My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 November 2011

kau punya bodoh kami susah cari jodoh





Ini kisah benar bukan rekaan. Ini satu cerita yang pada awalnya mahu dirahsiakan tapi orang terdekat kata ia harus dikongsikan. Ini cerita yang sudah berlalu dua bulan.



Dia perempuan. Pada awalnya cuma sekadar kawan. Dia baru putus cinta dengan seorang lelaki dari Kelantan. Terlanjur bercerita tentang hubungan jadi dia muntahkan semua yang tersimpan. Dan sebelum berakhir dia kata dia mahu lelaki baik dan mampu menerimanya yang serba kekurangan.


Dia bukanlah kurang sangat kalau dikira. Ada rupa ada harta ada segalanya. Cuma kerap kali tumbang dalam arena cinta. Dia sayang lelaki itu sepenuh jiwa yang menyebabkan hatinya hancur berkecai bila kecewa.


Kami semakin rapat dan mesra. Sehingga tersebar gosip tentang kami berdua. Sampai satu hari ada orang bertanya hubungan kami sebenarnya. Dan dia kata kami cuma kawan biasa. Di saat kunci hati ini seakan terbuka, dia hilangkannya semula.




Selang seminggu dia jatuh cinta dengan seorang lelaki. Lelaki yang berjaya membuka hatinya kembali. Dia tunjukkan gambar dan dia kata dia sayangkan lelaki itu sepenuh hati. Biarlah asal dia bahagia walaupun dia terlupa menjaga satu hati.


Sebulan berlalu tanpa dia. Akhirnya ada satu mesej diterima. Pengirimnya dia. Dia kata hati dia terluka. Sekali lagi dia putus cinta. Sebab lelaki yang dia dia sayang itu seperti mahu main-main saja. Dia kecewa. Aku tak tahu nak buat apa.


Kami berbual di telefon seketika selepas sekian lama. Masih terdengar esakan dari hidungnya. Dan dia kata dia rindu kami seperti dulu kala. Berkongsi cerita dan suka duka. Tapi sekarang dia sukar menerima lelaki kerana semua lelaki sama katanya.


Aku cuma mampu memperbetulkan silapnya. Dia mahukan lelaki baik dan bila dia jumpa, baginya itu kawan sahaja. Kemudian dia bercinta dengan lelaki buaya yang akhirnya membuat cintanya sia-sia. Sampai satu tahap dia kata semua lelaki sama. Jadi sekarang salah siapa?


Hati ini penat menjaga hati orang yang tidak langsung menjaganya. Sebenarnya aku juga rindukan dia. Tapi bukan bermakna aku mahukan dia semula.


ps : Do not stereotype guys. They're definitely not all the same ;)




25 November 2011

penamat cerita dia permulaan cerita kita





Tersepit antara persahabatan dan cinta. Menjadi orang tengah yang sentiasa gusar kalau buat baik dengan yang ini, yang itu terluka. Mungkin itu situasi yang paling sesuai agaknya. Cuma dalam kes kali ini aku cuma penonton setiap watak dan babak yang ada.



Dulu mereka bercinta. Tapi tidak lama. Mereka berpisah dengan rela. Dan sejak itu mereka berkawan seperti biasa. Mungkin tidak semesra saat mereka bercinta.


Dan hari ini, yang perempuan bercinta dengan lelaki lain pula. Lelaki yang dulu cuma kawan biasa tapi sekarang putera raja yang bertakhta. Dan teman lelakinya yang baru ini juga adalah rakan kepada teman lelakinya yang lama. Bayangkan bekas kekasih anda bercinta dengan rakan anda.


Mungkin agak berat tapi walau sesukar mana, hakikat harus diterima. Kenapa harus menatap bingkai kaca yang pecah berderai, yang mustahil untuk dipadankan semula? Serpihan kaca yang pecah itu kalau dapat dipadan semula pun tetap tidak sama seperti sediakala. Daripada cuba mencantumkannya yang mungkin menyebabkan jari terluka, lebih baik bangun mencari bingkai yang baru pula.




Yang berlalu biar berlalu kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Tak salah meratapi cinta yang gagal tapi jangan terlalu lama. Kerana setiap pengakhiran sesebuah cerita adalah permulaan cerita yang baru dibuka.


Dia, dia dan dia kawan aku walau kita tidak serapat mana. Siapa aku untuk menentukan hidup dia, dia dan dia tapi sebagai kawan, aku cuma mahu lihat dia, dia dan dia bahagia tidak kira dengan siapa pun pasangannya.


