My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

26 March 2011

sebenarnya siapa aku di hati mu





Kunkun!!



"Anata wa watashi no honno ichibu shika shiranai
Kachihokoru you ni warawaretemo sore hodo iya jyanai yo..."


Lantang telefon bimbit di atas meja berbunyi menandakan satu mesej diterima. Sepantas kilat aku membukanya. Dua tiga minggu ni aku mengharap mesej dari seseorang tapi kali ni mesej itu bukan dari dia. Aku mengeluh panjang melihat nama penghantarnya. Tapi aku tersenyum membaca mesej ringkas dari dia.


"Awak, saya rindu awak."


Beberapa kali aku menaip mesej sebagai balasan. Tapi semua aku delete balik. Mungkin kesalahan besar membalas mesej-mesej rindu kepada seseorang berstatus kekasih orang. Haishhhh....

Confused Condition | It's not easy to be me


Bila aku berkata-kata, kau pun lantang berkata-kata. Bila kau bersuara, aku tetap mendengar supaya tenang kau merasa walaupun sebenarnya aku tiada masa. Pernah sekali aku perlukan kau bila aku nak luahkan rasa hati tapi pernahkah kau ada di sisi? Dan bila kau perlukan aku, aku setia menunggu. Aku tahu kau tak pernah berusaha melihat ke mata aku bila aku kaku dan kelu melihat kau. Tapi kau tetap pergi bila aku perlukan seseorang untuk meluahkan rasa sakit dalam hati.


Susah sangat aku nak faham keadaan ini. Dia sudah ada kekasih hati tapi masih mencari aku lagi. Sebenarnya siapa aku padanya? Mungkin selain aku, ada ramai lagi temannya yang aku tak kenal bernasib serupa. Aku hanya diperlukannya bila tiada lagi teman bermain. Ahhh... Begitulah aku padamu. Tapi aku dan kau tetap kawan. Bukan kekasih gelap. Bukan anak ikan.

I Am Not Alone | Loneliness are always with me


Mungkin betul, hidup adalah pentas drama. Drama yang tiada plot dan skrip.
Kita pelakonnya. Kita yang menjayakan, atau merosakkannya.


Kunkun!!




25 March 2011

apa kesan tv kepada semua manusia





Kunkun!!



Simple update, simple video, simple message. Watch this :)




Faham tak? Simple je message dia. Setiap orang tiru semua yang TV tunjuk. Budak gemuk tu akhirnya jeles bila TV dah rampas kawan baik dia. So, abaikan TV, lebihkan masa dengan orang tersayang. Abaikan Internet juga.


Dan final part memang terbaek! Sampai sekarang aku masih fikir dari mana sumber elektrik diorang dapat? Dalam gua tu. Hahaha...


Tak perlu hancurkan TV anda. Tak perlu hancurkan laptop anda. Cuma keluar dari rumah, tengok langit, tengok pokok, tengok alam sekitar. Takkan tak tahu bahaya kalau menghadap skrin setiap masa? Betul tak Nadiah Roslan?


Kunkun!!



23 March 2011

abang apih seks tu apa?






Kunkun!!


Pagi tadi lepas sarapan, mak sepupu aku hantar anak dia kat rumah nenek aku. Pengasuh dia tak sihat jadi dia tumpang tinggal anak dia kat sini sementara dia pergi kerja. Dua orang anak dia. Umur 3 tahun sorang, 5 tahun sorang. Dua-dua perempuan. Alissa dan Alia.



Alya : Abang Apih, pita rakaman tu apa?
Aku : Pita rakaman tu macam DVD la. Yang tengok kat TV tu.
Alya : Anwar Ibrahim ni sape?
Aku : Dia ahli politik. Menteri kat Malaysia ni.
Alya : Wan Azizah ni siapa pulak?
Aku : Tu isteri dia. Anwar tu suami dia.
Alya : Oooo... Abang Apih, seks tu apa?
Aku : Errr.... Seks tu... Cara buat anak kot. Tak reti la nak explain.
Alya : Oooo... Pelacur tu apa pulak?
Aku : Errr... Pelacur tu perempuan yang buat kerja tak elok dengan lelaki.
Alya : Tersebar tu macam mana pulak?
Aku : Tersebar tu macam kantoi la. Orang tahu rahsia dia.
Alya : Jadi maksud surat khabar ni, DVD Anwar Ibrahim buat anak dengan pelacur Cina kantoi la kan?
Aku : Haaaaa... Yelah yelah. Apa-apa je la Alya. Dah nak tidur ni!
Alya : Satu lagi Abang Apih. Kejap la.
Aku : Apa lagi?
Alya : Abang Apih ada tak DVD buat anak?
Aku : Eh?? (Terkejut) Takde. Abang Apih tak kahwin lagi la.
Alya : DVD mama dengan papa Alya ada tak?
Aku : Tak tahu. Karang Alya tanya la dia lepas balik kerja. Dah nak tidur ni.
Alya : Okay.


