My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 February 2013

suka rela



Kali terakhir kami berchatting tengah malam buta, dia hantar link Facebook crush dia dalam komputer riba. Aku tengok saja. Tak nak komen apa-apa. Default picture dalam kereta berkaca mata hitam penuh gaya. Kaca mata hitam pasar malam berjenama Rayban berharga sepuluh ringgit namun memberi keyakinan berlipat ganda kepada si jejaka.


Semalam aku jumpa mereka dating dekat sebuah kedai makan. Aku tak tegur sebab aku dengan kawan-kawan. Nampak mereka berdua macam hanyut dalam percintaan. Baguslah dia dapat orang yang dia inginkan. Jarang aku jumpa orang dapat tackle crush yang dia gila-gilakan.



Aku nampak kekasih dia dengan tenang merokok depan dia. Dia buat macam tak ada apa. Agak mengejutkan sebab selama ini dia memang anti orang merokok depan dia. Tapi tak kisahlah itu semua. Lebih baik aku fikir cara nak makan chicken chop depan aku daripada fikir hubungan orang yang tak ada kena mengena.


Tadi kami chatting di muka buku. Aku kata aku nampak dia makan dengan lelaki dekat kedai makan sebelah kedai baju. Dia mengaku ada makan dekat situ. Aku malas nak terus tanya melulu. Kena buat-buat tak tahu baru orang semangat nak cerita satu per satu.


Dia kata lelaki itu kekasih dia. Crush yang dia dah minat lama. Aku kata aku nampak lelaki itu merokok sampai berkepul asap di udara dan dia boleh rileks saja sedangkan dulu dia tak boleh orang merokok depan dia. Dia kata memang lelaki itu perokok yang setia. Dia cuba pisahkan tapi tak berjaya. Tapi sebab sayang dia rela terima walaupun sebenarnya dia memang anti dengan itu semua.


Aku tahan diri daripada menaip sebarang ayat di layar kaca komputer riba. Aku terfikir seketika. Bagus perempuan ini sebab terima lelaki itu seadanya. Tapi perlukah korbankan pegangan hanya kerana orang kita suka? Entahlah aku pun tak faham sebenarnya.


ps : Perempuan tak kisah lelaki merokok. Perempuan cuma kisah kalau merokok depan dia ;)



15 February 2013

ada blogger masuk paper



14 Februari 2013, Harian Metro slot Gen.Y Interaxsi. Ini kali pertama aku masuk paper yang diedar serata negara yang dibaca pelbagai bangsa dan jantina tidak kira perempuan mahupun lelaki. Entry yang bertuah yang terpilih ialah entry 'Nilai Seorang Lelaki'.







 

Ringtone SMS di telefon kerap betul berbunyi. Jarang benda macam ni terjadi. Twitter dan Facebook aku juga dihujani mesej tanpa henti. Followers naik dengan mendadak sekali. Aku tak biasa semua ini. Seriously. Nak tak nak aku kena biasakan diri.


Mungkin ini namanya rezeki. Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki. 

Semoga tidak terleka dalam perjalanan ini.

ps : Terima kasih semua. Tanpa anda, blog ini tak akan ke mana-mana ;)



10 February 2013

rasa citarasa



Manusia ada citarasa. Aku juga sama. Aku faham citarasa kita berbeza. Aku begini dan kau sebaliknya. Biasa. Adat dunia. Kena terima dengan minda terbuka.




Lumrah perempuan nak lelaki yang kacak bergaya. Aku juga. Aku nak lelaki yang berambut pacak, gagah dan ada kereta. Bagi aku rambut pacak umpama penanda lelaki itu gagah perkasa. Aku tak minat lelaki rambut bertempek di dahi atau panjang sampai menutup telinga. Aku nak lelaki berkereta sebab aku rasa berkereta itu lebih selamat dan terjaga. Sebab tak pernah terlepas cerita Running Man jadi aku turut selitkan lelaki setegap Kim Jongkook dalam senarai citarasa.


Akhirnya aku jumpa lelaki yang memenuhi citarasa aku. Daripada sepuluh citarasa yang aku mahu, dia ada lebih separuh daripada itu. Cukuplah bagi aku sebab memang itu yang aku perlu.


Kami bercinta. Kami bahagia. Tapi lama-lama macam ada yang tak kena. Aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu salah siapa. Umpama kaca yang merekah lama kelamaan berkecai juga. Tamat cerita.


Hari ini aku jumpa orang yang langsung tak ada citarasa yang aku suka. Rambut ada macam tak ada. Badan tak setegap Kim Jongkook yang aku minat gila-gila. Kawan aku pernah tanya, gila kau boleh suka orang yang tak memenuhi kriteria? Tak gila pun sebenarnya. Sebab aku mula sedar citarasa cuma sekadar rasa.


Hari ini aku bahagia. Dia lelaki yang tak kacak tapi setia. Dia lelaki yang tak ada six packs tapi tahu menjaga aku daripada bahaya. Dia lelaki yang tahu menukar duka menjadi suka. Dia lelaki yang pandai berjenaka. Dia lelaki yang bergelar suami yang aku sayang sampai bila-bila.


ps : Citarasa hanya satu iklan apabila jodoh sudah lama ditentukan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...