Aku tidak mahu orang lain merasa juga ketidakbahagiaan yang aku ada.


ps : Sukar menjadi pelakon cerita cinta segi tiga bila kita bukan watak utama ;)




23 November 2011

WW 14 - thanks god thanks for everything







ps : Even in a very bad and worst situations I can felt their support ;)




22 November 2011

cinta itu suka tapi suka bukanlah cinta





Aku mengaku aku suka tengok wanita. Tengok kerana kagum, bukan kerana nafsu semata-mata. Kagum dengan keayuan dan kecantikan wanita Melayu terutamanya.



Aku suka tengok dia. Seorang yang sering terjumpa semasa makan tengahari bersama kumpulannya. Dia cuma pengikut, bukan ketua. Tapi dia berjaya mencuri perhatian mata. Ayu dan pemalu orangnya.


Dan dia juga aku suka. Seorang yang pernah sekelas tapi tak pernah bertegur sapa. Pernah dua tiga kali terlihat dia bersama teman lelakinya. Bimbang dituduh perampas kekasih orang ada juga. Tapi serius dia buat aku gila.


Itu dia seorang lagi aku suka. Sering bertemu kerana berkongsi fakulti yang sama. Bila berjumpa sengaja aku senyum penuh gaya untuk mendapat balasan senyuman manja darinya.


Ada lagi seorang yang aku suka. Tidak pernah berjumpa kerana cuma kenal di alam maya. Tapi perangai dan sikapnya buat aku teruja. Cukup berkawan sudah buat aku selesa.


Nak juga cerita tentang seorang yang baru dikenali tapi seperti ada chemistry dalam jiwa. Dia seperti aku versi wanita. Nampak biasa tapi gila-gila. Nampak complicated tapi sangat simple sebenarnya. Aku seperti bercakap dengan diri sendiri bila bercakap dengannya.




Yang baru ada yang lama pasti ada. Aku kenal dia sudah lama walau tak pernah berjumpa. Seorang yang terbuka dalam apa juga topik yang diperkata. Walaupun tidak bertudung tapi style rambut pelakon Korea buat aku ternganga.


Dia ini pelik tapi aku suka. Selalu bergaduh bila berjumpa. Memang hobi aku mengusik dia. Aku cuma nak tengok dia marah sebenarnya. Sebab muka dia bila marah lagi comel berbanding biasa.


Ada seorang lagi yang sering aku jumpa. Comel dan ramai peminat itu yang orang kata. Tapi aku suka dia sebab dia pandai memasak dan buat kek sebenarnya.


Persahabatan alam maya. Lelaki yang hidupnya dikelilingi wanita. Katalah apa saja anda rasa. Aku cuma mahu menghargai wanita yang ada. Kerana bagi lelaki seperti aku, wanita adalah inspirasi bila aku berkarya.


Sebenarnya ini pertama kali aku suka ramai perempuan dalam satu masa. Suka. Bukan cinta. Suka kerana mengagumi keunikan kurnian-Nya pada mereka.


ps : Wanita mampu buat aku gila bila dia menggoda dan mengada-ngada ;)




20 November 2011

satu hati tiga rasa satu rasa tiga hati





"Aku rindu dia. Tapi kami dah macam tak kenal..."


"Aku suka dia sebenarnya. Kau jangan bagitahu dia pulak ni..."

"Aku benci la mamat tu. Mulut macam biawak!"

Tiga hati manusia. Tiga rasa yang dipendam lama.


Dan...


"Dia ada kawan baru. Tak guna bagitahu kalau rindu pun..."

"Dia baru couple semalam. Melepas aku. Rugi sangat..."

"Tak habis lagi nak sakitkan hati aku mamat ni!"

Tiga hati manusia. Tiga rasa kecewa.




Kalau rindu jangan biarkan.
Kalau suka cepat luahkan.
Kalau benci cakap depan-depan.
Sudah banyak hati terluka sebab rasa yang tak terluahkan.
Jangan sampai rasa itu diucap semasa hari kematian.


ps : Jangan bila orang itu sudah tiada baru kita bagitahu kita sayang dia ;)




16 November 2011

WW 13 - exams please be nice with me





Exams : They give me questions I don't know, I give them answers they don't know


ps : All the best and wish me luck for my final exam next week ;)




15 November 2011

biarlah kalau orang tak suka tak apa





Satu gambar gay tersebar di Facebook pagi tadi. Gambar aksi panas antara dua remaja lelaki. Berpeluk erat seperti suami isteri. Bercium pipi seperti merpati dua sejoli. Button 'Like' ditekan kerana keberanian dan kebodohan mereka ini. Berani memuatnaik dan membiar semua itu tersebar dengan pantas sekali. Bodoh kerana gambar itu bukan hasil seni fotografi untuk dikongsi.



