My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 September 2010

first anniversary bernafas dalam ego



Kunkun!!



Hari ni genap setahun kelahiran blog aku ni. Bermakna dah setahun aku menjadi blogger secara serius. Ceh serius la sangat kan.


Pada hari ini masa tahun lepas, blog ni kosong. Terkapai-kapai aku cari maksud 'blogwalking' dan 'exchange link'. Masa tu nak buat ayat berkelip-kelip macam entry Kenapa Apih El Nino Jiwang ni pun aku tau reti.

365 Days of Art | Blog is art and blogger is their masterpiece


Blog ni lah mangsa bila aku marah. Walaupun aku marah kat orang lain macam entry Aku Benci Pakcik Bajet Hebat, blog ni yang kena. Tapi aku tak lupa blog ni bila aku happy. Kalau tak, aku tak buat entry panjang lebar macam Aktiviti Mandi Air Terjun Masa Cuti dan A Journey of Friendship.


Bila aku sedih, aku menulis kat blog ni untuk kuatkan hati aku macam entry Al-Fatihah Noor Raheda ni. Bila aku bosan, blog ni jugak yang kena publishkan entry bosan macam I Want My Yoshida ni. Hahaha.

So Happy Together | Me and you and you and me


Dalam masa setahun, banyak kali aku kena perli sebab tak pernah tukar layout. Aku tetap guna layout Blogspot bagi ni. Dah memang aku suka layout simple camni nak buat camne. Aku tulis blog sebab nak isi masa lapang je bro, bukan nak masuk Miss Universe sampai nak melawa-lawa ni. Oh ya,dia cakap layout yang stylo dapat tarik lebih ramai visitor. Takpe la. Thanks for the info. Aku rasa header picture aku tu lagi stylo.


Aku pun pernah kena sound terang-terangan kat sebuah blog sebab aku tak follow dia balik. Sorry bro, aku tak minat gaduh dalam ni. Kalau nak gaduh depan-depan la. Maka dengan jujurnya aku buat entry Ramai Follower Tak Bermakna Bagus. Tu lah entry paling ego dari aku.

Just Be Yourself | You can do something better than other


Aku dah buat Fan Page Bernafas Dalam Ego kat Facebook. Aku tau aku tak layak nak ada Fan Page tapi sebab ada kawan aku mintak, dia takde blog so aku buatkan la. Korang jangan ingat aku promote Fan Page aku pulak ni. Aku bagitau je. Bukan promote. Jangan cakap aku tak bagitau pulak ni.



Happy Anniversary to you.


Kunkun!!




26 September 2010

tips online banyak YM sekaligus



Kunkun!!


*YM ialah Yahoo Messenger, bukan Yang Mulia*



Anda ada 2 YM tapi boleh online 1 je dalam satu masa? Atau anda ada 2 YM tapi terpaksa online 1 lagi YM kat Meebo.com? Atau mungkin anda ada 3 YM tapi terpaksa online dekat Meebo dan Email? Kini kami ada penyelesaiannya. Camne? Boleh jadi promoter tak? Hahaha.


Bila anda ada blog, atau Facebook, anda mesti ada Email kan? Apa guna ada email tapi takde YM kan? Tapi camne kalau anda ada 2 YM account dan nak online kedua-duanya sekali?


Sekarang aku nak tunjukkan camne anda boleh online dua, atau sembilan, atau 57 YM sekaligus. Cara dia mudah je. Kita buat step-by-step okay.


1. Klik 'Start' kat bahagian bawah kiri skrin.



2. Untuk pengguna Windows 7, taip regedit kat bahagian Search tu.
Untuk pengguna Windows XP, taip regedit kat bahagian Run.



KALAU ADA CONFIRMATION USER ACCOUNT CONTROL, CLICK YES


3. Bila keluar Registry Editor, click HKEY_CURRENT_USER.



4. Kemudian click Software.



5. Click Yahoo.



6. Click Pager.



7. Cari folder Test. Right click folder Test tersebut, pergi kat New dan pilih DWORD Value.



8. Dia akan keluar Value baru kat sebelah tu dan rename as Plural.



9. Right click Plural tersebut dan pilih Modify...



10. Tukar Value Data sebagai 1 kalau anda nak tambah 1 lagi YM. Kalau nak tambah 2 lagi YM, tukar je jadi 2. Bergantung pada berapa YM anda nak bukak dalam satu masa.



11. So lepas ni anda boleh online sebanyak mana YM anda sekaligus.




Selamat mencuba!!!


Jangan tanya aku camne nak duplicate Skype atau Oovoo sebab aku tak ingat dua-dua password benda tu. Password YM je yang aku ingat. Hahaha.



Kunkun!!





24 September 2010

sikap beberapa pengguna facebook






Kunkun!!



Hari ni Facebook memang satu benda penting. Daripada Perdana Menteri kita sampailah ke budak sekolah rendah pun ada Facebook. Selain tujuan untuk keep-in-touch antara satu sama lain, Facebook juga salah satu medium untuk mencari kawan baru. Tapi selama aku main Facebook ni ada la sesetengah pengguna yang kadang-kadang buat aku angin sikit.


