My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 June 2012

kau buat aku rasa kosong



Kau seperti hantu. Tahu? Hantu yang mengekori aku saban waktu. Hantu yang buat hidup aku jadi tak tentu. Hantu yang aku jumpa berkeliaran di muka buku. 




Mungkin salah aku add kau dulu. Atau salah kau yang komen status aku. Kita selesa berkawan tanpa perlu bertemu. Hari demi hari kau semakin rancak bermain di kalbu. Aku buat kau malu. Kau buat aku mahu. Aku buat kau perlu. Kau buat aku rindu.


Dua minggu aku cuti. Dua minggu aku menonton bola awal pagi. Dua minggu aku luang masa bersama kawan-kawan di kedai mamak tengok TV. Dua minggu juga aku rasa sepi. Walaupun ramai orang aku tetap rasa sendiri. Rasa kosong dalam hati.


Mungkin aku angau seorang diri. Aku beri kau hati. Kau tulis nama kau di situ dengan penuh seni. Kau corakkan berwarna warni. Dan sekarang ke mana pun aku pergi aku rasa dibayangi. Mungkin kau hantu yang akan bertukar jadi bidadari. Mungkin nanti.


ps : Dia bukan takut luahkan rasa cinta. Dia cuma takut tidak dicintai semula ;)


13 comments:

dhia adawiyah said...

kes yang sama berlaku pada Wieya . memang susah nak lupakan diaa .. terasa macam dia ada di mana - mana . tapi , rupanya .. bayang sendiri yang mengekori dan itu hanyalah perasaan je . terlampau fikirkan sgt .

StuntWomanWho :) said...

jangan rasa segan nak meluahkan :)

Encik H said...

sweet pain?

Nur Aischa said...

paling suka quote dlm gambar tu. hmm sama mcm si dia. sedih betul.. apapun, aisyah dah move on. alhamdulillah :-)

Asyiqin Haulisah said...

berilah dia peluang itu. :)

Nor Amira said...

jangan takut :)

Arai Lekir said...

aku pun pernah alami macam ni, rasa angau seorang diri, nak luahkan rasa hati tp takut dia jauhkan diri.Aku berharap dia jadi bidadari biarpun dlm mimpi..

En Tapi said...

wahh! kagum aku seyh ayat ko! hahai.. best2.. cukup aku fahami ape yg kau erti.. cukup aku ngerti, apa yang kau alami.. hihihi..

♥Miss Yaanaako♥ said...

insyaallah cinta terbalas :)

Cik Aqilah Wardah said...

sakitnya direject tak sesakit pendam rase...

at least, bile dh tau kene reject, leh la start carik lain~ lalala...

chill!! :)

AsH ShiKaNo said...

wait n see..haha

Hafiz Sapli said...

fuhhhh, nice entry. touching inside derr

NadyaBubble said...

Dulu, siang dia ada, malam dia ada. Bila dia hilang kini, rasa seperi tiada nyawa ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...