Everyone knows bad boys have more fun.


Kemudian datang satu lagi gambar seorang perempuan seksi. Dengan hanya berseluar dalam putih mata dikenyit menggoda lelaki. Ditambah dua gunung mekar tersergam rapi. Saiznya mungkin satu tapak tangan tidak mencukupi. Sayangnya puncak gunung sudah bertukar warna sama sekali. Pasti sudah kerap digauli. Ribuan 'Like' kebanyakannya dari lelaki dan ribuan komen banyak yang mengeji. Sama seperti gambar tadi gambar ini juga di 'Like' sama sekali.


Dan hasilnya banyak chat dan mesej diterima tidak henti-henti. Ada yang ketawa kerana benda yang di 'Like' tadi. Tak kurang yang memberi nasihat semua itu hanya duniawi. Malah kerana satu 'Like' itu ada yang mengatakan satu tindakan berani. Gelaran 'Gila Seks' juga dapat secara percuma tadi. Perkataan "Thumbs up" dan "Fuck up" hadir berselang seli.



Cik adik cik abang cik kak yang disayangi. Saya memang kaki 'Like' dan itu saya akui. Apa yang keluar di Facebook saya akan 'Like' tanpa fikir dua tiga kali. Bukan semuanya kerana suka tapi kebanyakannya kerana menghargai. Mungkin juga kerana hobi. Saya tak kisah kalau ada yang tak puas hati. Saya pun tak kisah kalau ada yang tak suka dengan perangai saya ini. Because I'm not a Facebook status and you don't have to like me.



ps : I'd rather be hated for who I am than loved for who I am not ;)




14 November 2011

jangan jadi hamba cinta wahai perempuan





Bingung. Agak lama gambar di dalam album terbaru itu ditenung. Sudah lama tidak nampak perempuan ini di Facebook kerana terlalu banyak wall post dan komen yang dibiar tergantung. Tapi kenapa gambar dia terlalu lain sedangkan kami berkawan belum sampai setahun? Ke mana pergi gambar dia yang dulu bertudung?



Stalk orang adalah menyeronokkan. Biarlah dituduh jaga tepi kain orang asalkan dapat apa yang diidamkan. Bagaimana gadis yang dulu cantik menawan sekarang tampil separuh telanjang? Tipu kalau cakap tak suka tengok kerana agak agresif pergerakan urat saraf di celah kangkang. Cuma perubahan yang ketara itu buat otak kuning ini berfikir panjang.


Beberapa jawapan ditemui. Ramai berkata dia berubah kerana lelaki. Bekas teman lelaki dan teman lelaki terkini. Lelaki mana tak suka perempuan seksi? Tapi kenapa perempuan sebijak ini boleh tertipu dengan mudah sekali? Percayalah kau cuma boneka di hujung jari. Tipu kalau perempuan serosak ini dia mahu jadikan isteri.


You give love a bad name.


Ada banyak komen pada satu gambar yang jelas menampakkan putih paha dan mekar dada dia sebagai perempuan. Geram dan tercabar nafsu anak jantan. Tapi di bawah itu ada banyak nasihat diberikan, tak kurang juga kutukan.


Kenapa ada perempuan berubah kerana lelaki? Dulu bertudung rapi sekarang sehabis seksi? Tolonglah jangan jadi perempuan yang mudah dibohongi. Entry ini ditulis kerana tidak sampai hati melihat perempuan yang dulunya baik tapi hari ini dimaki.


Sampai sekarang tiada jawapan. Dia tidak menjawab walau satu soalan yang diajukan. Cuma yang pasti dia mungkin dalam kesesatan. Atau dia bernasib malang. Mungkin dia boleh dijadikan contoh kepada ramai perempuan. Tolong jangan jadi bodoh kerana cinta dan lelaki yang kamu dambakan.


Perempuan, ada beza lelaki keji dengan lelaki sejati sebagai bandingan. Lelaki keji meminta gambar perempuan tanpa pakaian. Lelaki sejati meminta gambar perempuan tanpa solekan. Lelaki keji tetap mahu paha anda walau betis diberikan. Lelaki sejati tetap menerima anda walaupun kekurangan.


ps : Pasti bersebab kenapa jadi sebegitu rupa. Harap semuanya baik semula ;)




13 November 2011

url tag from hazwani everything nothings



Tag yang simple daripada Hazwani Mohd. Soalan dia, kenapa url saya macam kat atas?