Alya keluar pergi bermain dengan adik dia. Aku berfikir sejenak. Budak sekarang, umur 5 tahun dah tahu perkataan seks. Memang tak salah, tapi macam terlalu awal. Tak hairanlah budak sekolah rendah pun dah pandai couple. Aku dulu? Nak sebut 'cinta' pun segan, apetah lagi 'seks'. Jakun kan? Hahaha...



Kotor sungguh politik Malaysia. Sebab tu aku tak minat.


ps : Entah apalah jawapan mama dengan papa Alya tu karang. Haishhh...


Kunkun!!



21 March 2011

pocong itu mengganggu pocong lain




Kunkun!!


Malam itu malam terakhir kami di kem. Esok pagi semua akan meninggalkan Kem Cahaya Gemilang Cherating selepas 70 hari mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2007.


Malam itu malam terakhir kami bersama.
Sejak petang, satu perancangan rapi dilakukan sebilangan pelatih lelaki Dorm L2, dorm aku. Kami akan 'kacau' pelatih-pelatih Cina. Semua orang akan rasa megah dan berani bila berada dalam satu kumpulan besar kan?



Tepat 11.00 malam, selepas lampu dipadamkan, kami berkumpul di hujung dorm. Beberapa pelatih bermain gitar untuk mengaburi mata pelatih Cina ketika yang lain sibuk menyiapkan 4 pocong iaitu Ery, Mie, Pedi dan Apis.



Selang satu jam, dorm menjadi sunyi. Aku menjadi umpan untuk meninjau keadaan pelatih Cina. Malam itu, mereka memilih untuk merapatkan katil dan tidur beramai-ramai. Taklah ramai sangat, 8 orang je.


"Lai? Tin Wei? Yao Ming? Yik?"


Tiada jawapan. Sah semua dah tidur. Aku memberi isyarat 'Okay' kepada 4 pocong yang terus melompat menghampiri katil pelatih Cina. Aku berundur dan duduk di celah katil tidak jauh dari katil tadi. Aku nampak Hisham duduk di celah katil yang setentang dengan katil pelatih Cina tadi. Pelatih lain turut sama bertenggek menyaksikan pocong-pocong tadi.



Oleh kerana pocong-pocong tadi diikat erat tanggannya, maka mereka hanya dapat mengejutkan pelatih Cina dengan cara meniup muka mereka. Selang beberapa saat, Yao Ming terjaga.



"Haiiiiiyyyyooooooooooo..........."



Kuat jeritan Yao Ming. Dia duduk dan tunduk membacakan ayat apa entah dalam bahasa Cina. Aku tak tahu siapa yang kacau Yao Ming sebab solekan mereka semua sama. Cuma aku kenal Pedi, sebab dia sedikit gempal. Kami semua menahan gelak sebab bimbang akan disedari Yao Ming dan jurulatih yang tidur di bilik sebelah. Kelihatan Hisham menutup mukanya dengan selimut, Dafi menggigit bantal dan macam-macam lagi reaksi menahan gelak.



Yao Ming terus membaca ayatnya. Tiba-tiba Faizal membisik,


"Tadi kita mekap berapa pocong?"
"Empat."

"Bukan lima ke?"

"Empat la! Ery, Apis, Mie, Pedi."

"Kejap. Aku nampak ada 5 pocong kat situ."

"Satu. Dua. Tiga. Empat. Eh lima?!!"

"Apih... Aku nak lari...."


Suara Faizal terketar-ketar. Aku rasa macam blur kejap. Kelima-lima pocong melompat-lompat sekeliling katil. Beberapa pelatih beralih tempat berkumpul di hujung dorm. Mungkin sebab bosan, atau takut melihat satu lagi pocong. Faizal mengajak aku pergi berkumpul dengan pelatih lain tapi aku tolak. Aku suruh Faizal teman aku kat situ. Akhirnya ke semua pocong tadi melompat-lompat ke 'markas' kami. Semasa melompat melintasi aku dan Faizal, memang sah ada 5 pocong! Aku dan Faizal mengikut dari belakang perlahan-lahan. Hisham juga mengikut di belakang kami.


Satu lampu dibuka bagi mencerahkan suasana. Para pocong menanggalkan kain kapan putih mereka yang disapu cat, kicap, lumpur dan sos tomato. Sah! Ada 4 pocong. Jadi siapa pocong yang kelima tadi?


