My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 December 2011

anugerah terindah yang pernah aku miliki





Butang 'Enter' ditekan selamba. Atau mungkin tetikus ditekan begitu sahaja. Tertera di skrin satu halaman gelap gelita. Halaman yang mungkin kenal atau tidak siapa pemiliknya.



Bermula dengan satu gambar lelaki berbaju hitam memegang rambut. Diikuti ayat bukan Bahasa Malaysia yang agak rumit untuk disebut. Kemudian deretan gambar iklan yang kadang-kadang kelihatan serabut. Di sebelah kiri ada cerita yang berturut. Dan di kanan beberapa bahagian yang ada nampak macam sedikit mengarut.




Banyak cerita jiwang dan cinta. Ada juga cerita persahabatan dan keluarga. Ada yang suka gila-gila. Tak kurang yang mencemuh saja. Adat bila ada yang suka maka ada yang tidak suka. Siapa tidak suka bila orang dengar kita bercerita. Tapi yang paling penting apa yang hendak disampaikan itu sampai kepada yang mendengarnya.


Pembaca misteri. Gelaran yang dicipta sendiri. Walaupun ada yang terbongkar identiti. Namun ramai yang kekal tidak dikenali. Mereka berani bermain teka teki.


Pembaca sebenar. Pemiliknya seperti yang tergambar. Menonjolkan diri tanpa rasa gentar. Wajah mereka tidak samar. Memberi semangat dengan setiap pujian atau kutukan yang dihantar.


Followers setia. Entah dari mana datang mereka. Entah kenapa mereka ikut bersama. Terlalu banyak persoalan yang berada di minda. Dan kerana persoalan itu mereka megah di atas sana.


Bila aku tua nanti. Bila belog hitam ini terkubur sepi. Bila aku dan belog hitam ini sudah tiada lagi. Percayalah ini adalah antara detik paling indah sekali. Pembaca dan followers adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki.


ps : Andai hari esok dunia gelora takkan aku gemuruh selagi aku ada kamu ;)




17 comments:

syirah rasid said...

fuhh ayat kamu ~

SyuHaDa ◕‿◕ said...

suka entri nie...~

Miss Butterfly said...

saya pembaca sebenar, saya juga follower setia. teruskan berblog yup! agar nanti hidupku sering terisi dengan kata2 dari kamu. erkk! awatnye skema ayat gua nih? ehekk! ;)

Akmal Khalidah said...

Perghh, ayat cantik lahh :) Saya pembaca setia blog hitam ini :D Teruskan berkarya ;D

Unknown said...

wow , bernafas dalam ego :)

pepol said...

terbaik,gua silent reader blog ni,ni 1st time gua komen cni

Amelia said...

awww, haha

missina said...

nice!

Unknown said...

sweet sgt entri ni.

mohdhazlan Dreadlock said...

nice one ..

slm tahun baru el nino !

syud said...

co cweet... hmm..happy new year in advanced yer apih =)
smoga mnadapat apa yg dihajati..aminnn..

cik payung said...

sgt mendalam kata²nya,, terasa sweet bila dibaca,, akhirnya tersenyum di akhir cerita..
nice one.. ^__^

Unknown said...

dramatis btl ayat ni...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/hebat-tak-equation-aku.html

Shuhaidah Shukor said...

waah touching. dan aku bangga jadi follower setia blog ni. yeah. keep blogging :]

farah jalikha said...

mari join Segmen Pertama Farah Alias..! Need ur support!

http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/1st-segmen-by-farah-alias-lagu-pilihan.html

antynid said...

sweet pulokk entri ni..hihihi

Qisse Karim said...

so sweet ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...