Apihelnino.blogspot.com?



Apih itu merujuk pada gelaran. Mohd Afif Rashdan Bin Shafie, tapi ramai orang panggil Apih.


El Nino sebenarnya satu perkataan. El Nino bermaksud budak lelaki kecil. Kenapa El Nino? Satu, sebab tu gelaran untuk pemain bola sepak Sepanyol yang memang aku minat iaitu Fernando Torres, bekas penyerang Liverpool yang main untuk Chelsea sekarang. Kedua, perangai aku memang macam budak kecil. Ketiga, sebab nama tu cute. Aku namakan kereta yang usung aku ke sana sini dengan nama Nino, rakan sekelas panggil aku Nino dan ada orang panggil aku Ninokie sebab dia cakap aku cute. Ni tak tipu okay. Awwwwww sangat rasanya.


Taufan El Nino merujuk pada taufan kecil, sesuai dengan nama El Nino yang bermaksud budak kecil. Taufan La Nina pula taufan besar.


Menurut sejarah yang dijumpai dekat Google, El Nino dan La Nina adalah dua beradik. La Nina adalah kakak, El Nino sebagai adik. Jadi taufan besar dipanggil La Nina sebab dia lebih besar dan taufan kecil dipanggil El Nino.


Dengan ini, aku tag mereka yang berikut :

Liniey Mustaffa - http://siperempuandara.blogspot.com/
Mi Cah - http://pelangi-pelangidanbintang.blogspot.com/
Rose Deana Imbran - http://
suarahatisipujaanhati.blogspot.com/
Hazimah Fauzi - http://princess-eima.blogspot.com/



ps : Hindari taufan Elnino, dekati Apihelnino dot blogspot dot com ;)




11 November 2011

dia cuma datang sekali seumur hidup





Julia duduk di tepi katil bapanya yang terlantar sakit sejak seminggu yang lalu. Suasana di hospital pada malam itu sunyi sepi. Sesekali jururawat melintas di tepi katil bapanya. Kalau diikutkan penat, mahu sahaja Julia melelapkan mata tapi memikirkan keadaan bapanya, Julia memilih untuk berjaga sambil online menggunakan komputer riba yang dibawanya.



Mata Julia membaca satu persatu pergerakan di Home Facebooknya. Beberapa rakannya bercerita tentang tarikh hari itu, 11 November 2011 atau 111111. Dayana mahu meluahkan perasaannya kepada Khairul, Din mahu membawa kekasihnya ke 'candle light dinner' di restoran lima bintang dan Hanis mahu meluangkan sepanjang malam dengan tunangnya.




Julia melihat pula Timeline Twitternya. Pun sama! Semua orang seakan terlalu gembira dengan tarikh 111111 tersebut. Terlalu ramai yang menanti tarikh tersebut. Hati Julia yang berkecamuk dari petang tadi semakin serabut dengan tarikh yang dibangga-bangga itu.


"Sekali seumur hidup je dapat jumpa tarikh ni..."
Julia cuba menenangkan hatinya.



Tumpuan Julia terganggu bila dada bapanya berombak kencang. Dia meletakkan komputer ribanya di tepi sebelum mengurut perlahan dada bapanya yang semakin dimamah usia itu. Melihat keadaan semakin teruk, Julia memanggil jururawat dan doktor yang bertugas. Mereka bertungkus lumus memberi bantuan sambil Julia menggenggam erat tangan bapanya.


Julia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi ibunya. Serentak mendengar suara ibunya, air mata Julia bercucuran laju. Kakinya tiada kuasa dan lidahnya tiada daya untuk memberitahu yang bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi.


Seorang jururawat perempuan menenangkan Julia. Dia cuma mampu bersandar di dinding. Air matanya gugur di saat melihat tubuh bapanya yang sudah tidak bergerak. Tarikh 111111 bukanlah sesuatu yang menggembirakan hati Julia dan keluarganya. Sepertimana tarikh tersebut hadir sekali seumur hidup, begitu juga bapanya.


ps : Di saat kita ketawa ada yang berduka. Hargai seseorang semasa dia ada ;)