Hisham memberitahu dia menutup muka dengan selimut bukan sebab menahan gelak tapi sebab takut melihat pocong yang sebenar muncul di depan matanya. Pelatih-pelatih lain memberitahu mereka beralih sebab takut melihat pocong yang bertambah secara tiba-tiba.




Aku dan Faizal melopong. Keempat-empat pocong tadi bertanya antara mereka. Mereka tak sedar ada pocong lain dengan mereka mengganggu Yao Ming tadi.


"Manalah aku tahu yang mana real dengan tak. Muka sama je!"


Keesokannya, kami berangkat pulang ke rumah masing-masing dengan pelbagai kenangan dan persoalan. Itulah salah satu antara 'makhluk' yang aku jumpa masa kat kem PLKN tu.


KCGC in memories. I miss all my friends there.


Kunkun!!



20 March 2011

berhenti berharap pada taylor swift



Kunkun!!


Tak salah kalau seseorang lelaki normal mengambil tahu tentang artis yang dia minat. Tak kiralah artis lelaki atau perempuan. Aku minat Taylor Swift. Aku suka lagu-lagu dia. Aku kagum dengan lirik-lirik dia. Aku pernah berangan kalau aku jadi boyfriend Taylor Swift. Tapi mustahil. Sebab taste Taylor Swift ni pelik. Kenapa?


Taylor Swift : Guys whose first names start with J

Taylor Swift and Jacob Black


Taylor Swift and John Mayer


Taylor Swift and Jake Gyllenhaal


Taylor Swift and Joe Jonas


Tapi setiap perempuan, citarasa mereka tak sama. Patah hati dengan sikap Taylor Swift, aku terubat bila seorang lagi artis aku minat tak bercitarasa macam Taylor Swift. Serius aku cakap, aku minat Kim Kardashian sebab body dia. Aku tak pernah tengok dia berlakon. Aku makin minat Kim Kardashian bila aku tahu citarasa dia.


Takde J pun dalam nama aku. Takkan nak tukar Japih Jel Jino.
Aku sendiri seram nama macam tu. Hahaha...

Kim Kardashian : Athletes


Kim Kardashian and Miles Austin


Kim Kardashian and Kris Humphries


Kim Kardashian and Reggie Bush


Aku atlet. Main sukan. Pemenang tempat kelima Pertandingan Merentas Desa masa sekolah dulu. Kim jom couple? Hahaha...


Ini entry mengarut okay. Hahaha...


Kunkun!!



18 March 2011

kenapa tuhan tak balas on the spot?


Kunkun!!


Pernah aku buat entry, aku cakap aku tak suka orang tabligh bagi ceramah kat aku. Betul. Tapi aku lagi tak suka orang yang berbangga-bangga bila dia selalu buat amal. Jenis manusia yang suka membanding amal ibadat dia dengan orang lain.


Sebagai remaja, aku tahu aku perlu hormat orang lebih tua. Tapi hormat aku bersyarat. Aku akan hormat kalau dia hormat aku. Win win situation. Tapi semalam tak.



Pakcik : Tengok surat khabar ni. Padan muka Jepun.
Aku : Nak buat macam mana Tuhan nak uji.
Pakcik : Betul. Tuhan bagi on the spot je balasan Dia.
Aku : Nasib baik kita tak kena macam tu.
Pakcik : Kalau kena, pakcik sempat lari.
Aku : Eh? Semua matilah kalau kena pakcik.
Pakcik : Pakcik sempat la naik kapal terbang. Kau la mati dulu.
Aku : Airport pun tutup masa ni pakcik. Haha...
Pakcik : Haha... Kau buatlah amal banyak-banyak. Senang nanti.
Aku : Pakcik pun sama. Mungkin pakcik pergi dulu sebelum saya. Haha...
Pakcik : Sedap mulut kau budak. Aku dah banyak pahala! Kau?
Aku : Tapi pakcik tetap masuk neraka. Cakap macam takde dosa je!
Pakcik : Kurang asam kau ni! Mak bapak kau tak ajar hormat orang ke?!
Aku : Sorry pakcik. Dia suruh hormat orang yang tak berlagak je.
Pakcik : Celaka! Pergi neraka la kau!
Aku : Takpe. Kawan-kawan saya ramai kat situ.
Pakcik : (Bangun. Terus pergi dari situ)


Aku hairan. Kalau betul macam dia cakap, Tuhan balas on the spot, mesti dia tak riak macam tu. Kalau tak, mesti Tuhan balas kat situ jugak dosa dia. Mungkin Tuhan akan hilangkan kereta dia lepas dia riak macam tu. Bayangkan, sekali kau tak sembahyang, Tuhan tak bagi kau makan sehari. Tapi Tuhan tak buat macam tu.



