My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 January 2012

walau dia bangang dia tetap saya sayang






Ditolak dengan seribu satu alasan oleh lelaki yang diiktiraf paling kacak di matanya membuat hatinya sedikit terluka. Perasaan yang terpendam lama diluahkan pada satu malam ketika ramai manusia sedang lena. Diberinya madu namun disuap cuka. Dan dia pergi membawa hati yang lara.




Lelaki itu kemudian bercinta dengan seorang gadis yang ada rupa. Masakan merpati mahu memilih enggang untuk terbang bersama? Harinya diteruskan seperti tidak terjadi apa-apa walaupun hatinya masih terluka. Pasti lelaki itu melabelnya perigi mencari timba. Tapi dia peduli apa. Dia perempuan moden yang berani bersuara.


Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang menarik minatnya kerana perangai gila-gila. Ada kalanya gila lelaki itu sampai tahap bangang pun ada. Lelaki yang dalam diam menawan hatinya. Dia berfikir semula. Lelaki ini dan lelaki itu sangat jauh beza.


Rambut lelaki itu fesyen serabai ala Korea. Rambut lelaki ini skema. Lelaki itu pandai menggunakan ayat yang mampu menyentuh jiwa wanita. Lelaki ini pula ada kalanya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia kata. Tapi persetankan itu semua! Lelaki ini lebih tulus hatinya. Tidak banyak berahsia. Tahu menjaga hati wanita. Dan dia sentiasa menghibur hati dengan pelbagai lawak jenaka. Hari yang dulu kelam kini bersinar dengan senyum dan tawa.


Dan hari ini kami bersama. Ramai tidak percaya. Biarkan saja. Pekakkan telinga. Kami bahagia. Walau dia tidak sekacak mana. Tapi ada apa dengan paras rupa? Sesungguhnya lelaki yang pandai buat lawak dan memberi hari anda ceria jauh lebih menarik berbanding lelaki kacak bergaya tapi tidak mampu untuk buat apa-apa.


ps : Cari pasangan yang membuat anda senyum lebih lebar dan ketawa lebih besar untuk menghadapi hidup yang lebih mencabar ;)




16 comments:

farah jalikha said...

sama macam kisah saya. .yang dlu handsome, tapi buat hati mderita saja, kuat menipu dan main dengan ramai perempuan, sampai sanggup mengenai taraf pendidikan. sutdent sijil tapi katanya amek diploma.. tapi yang sekarang ni..mungkin dia x sehandsome yang dulu, tapi sekurang2 nya dia mampu buat saya kembali senyum :)

Lat'z said...

rupa paras bukan punca kebahagiaan tetapi senyum ketawa..^.^

missina said...

betul tu,,sekadar senyum dan hati yg lega,,tak hensem pun takpe kan,,,janji baik hati,,nice entri!

Yukki Amano said...

pembetulan bro... bukan merpati dan enggang... tapi pipit sama enggang... hehhee..

pepepon, yang penting hati suka... biar xhensem... malam2 tutup la lampu... gyaahahahha....

silent reader said...

ska entry ni.. =)

capt. keon alhan said...

betullah kata orang,rupa paras tak jd ukuran kebahagiaan kan?

Unknown said...

wahh betul tu! setuju sgt2 :)

مرهمه جونايشا said...

Nak copy paste boleh...?nanti saye credit la :)

Mr.Stef said...

Entry ni lebih kpd pandangan dr seorang wanita..ntuk jejaka lak bila sambung..?

tikusdalamlab said...

nice laa babe :)

cikpia said...

habes la tak laku lelaki2 hensem pasni

ErnieFaizal Siti said...

kajian ada menunjukkan lelaki yang mempunyai sense of humor yang tinggi lebih disukai wanita :)

anamizu said...

sbb tu guwa sllu kata kt mmber2 lelaki guwa yg hensem2 ceni : patutla ko smpai skg xde GF,mesti perangai ko mcm tettt..sbb tu la gurl xmo lekat =P



luv,
cik ana

ahleong said...

hahaha i like tjuknyerrr...
Walau dia bangang dia tetap sy sayang
hhehehhe
terrbaekk dr ladang...

liyana said...

setuju..

nice :)

Halimatun Sa'adiah said...

rupe bole berubah..tp hati tak mungkin bole berubah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...