My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 January 2013

putus asa



Ada kawan aku putus asa. Lemah semua anggota. Merana. Semua sebab cinta. Dia luah segala, aku tadah telinga. Hiba. Sebak dada. Tak sangka cinta itu kejam dengan lelaki sebaik dia. 



Aku kata aku tak tahu nak tolong macam mana. Dia kata tak apa. Dia kata nanti semua akan reda, semua akan normal semula. Dia percaya masa akan tolong selesaikan semuanya. Aku tak tahu sama ada dia betul-betul cekal atau sekadar pura-pura.


Hati dia mungkin letih gila. Jaga hati orang yang tak pernah jaga hati kita sangat meletihkan sebenarnya. Biarkan hati yang letih itu berehat seketika. Suruh kaki bergerak sama. Tak kira sesusah mana kau kena move on juga. Patah hati bertongkat kaki dan patah kaki bertongkat lutut pula. Biar melekat lantai dan dada, biar bergeser tanah dan kepala, jangan kau berputus asa.


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula.
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula.
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua.


Cakap senanglah nak buat susah. Memang nak buat itu susah. Tapi sebagai manusia yang dilahirkan gagah, itu bukan masalah. Yang susahnya sebab kau sendiri fikir yang kau lemah.


ps : Kita takkan pernah tahu kita sekuat mana kalau kita tak pernah cuba ;)


 

5 comments:

Nur Dzafirah Mohd Zain said...

betul... cuba n think positive :') InshaAllah DIA melindungi kita.

Hanida Moss said...

Aku pernah frust bercinta. Tertonggeng teruk. Tapi semua jadi memang ada hikmah. Lepastu, aku jadi lebih baik dlm bercinta & menghargai. Macam tu laa ;)

sabella mohamad said...

mmg sakit sangat . i've been through it . perlu ambik masa untuk kumpul semula kekuatan . jangan berhenti nasihai dia ;)

cik neto said...

sekurang2 nya kamu dh tadah telinga dengar isi hati dia pun dh cukup lega bagi dia luahkan segala beban yg tertanggung didada. apa gunanya seorang sahabat kan kalau xboleh nk berkongsi masalah ntok diberi nasihat.

Naml said...

I am going through it. Yang lebih perit bila kaum sejenis aku yang mengacau, macam tak faham perasaan sesama perempuan. It hurts so much.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...