05 November 2011

tribute to lembu yang dijadikan korban





Kereta dipandu berhenti di satu persimpangan
Merah menyala lampu isyarat dinyalakan
Beratur panjang kenderaan dalam satu barisan
Terpandang kau sendirian di seberang jalan
Buat beberapa detik mata kita bertentangan
Senyuman yang aku lempar kau tidak endahkan
Aku faham kau dalam kesedihan
Raut wajah kau menggambar kedukaan
Mahu sahaja aku memeluk kau sayang
Aku cuba memahami sedih yang kau pendamkan
Aku cuba selami sayu yang kau sorokkan
Tapi aku gagal dalam kesamaran
Bila kau dijadikan simbol kebodohan
Bila kau dijadikan papan tanda tepi jalan
Kau hebat sebenarnya sayang
Dan kau juga tidak bodoh sayang
Bila manusia tiada rasa perikemanusiaan
Bila bapa meliwat bayi yang berusia beberapa bulan
Bila ibu membuang zuriat yang dikandungkan
Bila abang memperkosa adik seperti syaitan
Bila anak tidak mengaku ibu bapa kerana lupa daratan
Di situ nyata kau lebih matang
Tapi manusia sombong kerana kecerdikan
Kau bodoh itu yang mereka pegang
Tapi kau hebat dalam kebencian
'Bodoh macam lembu' tidak boleh diguna lagi sekarang
Kalau kau bodoh kenapa daging kau yang manusia makan?




ps : Tribute to lembu yang dijadikan korban. Selamat Hari Raya Aidiladha ;)




03 November 2011

kita ghairah bernafas dalam ego sendiri





"Kenapa serabai sangat kau sekarang?"
"Aku malas nak smart-smart..."

"Afif, awak macam tak mandi je pergi kelas..."
"Tak lah. Memang style saya macam tu..."

"Yang kau macam tak terurus sangat ni kenapa?"
"Saje je. Aku terurus ke tak sama je..."


Dan jawapan mereka, sama.


"Kau dah la ego, bodoh sombong pulak tu..."

"Awak ni terlampau ego, tahu tak?!"

"Kau dengan blog kau sama je. Ego!"


Tapi bila giliran aku...


"Salah kot coding kau ni. Error nanti..."
"Weh aku tahu la apa aku buat..."

"Kalau letak lagu kat blog letak la yang boleh pause..."
"Blog aku suka hati aku lah!"

"Kau sanggup tak makan sebab nak beli rokok ni?"
"Kau jangan sibuk hal orang lain boleh tak?"


People call it ego, some call it arrogant but I call it confident


Kau, aku, kita, semua sama.
Kita semua, tak kira siapa, bernafas dalam ego sendiri.


ps : Jangan kita terlalu pandai menghakimi. Nilai dulu diri kita sendiri ;)




02 November 2011

tag from miela jasmin and natasya amir





Sekali lagi, saya di tag oleh Miela Jasmin, "Story From Heart".




Panggilan manja?
Afif. Apih. Nino.

Latest movie?
Real Steel.

Satu perkataan tentang Afif El Nino?
Blogger.

Pandangan kawan makan kawan?
Kenyang sementara merana selamanya.

Habit sebelum tidur?
Buat style rambut pelik-pelik.

Barang wajib bawak bila keluar selain wallet dan handphone?
Kunci rumah, bangle, cincin, tisu, Lipice.

Maxis? Digi? Celcom?
Semua kot. Maxis untuk BBM, Digi call murah, Celcom murah SMS.

Percaya pada BFF?
Best Friend Forever? Best Fake Friend?

Impian?
Nak semua impian jadi kenyataan.

Miela Jasmin gedik tak?
Tak kot. Kalau Miela Gedik baru la gedik.

Pandangan tentang blog Miela Jasmin?
Simple tapi menarik.


Saya di tag lagi oleh Natasya Amir "Life is a novel we write everyday".




Status? Single or taken?
Single, solo dan berseorangan.

Your homegrown? Where do you live now?
Kampung Mengabang Tengah, Kuala Terengganu. Now studying at Kemaman.

Girlfriend's name?
Adira. Scha Al Yahya. Hahaha. Sorry, I am single laa.

When do you expect to get married?
After I believe she deserve to be my wife.

How many times you break up with your ex?
Four. I have four ex's.

Your weight? Height?
48 kilograms, 167 centimetres.

Types of girl that you attract?
I don't know. Chinese looking girl, maybe.

What kind of music do you prefer?
Any kind of musics.

What brand of shirt?
Giordano.

Your jeans size?
28.

Place you want to go?
Japan.

Dan saya tag orang di bawah untuk jawap 11 daripada soalan di atas :)


Raihana Nadiya
Nadiah Roslan
Noor Aina Baijan
Nuramira Sharip
Adam Harris
Rose Deana Imbran


ps : Selamat datang November, selamat tinggal Oktober ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...