahaha.


If my feet could talk right now, dia akan cakap jangan suka sangat berjalan sebab dia penat. Sebab saya suka sangat berjalan. Kalau jalan kaki, so kaki la mangsa utamanya. Kalau naik kereta pun kaki jugak yang kena tekan clutch, brake dan acceleration. Kesian kat awak kan kaki.


If my feet could talk right now, dia akan cakap jangan suka sangat pergi tempat-tempat sosial. Tempat orang melompat terkinja. Tempat karaoke. Tempat jamming. Sebab yang letihnya ialah kaki tapi mulut yang dapat air.


If my feet could talk right now, dia akan mintak saya rajin-rajin ke surau. Sebab nanti bila mati, bila mana anggota badan menjawab setiap amalan yang ditanya, kaki ini akan menjawab yang tuan dia selalu ke surau.


But if my feet can really talk...




Kunkun!!




22 July 2010

toy story 3 yang terbaek




Kunkun!!



Lepas je aku dapat tau Capix Konok dah download citer ni, cepat-cepat aku copy. Serius aku nak angat tengok citer ni. Pada awalnya aku tak minat sangat citer Toy Story. Dulu masa mula-mula keluar, masa tu zaman tape lagi, aku anggap citer ni biasa-biasa je. Macam citer kartun biasa. Tapi entah camne masa aku form 3 kot aku tengok balik citer Toy Story, rupa-rupanya ada banyak maksud yang tersirat.

Story About Toys | Watch and learn


Aku mengaku yang aku mudah tersentuh hati dalam beberapa situasi. Lepas je aku tau citer ni mampu membuatkan seorang lelaki menitiskan air mata, so aku dah plan yang aku akan tengok citer ni bila semua orang dah tidur.


Masa tengah syok layan citer ni, bila part climax cerita tiba-tiba aku rasa macam sayu semacam. Rasa macam nak menangis je. Tapi takpe. Aku hold lagi. Aku boleh tahan lagi. Aku peluk teddy bear aku. Tapi start dari part tadi, memasuki part lain, kesayuan makin dirasai. Makin lama makin sedih. Ending dia menyimpan maksud yang sangat mendalam. Terus air mata aku berguguran jatuh. Aku tak menangis okay. Cuma ada air mata yang keluar. Tu pun sebab kartun. Bukan sebab awek.


Habis je cerita aku terus naik atas stor. Aku nak cari balik mainan-mainan aku dulu. Tapi tak jumpa. Esok tu aku tanya nenek aku mana mainan-mainan aku dulu. Slumber je nenek aku cakap dia dah bagi kat sepupu aku. Yang tinggal pun ada la 3 4 biji. Tu pun orang Lego. Kalau orang Lego ni dapat berkata-kata, bercakaplah dengan aku.


Sekarang yang ada cuma teddy bear ni. Teman aku masa tidur.

Unnamed Teddy Bear | The left one


I miss you my toys. You are my first friend in this universe.


Aku rindukan zaman kanak-kanak dulu.




Kunkun!!




17 July 2010

baik pun orang tetap tak puas hati





Kunkun!!



Buat baik camne pun, masih ada yang tak puas hati. Bukan semua orang suka kat kita sebab kita pun bukan suka kat semua orang.



Aku jarang update sebab dah start kerja. Nanti ada masa aku update lagi.


Betrays | Make you question your confidence in them




Kunkun!!




12 July 2010

dunia menerima juaranya kelapan






Kunkun!!



The best team won the 2010 World Cup. Mungkin ada yang tak setuju kan?


Peminat setia Piala Dunia 2010 mesti mengakui, tidak semua team di Piala Dunia kali ni yang betul-betul merupakan sebuah 'team' dan team spirit seperti Spain, terutamanya di atas padang.


Dan gol kemenangan Andres Iniesta adalah satu lagi gol yang akan dikenang, seperti gol Fernando Torres ketika Spain menjulang Euro 2008. Kombinasi Sergio Ramos dan Cesc Fabregas merampas bola daripada Eljero Elia, Jesus Navas memulakan counter attack, backheel Andres Iniesta sampai ke kaki Fernando Torres, hantaran lintang Torres dipatahkan oleh pertahanan Netherlands namun bola jatuh ke kaki Fabregas sebelum Iniesta menyudahkan dengan rembatan kencang.


