My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 September 2014

gembira



Gembira rasa bila dah siapkan semua kerja. Duit gaji pun dah masuk dengar-dengar cerita. Semua berjalan lancar dan sempurna. Rasa gembira yang tak terkata. Alhamdulillah sebab Dia permudahkan semuanya.


Sebab terlalu gembira, aku ajak kawan baik aku pergi makan malam dekat sebuah restoran ternama. Bukan kedai makan biasa-biasa. Mulanya dia terkejut juga tapi bila aku cakap aku tanggung semua dia terus setuju dan ketawa.




Dia tanya apa motif aku belanja. Aku balas tak ada apa. Aku kata cuma makan-makan biasa untuk hilangkan tekanan kerja. Aku tak nak tunjuk sangat perasaan gembira yang aku rasa.


Sambil menjamu selera, aku tanya kawan aku tentang masalah dia. Dah lama dia ada masalah keluarga. Masalah apa tak perlulah aku cerita. Cuma dia sebagai anak lelaki kena tanggung itu semua.


Jadi dia mulakan cerita. Dari awal hingga akhirnya. Dia dengan aku tak pernah berahsia. Dah banyak benda kami kongsi bersama.


Masalah dia tetap sama, katanya. Dugaan yang Tuhan bagi ini dia dah boleh terima. Dia dah boleh bahagikan masa antara keluarga dan kerja. Peranan sebagai anak lelaki pun dia dah boleh jaga. Walaupun hidup dia kacau bilau tapi dia gembira. Gembira sebab dia dapat hadapi itu semua.


Aku gembira bila dapat tahu kawan baik aku pun gembira juga. Walaupun mungkin ayat dia cuma untuk sedapkan hati saja. Tapi kalau betullah dia gembira, pasti kegembiraan dia lebih dari apa aku rasa. Aku gembira sebab hidup aku lancar dan sempurna, tapi dia lebih gembira sebab sesusah mana ujian menimpa, dia boleh hadapi semua. Sememangnya orang tabah paling layak untuk gembira.


ps : Keep smiling. And one day life will get tired of upsetting you ;)


6 comments:

Miss Moon said...

betol ...

moga sentiasa happy ...smileeee

Hafiz Hafizol said...

apih bila nak belanja kita makan sambil cerita - cerita masalah ? haha

aswa leyla said...

he's a strong man . bagos la apih care pasal member sendiri :)

Rebellioncute Mischievous said...

Setiap masalah ada penyelesaian.. Apapun teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal ye..

jemput singgah sini http://aienlieyrusli.blogspot.com/

irrayyan said...

masing-masing ada habuan/rezeki/dugaan masing-masing. semoga kita tabah menghadapi semua dan dipermudahkan segala urusan. n namo stress2. bersyukur akan buat kita bahagia dengan apa yg kita kecapi. smile always ^____^
irrayyan.com

AZENI AHMAD said...

semua orang ada masalah but enjoy it that moment je..

Tapi bukan sebab kita suka ada masalah tapi dengan masalah kita banyak je pelajari tentang kehidupan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...