My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 June 2012

kenapa saya masih guna blogspot?



Masih aku ingat kali pertama aku menulis di blog hitam ini. Seorang kawan bercerita tentang domain sendiri. Tapi masa itu blog hitam ini baru lahir melihat cahaya matahari. Followers masih kosong dan cuma ada satu entry syok sendiri.


Hari ini blog hitam ini kian meningkat usia. Namun soalan sama masih ditanya.





"Bro, followers beribu riban takkan pakai blogspot lagi?"

"Wei beli domain la bukan mahal pun pakai domain sendiri..."

"Tukar jadi apihelnino.com la baru nampak blog level tinggi..."


Aku ketawa. Apa yang dia kata itu betul juga. Tapi aku menulis sekadar suka-suka, bukan kerana level atau nama. Aku cuma mahu luahkan idea dalam kepala. Aku bukan nak kejar apa-apa. Tapi terima kasih kepada yang memberi idea. Aku hargai sampai bila-bila.


Cuma aku lagi tertarik dengan yang ada blogspot sebenarnya. Maaf kepada yang ada domain diharap jangan terasa. Kalian hebat kerana berani melakukan anjakan paradigma. Tapi yang ada blogspot aku rasa lebih bersahaja. Aku lebih cenderung menekan aaronaziz.blogspot berbanding aaronaziz.com contohnya. Sebab aaronaziz.com kelihatan dikawal oleh admin berbanding aaronaziz.blogspot yang mungkin ditulis oleh Aaron Aziz sendiri bila dia ada masa. 


Hujah ini mungkin ada salahnya namun ini yang aku rasa.
Orang lain aku tak tahu macam mana.


Maaf kalau ada yang sentap atau terkilan.
Ini cuma pandangan dari blogger picisan yang baru belajar berjalan.


ps : Platform kita mungkin berbeza tapi tugas kita sama. Go Go Blogger Malaysia ;)


24 comments:

IFA Athirah said...

hidup bloggers blogspot!!haha

Fiza Suhaimi said...

Iye betul.. Setuju dengan entry apih ni.. :)

UniMeOw said...

errr domain 2 pe?

soalan dr blogger picisan yg xlahir lagik..hehe

missina said...

tulis apa yg kita rasa,,,;)

Miss Purple said...

like!! =D

NURFARAH SHAHIRA said...

setuju2

Nur Aischa said...

wahh tak terfikir nak buh domain mcm tu, lagipun mmg tak reti.. haha. tp betul la tu, serius ada blogspot lagi best ^_^

Nurulee said...

Baguslah owner blog ni. Hehe, agree =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/pergi-hang-ke-hang-out-ehh.html

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sokong bro!!!

nmpk laaa blogspot ni mmg ditulis oleh owner dia kn..

Ahmad Haziq Azlan said...

hidup blogspot!!!!!!!!

O CIKTEDDY said...

org yg pakai domain pon still memegang status sbg 'blogger'..kan?so who cares..haha

zana said...

bagus info ni..go blogspot.go owner blog spot ^__^

anamizu kaito said...

yihaaaa ! cik ana sokong apih!!!
go ! go ! blogspot dot com! hehe






luv,
cik ana
(diary-kecilku.blogspot.com)

ABU said...

Aku tukar gi domin dot com pun sekadar suka suka..hahahaha..
Bagus macam ni ada pendirian masing mading.. :)

Punkjunkman said...

Ada yang betul ada yang salah..Jadinya tak perlu dlagakan...mungkin ada yang buka blog untuk belajar sesuatu bnda baru.Selamat maju jaya semua..
http://punkjunkman.blogspot.com/

cik najihah said...

mane2 pon bole..hihih

ros maisara said...

kalo yg mmg pakar bab2 IT nih,mmg sesuailah guna domain.xada rasa pening2 kepala..kalo xbiasa guna domain mmg pening n stress lah kan...
xpolah, domain ke guna hosting je ke, dua2 tetap blog yg boleh dibaca.. hehehe

SoutulMujahid said...

idop soutulmujahid.com

hahahahaha!!!

amry said...

be your self... :)

Miss Aainaa :) said...

tetibe aku nak taip aaron aziz.com betul betul haa. adoi pengaruh betul la ko nih. hahaha.

Permata ™ said...

assalamualaikum..
bg saya...
blogspot pun masih lagi merangkak dengan features dia..
kalau domain..rsenye lagila..xleh merangkak terus kot..^_^

Aisumi Chan Kawa'i said...

ha'ah.. betul la tu~

♥Miss Yaanaako♥ said...

kami bloggers suam2 kuku. guna blogspot jekk. okey apa. free gituww

toko baju muslim murah said...

pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...