Dan Iniesta membuka jersinya menampakkan baju putih yang tertulis "Dani Jarque siempre con nosotros" yang bermaksud "Dani Jarque always with us". Dani Jarque ialah bekas pemain Sepanyol yang meninggal dunia selepas latihan pada 2009. Walaupun Iniesta dilayangkan kad kuning kerana menanggalkan baju, tapi sesungguhnya itulah cara paling terbaik.

From Andres To Jarque | The champ is here


Semasa pembahagian hadiah juga kelihatan Sergio Ramos memakai baju putih bernombor 16 sebagai tanda mengingati Antonio Puerta, seorang lagi pemain Spain yang mati selepas bermain pada 2008. Antonio Puerta pemain pertahanan Sevilla adalah kawan baik Sergio Ramos.


Dan untuk Paul The Octopus, aku suka la kau jadi fans Spain. Hahaha.

Octopus Paul Perfect | 8 tentacles, 8 matches, 8 wins


Congratulations to Spain, 2010 World Champions.
Antonio Puerta and Dani Jarque, we remember you.

Incredible Spanish Armada | World Champions 2010



Que Viva Espana!!


Kunkun!!



09 July 2010

bila wanita fanatik bola



Kunkun!!



Semua orang dah tau Piala Dunia 2010 dah nak habis kan. Ramai dah tau Netherlands dan team aku, Spain akan bertemu kat Final. Sekarang ni mereka tengah berehat sebab Final hanya akan berlangsung pada 11 Julai 2010. Selain pemain yang berhempas pulas di atas padang, penyokong jugak memainkan peranan penting. Perlawanan bola sepak tanpa penyokong boleh la diibaratkan macam skrin laptop berwarna hitam putih. Hari ni aku bawak korang cuci mata tengok awek-awek kat Piala Dunia ni. Jom jom.



Uruguay Uranium | It's not make up, it's art


Magnificent Mexico | Too short to wear


African Affairs | Bafana Bafana


Fantastic France | Just their fans, not their team


Attracted Argentina | Too easy to see the two


Korean Killers | Flag is now the towel


Greeting Greece | So much pretty girls here


Nigeria Nightmare | Africans wave


America's Sweetheart | Pretty much fun


Energetic England | E is for enough


Slowly Slovenia | Luck is far from Slovenia


Alarming Algeria | African nations proud


Greatest Germany | Octopus kills the German


Gangster Ghana | Too near to come to Africa


Amazing Australia | Australia got talent


Serenade Serbia | Shocking Serbia stops Germany


Naturally Netherlands | Orange angel is there


Japanese Jackhammer | Banzai kamikaze


Deadly Denmark | Denmark's delicious


Cambest Cameroon | Come again Cameroon


Playsafe Paraguay | Penalty denied their dreams


Steady Slovakia | Silent killer


Newcomer New Zealand | New face new girls


Iconic Italy | Embarassing for World champion


Brightness Brazil | You make me said 'Wow'


Pretty Portugal | Too much to say


Iconic Ivory Coast | Dream comes true


Noisy North Korea | It's nice to know that you were there


Superb Spain | Here comes the pain


Chile Colaboration | Hot and spicy


Sweety Switzerland | Seriously Sweet


Honduras Hunter | It's not too bad for Honduras



Okay. Pilih. Aku rambang mata sudah. Hahaha.


Kunkun!!




07 July 2010

awards blogger cute selipar putus






Kunkun!!


Hai semua. Skema je kan cakap hai semua camtu. Hahaha. Keadaan kehidupan aku agak huru-hara sekarang. Sejak habis belajar tu ingat nak cari kerja. Sape tau kat mana ada kerja kosong? Hehehe. Tapi dalam suasana tak tentu arah tu aku tak sangka pulak akan dapat Awards dari Nenek Selipar Putus. Nek, cucu ambik ni ye. Thanks nenek.

Awards From Selipar Putus


Tu dia Awards yang nenek hot tu bagi. Tapi zaman sekarang mana ada benda free kan. So terpaksa la jawab soalan-soalan ni. Soalan temuramah macam artis ni.


Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
Bernafas Dalam Ego. Sebab ramai orang cakap aku ego sangat. Padahal aku takde pun motor Ego. Honda Wave ada la sebuah.

Jelaskan kenapa, bagaimana anda dapat idea nak letak URL blog anda
Apih tu nama aku. El Nino tu maksud dia budak kecik. Jadilah Apih Budak Kecik. Sebab kadang-kadang perangai aku mengalahkan budak kecik. Walaupun dah umur 21.

Bila blog anda mula beroperasi
30 September 2009. Hari Rabu. Belum sampai setahun umur dia ni. Baru nak belajar merangkak. Macam baby je. Hahaha.

Siapa follower pertama anda
Apih El Nino. Aku mengaku aku orang first follow blog aku.

Ucapan kepada pemberi awards
Terima kasih tak terhingga sebab bagi Awards Blogger Cute ni. Aku agak terkejut untuk dapat Awards ni tapi syukur kerana pemberi Awards ni nampak kecutean aku. Kita semua memang cute. Hahaha.

Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat awards ni
Aku nak bagi kat semua follower aku. Kepada silent reader yang takde blog, sila print Awards ni dan tulis atas kertas A4. Pastu tampal dalam bilik. Anda juga layak menerimanya. Sebab anda semua memang cute. Hahaha.


Terima kaseh Nenek aka Selipar Putus



Kunkun!!







05 July 2010

fynn jamal - 150 juta lirik






Kunkun!!


Oleh sebab banyak sangat pertanyaan pasal lagu aku gunakan sekarang ni, meh aku nak bagitau kat anda semua. Aku letak lagu Fynn Jamal - 150 Juta. Aku suka sebab suara dia manja. Hahaha.

Fynn Jamal | The contender in Keynote


Fynn Jamal - 150 Juta


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...



Aku suka lagu ni. Simple dan ada style tersendiri. Hahaha.


Kunkun!!




01 July 2010

apa berlaku pada 1 julai 2010



Kunkun!!



Aku ada terfikir kenapa orang cakap 'pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai' dalam membayangkan kelajuan peredaran masa. Kenapa tak guna 'tidur bangun tidur bangun' atau 'install uninstall install uninstall' untuk dapatkan ayat yang lebih stylo?


Korang tau tak ada beberapa fakta menarik lagi berlaku pada 1 Julai? Okay meh aku nak cite.


Fakta pertama. Tahukah anda lalat hanya hidup selama sebulan atau 4 minggu. Jika tarikh lahir seekor lalat pada 1 Julai, maka dia akan masuk tadika dan sekolah rendah pada 3 Julai, memasuki alam Universiti pada 10 Julai, berkahwin dengan lalalt lain pada 17 Julai, mendjadi seorang bapa pada 24 Julai sebelum sampainya ajal pada 31 Julai. Sebab tu takde lalat jadi Mat Rempit sebab dia tau hidup dia tak lama.

Flying Flies | Born to die


Fakta kedua. Kelajuan hujan yang turun dari langit dan jatuh menitik ke bumi ialah 35 kilometer sejam. Kelajuan tu adalah hasil bantuan tarikan graviti dari bumi. Kelajuan anda dari langit? Cuba la terjun.


Fakta ketiga. Secara puratanya berat kepala manusia ialah 3.6KG. Walaupun orang menggelarkan anda kepala batu atau apa saja, ingatlah bahawa berat kepala kita tetap sama. Sape entah yang takde kerja sangat pergi timbang kepala ni. Gila ke apa.

Roti Kepala | Sape nak makan ni?


Fakta empat. Tahukah anda bahawa Sheyla Hershey mempunyai saiz buah dada paling besar di dunia? Beliau ialah satu-satunya wanita yang menggunakan bra bersaiz 38KKK. Tahukah juga anda bahawa sekarang ramai pembaca sedang mencari Sheyla Hershey kat Google.

Sexy Sheyla | Tengok kejap-kejap je okay


Fakta lima. Tahukah anda Apih El Nino telah menghabiskan diplomanya pada 1 Julai? Yang ni sangat penting okay. Hahaha.


Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...