Tweet
Follow @afifelnino
Aku duduk semeja minum kopi di Mydin Mall dengan seorang kawan. Dia perempuan. Keadaan sibuk di kiri kanan. Mungkin sebab hari minggu jadi pusat membeli belah menjadi tumpuan. Ada yang penuh troli dengan barang belian, ada yang datang cuma untuk makan, ada juga yang datang untuk lepak dengan kawan-kawan.
Sebelah meja kami, duduk seorang perempuan berusia dan seorang lelaki. Ibu dan anak barangkali. Lelaki itu nampak segak dengan rambut belah tepi. Tangan kanannya sibuk menaip sesuatu di telefon bimbit yang dipegang dengan tangan kiri. Ibunya bangun dan pergi membeli dua air tin yang disusun di dalam peti. Lelaki itu cuma duduk menjaga barang-barang yang dibeli.
Kawan aku kata lelaki itu nampak bergaya dari kaki sampai kepala. Dia kata perempuan suka lelaki yang pandai bergaya, bukan yang selekeh setiap masa. Aku geleng kepala. Gila. Tengok orang baru beberapa minit dah jadi suka. Aku tak tahu itu masalah dia sahaja atau masalah perempuan di Malaysia.
Tak lama kemudian keluar seorang lelaki menolak troli. Ibunya di sebelah memimpin seorang lagi budak lelaki. Lelaki itu tidak kurang gayanya dengan lelaki tadi. Cuma dia tak keluarkan telefon bimbit jadi aku tahap gaya dia tak dapat aku klasifikasi. Mereka duduk di sebuah meja yang agak jauh dari kami.
Budak lelaki itu bangun dan pergi membeli minuman. Walaupun panas dan ramai orang, dia sabar menunggu giliran. Dia biarkan ibu dan adik kecilnya berehat lepas penat berjalan.
Aku petik jari suruh dia tengok lelaki tadi. Dia tengok sekejap kemudian kembali cakap dia suka lelaki di sebelah kami. Aku mengeluh sendiri. Aku malas cakap lagi. Biar aku cakap dalam hati.
"Kau nampak tak lelaki yang beratur dekat belakang sekali? Itu baru betul kalau kau nak buat suami. Kau tengok dia layan mak dia tadi? Macam tu lah dia layan kau nanti. Tu baru betul nak nilai lelaki. Bukan dengan tengok apa dia pakai atau apa dia beli."
ps : Lelaki yang pandai melayan ibunya pasti pandai melayan isterinya ;)
11 comments:
setuju! yg tu baru betul nak buat jd suami.. kalau dia betul2 hormatkan ibunya, insya-Allah dia akn hormatkan isterinya :)
yepyep . suwit sangat tengok kalau lelaki tu layan mak dye bebaik , layan adik2 dye bebaik . hikhik :D
^_^ .. Betul. Tersentuh dengan kata-kata yang digunakan. Bagaikan menjadi ayat yang .. ahh , tak tau nak cakap macam mana? Just .. cara penulisan tuu .. suka ! ( cewahhh ~ )
setuju sangat2..!!
pemalas gila mamat pertama td
tersangat setuju... what goes around comes around.. eh?!
wahhh! best la.. memang btol sgt.. nie tgk yg pndai bergaya je buat ape.
Setuju .. Hahaha :) nice entry
setuju!!
good point dude!hehee~ suka entry ini :)
gadis2 suka entry lu bro..good job!
Post a Comment