Facebook | Bye Myspace Bye Friendster


Komen satu persatu di wall post
Contohnya Xiana Xain komen kat wall post Ezza Fariza. Pastu Ezza Fariza pulak balas kat wall post Xiana Xain. Kemudiannya Xiana Xain tulis lagi kat wall post Ezza Fariza tu. Kalau Xiana Xain dengan Ezza Fariza tu dua-dua friend aku, alamatnya penuh la kat Home Facebook aku komen diorang. Sepatutnya balas kat wall post yang pertama tu dah la.


Selalu tukar nama Facebook
Dulu masa World Cup, sibuk letak nama player bola sepak. Mahmud Ozil la, Rogayah Van Der Vaart la. Pastu bila raya tukar nama kuih raya pulak. Kadang-kadang benda ni kelakar tapi kebanyakannya menyusahkan la bila nak cari nama kawan kita tu.


Main game atau kuiz kat Facebook
Yang ni tak kisah sangat la kan. Hak masing-masing nak main apa. Nak berkebun ke bela ikan ke apa. Tapi bila kalah je, bila dapat markah kuiz rendah je terus marah-marah. Siap mencarut lagi. Kau mencarut dah satu dosa, aku yang menyebut ni pun sama-sama dapat dosa.


Invite join group atau Fan Page yang entah apa-apa
Sekarang ni semua benda ada kat Facebook. Kalau tak suka orang tu kita buat je page "I Hate Sape-sape Kita Nak" kan? Pernah terjadi ada budak sekolah rendah ni gaduh dengan kawan dia nama Akim pastu dia buat page "Kami Benci Akim Rahman". Then dia invite aku. Sorry dik abang kenal Akim AF je. Hebat giler cara budak-budak sekarang gaduh. Hahaha.


Tag gambar yang takde kena mengena
Upload gambar baju raya. Gambar tu dia sorang je. Tapi habis dia Tag kawan-kawan dia. Konon-konon nak suruh orang komen. Hello ni Facebook la bukan Myspace. Takde istilah "Please comment my pic" kat Facebook ye.


Tag gambar atau iklan produk
Yang ni mesti ramai pernah kena. Memang la Facebook ni salah satu platform untuk business online tapi agak-agak la kan. Aku pernah kena tag kat gambar coli bersaiz 34B. Serius hilang macho aku sepanjang hari tu. Cepat-cepat aku remove tag.


Update status Facebook setiap masa
Pukul 9.00 pagi tulis status "Bangun awal nak tengok Ninja Boy". Pukul 11.00 tulis status "Perut dah berbunyi". Pukul 2.00 petang tulis status "Mata dah mula kuyu". Pukul 2.30 tulis lagi status "Tak jadi tidur nak tengok Sinetron Indonesia". Pernah aku terbaca status "Bosannya hari ni. Takde apa yang menarik untuk dibuat status". Weh tu pun nak tulis ke!! Pergi main Twitter la.


Tapi nasib baik la sekarang notifications Facebook dah disekalikan. Maknanya untuk satu gambar kalau ada 40 komen, tetap berada pada 1 notification. Kalau tak, lagi sakit hati la bila tengok ada 40 notification untuk 1 gambar yang takde kena mengena dengan kita.


Anda pengguna Facebook yang macam mana?



Kunkun!!




20 September 2010

raya yang tak macam tahun lepas






Kunkun!!



Raya aku tahun ni tak sama macam raya tahun lepas. I miss her.



I Love You | Don't forget that. Ever.



Oh ya. Tu rambut pendek aku. Sambungan dari tips rambut cepat panjang.
Kira ni entry 2 dalam 1 la ye. Hahaha.



Mood jiwang. Please stay away from me.
Aku nak mood update blog. Bukan mood jiwang.





Kunkun!!





02 September 2010

kenapa anda perlu klik nuff saya








Kunkun!!



Pagi semalam saya pergi cari baju raya. Ingat nak shopping la kononnya. Tapi tak jadi. Orang ramai sangat. So saya nak balik rumah saya. Memang la rumah saya takkan rumah awak kan? Semangat sangat saya nak balik sebab teringat kat blog saya dan blogger-blogger lain. Pastu nak blogwalking lagi nak klik Nuffnang korang lagi. Maka saya memecut laju kereta saya.


Vroooom vrooooom vrooooom...... Saya potong kereta-kereta lain. Kereta Lancer depan saya pun saya potong. Sebab dia tengah berhenti. Tiba-tiba....


"Praaaaakkkkkk!!!!!!"


Saya tengok plat depan kereta saya tu patah. Mungkin sebab saya memandu terlampau laju sehingga ia berlanggar dengan angin lalu patah.


Too Fast Too Furious | Kelajuan mampu membunuh


Maka saya terpaksa pergi ke kedai buat plat. Takkan nak pergi kedai burger kan. Saya buatlah plat yang baru. Tapi takkan nak buat plat depan je kan. Terpaksa la buat depan belakang. Barulah serasi dan sehati berdansa.


Super Duper WLF 4492 | WLF okay bukan WTF


Maka berduyun-duyunlah duit saya keluar seperti orang menyerbu bazar Ramadhan. Sebab itulah anda kena klik iklan Nuffnang yang keluar kat blog ini untuk sama-sama dengan saya claim balik duit yang keluar itu.


Kalau jumpa kereta ni tengah jalan jangan lupa tegur ye. Hahaha.



* Guna panggilan 'saya' untuk menagih simpati (-_-") *


*Serius annoying entry ni*



Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...