My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 November 2011

jangan jadi hamba cinta wahai perempuan





Bingung. Agak lama gambar di dalam album terbaru itu ditenung. Sudah lama tidak nampak perempuan ini di Facebook kerana terlalu banyak wall post dan komen yang dibiar tergantung. Tapi kenapa gambar dia terlalu lain sedangkan kami berkawan belum sampai setahun? Ke mana pergi gambar dia yang dulu bertudung?



Stalk orang adalah menyeronokkan. Biarlah dituduh jaga tepi kain orang asalkan dapat apa yang diidamkan. Bagaimana gadis yang dulu cantik menawan sekarang tampil separuh telanjang? Tipu kalau cakap tak suka tengok kerana agak agresif pergerakan urat saraf di celah kangkang. Cuma perubahan yang ketara itu buat otak kuning ini berfikir panjang.


Beberapa jawapan ditemui. Ramai berkata dia berubah kerana lelaki. Bekas teman lelaki dan teman lelaki terkini. Lelaki mana tak suka perempuan seksi? Tapi kenapa perempuan sebijak ini boleh tertipu dengan mudah sekali? Percayalah kau cuma boneka di hujung jari. Tipu kalau perempuan serosak ini dia mahu jadikan isteri.


You give love a bad name.


Ada banyak komen pada satu gambar yang jelas menampakkan putih paha dan mekar dada dia sebagai perempuan. Geram dan tercabar nafsu anak jantan. Tapi di bawah itu ada banyak nasihat diberikan, tak kurang juga kutukan.


Kenapa ada perempuan berubah kerana lelaki? Dulu bertudung rapi sekarang sehabis seksi? Tolonglah jangan jadi perempuan yang mudah dibohongi. Entry ini ditulis kerana tidak sampai hati melihat perempuan yang dulunya baik tapi hari ini dimaki.


Sampai sekarang tiada jawapan. Dia tidak menjawab walau satu soalan yang diajukan. Cuma yang pasti dia mungkin dalam kesesatan. Atau dia bernasib malang. Mungkin dia boleh dijadikan contoh kepada ramai perempuan. Tolong jangan jadi bodoh kerana cinta dan lelaki yang kamu dambakan.


Perempuan, ada beza lelaki keji dengan lelaki sejati sebagai bandingan. Lelaki keji meminta gambar perempuan tanpa pakaian. Lelaki sejati meminta gambar perempuan tanpa solekan. Lelaki keji tetap mahu paha anda walau betis diberikan. Lelaki sejati tetap menerima anda walaupun kekurangan.


ps : Pasti bersebab kenapa jadi sebegitu rupa. Harap semuanya baik semula ;)




9 comments:

ザイダツアズニ said...

nice entry..:)

aiman fanboy k-pop said...

yupp...i sokong 100%
neraka nanti,wanita jugaklah yg bnyak jadi kayu api neraka....
yg dah ada gf tuh,pandai2lah korg jga n nasihat elok2....^^

Eyda Syahida said...

insyaAllah, akan berusaha sehabis mungkin jaga maruah didunia ini. :)

Cik Ketam Malas said...

mungkin no one listened to her before. and she has no one to count on to. and padahnya, she chose that wrong path.

MOY said...

betul, kawan aku pun. . dia cantik . . bertudung tapi dekat pesbuk, tunjuk rambut, aku tau dia cantik, kembang segala bagai bila org puji, tapi, aku rasa dia tu tak ubah macam manusia hipokrit, --" aku tak tau lah dia magsa cinta ke apa. tapi, mungkin tak . . mungkin sebab dia rasa dia cantik, dia boleh tunjuk kecantikan dia dekat org. ah kesah, dan lantak lah dia. HAHA

Ainur Hamzah said...

sangat suka entri ini :)

ai n i s h a f i qa said...

betul~~~ mcm ni lah bila nafsu mengatasi segala. huhu. semoga dijauhkan..

MaiRa QuEeN said...

moga Allah lindungi saya dri terlalai dengan bisikan syaitan yg direjam..jadi perempuan biarlah bagai merpati..nampak jinak tapi susah nak tangkap..kawan2 saya pon ramai macam nie..ada jugak sebab pengaruh kawan..

Tira Pengemis Maganda said...

single je~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...