My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 September 2013

ujian



Ada kawan kemalangan jalan raya. Kereta kesayangan dihantar ke bengkel untuk diperiksa. Mujur tuannya tak cedera. Jadi tempanglah seminggu dua. Dia sedih gila. Nampak jelas di muka. Aku ajak dia lepak untuk hilangkan duka. 



"Kenapa aku?"

Soalan yang dia tanya. Aku cuma mampu suruh bersabar saja. Ada hikmahnya. Hari ini mungkin tak nampak tapi siapa tahu esok lusa. Ini sudah ditentukan sejak mula. Kita manusia kena terima. Itu antara ayat yang keluar untuk tenangkan jiwa yang lara.


Kami pulang. Harap dia bertenang. Takdir Tuhan memang tak ada siapa boleh halang. Cuma ada satu benda yang buat aku terbayang. Ayat yang dia sebut sentiasa berulang-ulang.


Dia, termasuk aku juga, selalu tanya soalan sama bila berlaku malapetaka. Mungkin saat itu akal tidak sempurna, kita persoal takdir yang menimpa. Sampai kita lupa itu ujian untuk kita. Ujian yang Tuhan bagi bukan untuk suka-suka. Ujian supaya kita ingat Dia Maha Berkuasa. Ujian supaya kita ingat kita cuma hamba. Tapi kita lupa. Begitu sifat manusia. Tuhan sendiri kata.


Aku pejam mata seketika. Aku terbayangkan saat aku berjaya, saat aku bergembira, tak pernah pula aku persoalkan soalan yang sama. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" bila aku kaya. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" saat aku bahagia dengan orang yang aku cinta. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" bila aku mampu redah hujan dengan berkereta sedangkan ada orang yang terpaksa berteduh kerana bermotorsikal saja.


Hidup ini adil kalau dikira. Kita kata tak adil sebab kita tak tahu kesudahannya. Tuhan uji sebab kita ingkar arahan Dia. Tuhan uji sebab kita leka. Tuhan uji sebab Dia nak kita ingat Dia. Tuhan uji sebab Dia nak kita berusaha. Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu atasinya. Tuhan uji sebab Dia nak bagi kita pahala.


ps : Untuk menikmati pelangi penuh warna, Tuhan bagi kita hujan seketika ;)

6 comments:

Kechek Buzz said...

hmmm, stuju sangat kat part yg kita persoal bila kena musibah tp bila kita berjaya @ bahagia tak pula kita tanya..

Khairul Zamri said...

mendalam maksud entri ni, sayu lak baca huhu

MISS COMPLICATED... said...

sangat setuju...XD

Unknown said...

janganlah kita menjadi hamba yang selalu leka disaat gembira... dan tersedar dikala duka... sama2 mengingatkan...

secret lover said...

Kenapa aku?

soklan cliche.
ujian paling besar/berat Tuhan timpa pada siapa?

pada yang lupa, jawapannya Para Rasul. Ujian adalah bukti Tuhan masih sayang kita. bukti Tuhan buka jalan nak kita mendekati DIA.

kuch kuch hota hai secara generalnya.
bila sesuatu berlaku, baru dapat rasa impaknya.

panjang plop. haha. kbaii. assalamualaikum.

ainna baijan said...

Terbaekkk laaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...