My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 October 2014

motif?



Kahwin memang sedap kan? Ada pasangan. Ada orang jaga pakaian, makanan, minuman. Kawan aku sendiri yang dah kahwin pernah pesan,


"Kahwin la No. Sedap wei. Kau pegang tangan bini kau, dapat pahala. Kau peluk cium dia, dapat pahala. Bersetubuh pun dapat pahala wei. Tak perlu dah nak 'Look Around' Wechat cari ayam. Kahwin je bro."


Aku anggukkan saja. Sedapnya. Ada sikit rasa cemburu tapi takkan nak tunjuk semua.




Betullah memang bila kahwin nak buat apa-apa tak ada halangan. Nak bercium ke berpeluk ke buatlah sebab memang dah dapat kebenaran. Cuma perlu ke tunjuk dekat semua kawan-kawan? Ini bukan cerita kawan aku dekat atas tapi kisah kawan lain yang dah lama aku pendamkan.


Aku suka tengok pasangan yang update status tengah makan dengan pasangan dia dekat restoran sekian-sekian. Aku kalau boleh nak 'Like' banyak kali bila ada pasangan yang letak gambar dia sekeluarga dengan anak-anak tengah main dekat taman permainan. Memanglah sedap bila dapat banyak komen puji-pujian. Memanglah sedap bila dapat banyak 'Likes' dan rasa diperhatikan. Tapi kalau sampai benda dalam selimut pun nak diceritakan, rasa meluat orang yang tengok pun timbul perlahan-lahan.


Motif apa tulis berapa round main semalam? Motif apa bagitahu 'burung' suami boleh masuk berapa dalam? Motif apa letak gambar kain batik dan kain pelikat dekat hujung tilam? Aku bukan marah tapi geram.


Benda-benda macam ini bahaya. Kalau ada orang cemburu tak apa, tapi kau secara automatik buat orang berfantasi lebih jauh dari sepatutnya. Sebab lelaki dia tak baca saja-saja. Biasanya dia akan terbayang apa dia baca. Kalau tak takkanlah cerita Cikgu Suraya boleh jadi popular masa 10 tahun lalu di kalangan remaja.


ps: Sebulan blog tak berupdate. Sibuk dengan duniawi. Sorry ;)



6 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

Salam blogwalking here :)

betul betul! cerita dalam kain simpan sendiri2 la haihhh

btw apa cerita cikgu Suraya?? 0_o

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Zayani Zulkiffli said...

Kite ada kawan yg dah kawen, then upload gambar die ngan husben die kiss. Caption "kiteorng dah halal, jangan bash". hahaha. Annoying gila.

http://nurulzayani.blogspot.com/

Izzati Amira said...

eh eh.. motif?? motif mana motif cerita dalam kain pun nak cerita nih? adoi.

-HN- said...

Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com

jaymiee said...

jaga rahsia sesama sendiri sudah semestinya....tapi ia akan jadi lain bila dah takda persefahaman kononnya...aptb

Najib Ariyan said...

Salam kenal dan salam singgah

saya setuju... cerita lah yg baik2 saja... bukan cerita yg atas katil... dari dapat pahala mungkin dapat bala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...