My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 September 2014

lima tahun




Matematik ialah subjek paling aku benci. Tapi subjek inilah yang aku kena belajar dari sekolah rendah sampai Degree. Aku lagi suka subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang aku boleh tulis karangan sampai puas hati. Subjek Sejarah pun aku boleh terima lagi. Tapi dengan Matematik memang aku berkelahi.




Aku paling tak suka soalan Matematik berbentuk cerita. Contohnya, Azri ada beberapa ekor kura-kura. Azri jual 3 ekor kura-kura dekat jiran dia. Berapakah berat kura-kura mereka. Bunyi macam mengarut kan sebab aku reka tapi lebih kurang macam inilah soalan dia. Berangkai entah apa benda.


Aku memang suka tulis karangan. Aku selalu dapat 'A+' kalau kertas Bahasa Melayu Penulisan. Tapi masa sekolah dulu dapat 'A' Bahasa Melayu dipanggil kebiasaan. Orang pun tak bagi perhatian. Kalau kau dapat 100% pun orang tetap anggap biasa sebab itu Bahasa Kebangsaan. Sedih juga sebab orang macam tak bagi penghargaan.


Sebab itulah aku tulis blog yang kau tengah baca sekarang. Sebab dekat sini aku boleh tulis panjang-panjang. Aku boleh tulis bila aku bengang. Aku boleh luah bila aku sayang. Aku boleh tulis tak kira masa lewat petang atau bila subuh menjelang. Aku boleh tulis semua benda yang ada dekat negara orang sampailah kepada sekecil-kecil barang. 


Selepas genap lima tahun aku tulis dekat blog hitam ini, aku mula rasa dihargai. Rasa suka bila entry dan quotes dikongsi dekat Twitter dan FB. Suka bila entry dikritik apa lagi dipuji. Suka sebab orang baca tulisan aku dekat sini. Suka sebab kepuasan dia jauh lebih bermakna daripada dapat BM 'A' berkali-kali.


Selamat ulang tahu kelima. Semoga kita akan terus kekal bersama.


ps : Terharu sebab walau tak tulis selalu, ada orang yang tetap tunggu entry baru ;)


8 comments:

aswaleyla said...

selamat ulang tahun . lame kott 5 tahun tuuu . tahniah apih

Hafiz Hafizol said...

lama dah bang Pih x tulis entry baru. akhirnya tulis juga. rindu dah ke entry2 Bang Pih. haha

Qisse Karim said...

Ye...macam saya. Dr tak kawin smpai dah pregnant. Still love your writting. Keep it up bro & gud luck!

Maria Firdz said...

Dah lama juga 5 tahun tulis blog eh..

Unknown said...

selamat ulang tahun :)
aku suka matematik tapi aku tak suka sejarah.

At-Tarmizi said...

Salam singgah..saya dah follow blog awak...harap sudi follow blog saya balik ya =)

http://seronoknyermelukis.blogspot.com

Izzati Amira said...

Selamat ulangtahun.

Maths la subjek paling best. Hoooo.. sejarah memang hmmmm....

Hanis Amanina said...

paling suka matematik sbb tak payah hafal banyak T_T tapi end up masuk kos yg perlunya penghafalan sampai nak congak 21+13 pun tak lepas dah. haih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...