My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 June 2012

ini kisah tentang kawan



Kawan. Setiap orang ada pengertian. Daripada sahabat atau sekadar teman. Janji kawan tetap kawan. Sebab tak ada manusia atas dunia mampu hidup keseorangan. 


Adat berkawan ada kalah ada menang. Ada adik ada abang. Ada benci ada sayang. Ada cerdik ada bangang. Ada susah ada senang.


Umpama sekawan lelaki tengok bola. Ada sokong Poland ada sokong Russia. Bila menang rasa bangga. Yang kalah tunduk saja. Tapi kita tetap minum air sama-sama. Kita tetap lepak semeja.


Berkawan sesama manusia memang ada yang terasa. Kalau tak nak terasa pergi duduk dalam gua. Tahankan saja sebab kita dah kawan lama. Mungkin aku pernah sakitkan hati dia zaman dulu kala. Jadi sekarang dia balas semula. Atau mungkin hari ini hari dia. Esok hari aku pula. Tapi tak apa. Kita tetap kawan sampai bila-bila.


ps : Walaupun perangai kau macam syaitan tapi aku tak kisah sebab kita kawan ;)


14 comments:

Ikmal said...

Assalam, kawan sejati sukar nak cari... tapi walaupun dia bangang sekalipun dia tetap kawan kita... walupun dia pernah tikam kita dari belakang pun dia tetap kawan kita... suatu hari nanti pasti dia akan tahu nak menghargai kita juga...

ros maisara said...

kalau kita terasa dengan kawan tuh,itu menunjukkan kita sayang dengan dia...kalau kita tak sayang,hati kita pasti terdetik 'do i care???it's not like we even closed'.walau kawan perangai mcm satan,kita tetap terima dia,sbb dia tetap terima kita walau kita wat satan dengan dia..heheheh

bukankosong said...

sbb tu aku redha je ngn a few kwn aku tu

ainna baijan said...

betul....tk semua lurus..even jalan pun ada bengkang bengkok...ada lubang sana lubang sini...ada kiri dan ada kanan...same goes to our life..to our friends...just live n life...everythings will be ok!!

UniMeOw said...

bsabarlah dgn kerenah org laen spt mn kita mahu org laen bsabar dgn kerenah kta...:)

>ckp mmg sng kan<

hafiz hafizol said...

biasa la gurau senda.. x gurau x mesra kata orang..

an_edge said...

cuba memaafkan n terima seadanya lebih dan kurangnya kawan2 kita, mcm kita nak kawan2 kita maafkan dan terima kita seadanya jugak ;)

a i m z said...

ehh. betullah, kawan2 mmg macam tuu.

aku spongebob, kau gary.

haha :)

Oney Nurislam said...

fwen

Faridah said...

Sama-sama menerima kekurangan & menghargai kelebihan.Itulah nilai kawan...

♥Miss Yaanaako♥ said...

huhh. tak kisah lah berkawan dengan sesiapa pun, baik buruk dia pun, asal kita tak terpengaruh. ^^

Nur Aischa said...

paling suka part spongebob dgn patrik tu. haha.. tp tula, byk suka duka nya bila bersama kawan2.. apapun berkawan biar beribu :D

syairahmohdanuar said...

susah taknak touching ngan kwn.tp kene jugak berusaha!hihi :D

NadyaBubble said...

Terima baik dia, buruk dia, jadi teman setia ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...