Sebenarnya, tak kiralah dalam dunia ni, kau sembah Allah ke, Dewa ke, Jesus ke, semuanya sama. Maksud aku, Tuhan takkan balas dosa kau selepas kau buat dosa tu. Samalah macam kau buat pahala. Katakanlah lepas setiap kali sembahyang Tuhan bagi kau duit RM100, mesti ramai yang rajin sembahyang sampai sembahyang sunat pun dia buat.


Kenapa Tuhan tak balas on the spot? Aku tak tahu.
Aku bukan remaja Islam contoh. Serius.


ps : Aku rasa macam tak layak je nak tulis entry keagamaan macam ni. Sorry. ps : Mama dan papa pergi umrah tadi. Semoga dipermudahkan olehNya.


Kunkun!!



15 March 2011

budak lelaki dan iphone kaki lima



Kunkun!!


Aku suka duduk di kaki lima. Entah kenapa, tapi aku suka. Aku suka tengok ragam manusia. Banyak kisah benar berlaku dan ramai saksinya.
Watak cerita mungkin berubah, tapi ceritanya sama.



Hari itu, aku duduk di kaki lima. Tak jauh dari aku, ada kedai telefon bimbit. Si anak dan si ayah meneliti satu persatu telefon di dalam cermin kaca.
Nampak gaya macam orang kaya.


Anak : Abah, nak Iphone.
Ayah : Tak payahlah. Mahal sangat tu.
Anak : Tapi kawan abang ada pakai. Best je tengok.
Ayah : Nanti rosak mahal nak repair.
Anak : Abang jaga betul-betul mesti tak rosak.
Ayah : Tahun depan kalau abang dapat 5A, abah bagi Iphone ni.


Senang. Sangat senang kehidupan zaman sekarang. Seorang kanak-kanak akan memiliki Iphone hanya dengan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Sedangkan orang bekerja seperti aku terpaksa menagih simpati untuk membeli Iphone tu.


10 tahun yang lalu, semasa aku mengambil UPSR, ibu bapa hanya menjanjikan duit RM100 sebagai hadiah. Hari ini, ibu bapa menjanjikan sebuah Iphone. 10 tahun akan datang, mungkin anak aku akan mintak sebuah kereta sebagai hadiah UPSR. Serba laju hidup kita hari ini.



Budak kecik, dulu masa aku sebaya kau,
kami semua berebut nak dapatkan Nokia 3310, bukan Iphone!




ps : Tak guna hidup serba laju tapi trafik macam kura-kura.
Sebab tu aku lebih suka duduk di kaki lima.



Kunkun!!



13 March 2011

encik musa entry ini untuk awak





Kunkun!!


Sudah beberapa kali aku berhadapan dengannya. Dia sentiasa segak dan kemas. Uniform biru yang membaluti tubuh tegapnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Tapi tidak aku. Aku pernah membenci orang sepertinya. Mungkin kawan dia.


Aku perasan, sejak beberapa hari pada minggu lepas, dia selalu datang berjumpa dengan aku. Aku ingat lagi detik awal perkenalan kami. Dia bertanya aku merokok atau tak. Aku jawab tak. Dia terus memberitahu kesan buruk rokok kepada remaja sepertiku. Seakan-akan dia terlalu mengambil berat tentangku. Aku sebenarnya dah tahu kesan buruk itu tapi tetap melayannya kerana dia pelangganku. Layanan sekadar ambil hati dia.


Hari itu, dia menegurku sambil tersenyum. Aku seperti biasa, melayan acuh tak acuh. Tapi kali ni layanannya lain. Aku hairan. Dia bercakap tentang sikap remaja tak mematuhi undang-undang kerajaan. Mungkin perasan aku tak melayannya sebaik semalam, dia melangkah pergi. Kelihatan perasaan hampa mengiringi langkahnya. Aku melihatnya dari jauh. Dia menuju ke keretaku. Dan menyelitkan sehelai kertas di cermin keretaku.



Angin kuat membuatkan kertas itu melambai-lambai meminta aku mengambilnya. Aku biarkan sahaja. Kalau hujan lebat sekalipun, aku akan biarkan kertas itu basah. Macam-macam taktik bila orang nak berkenalan. Itu kata hatiku. Dia dah tegur depan-depan, aku buat tak tahu je. Mungkin hantar surat cara lebih sesuai. Dia dah perhatikan aku, mungkin mahu kenal aku dengan lebih dekat lagi. Bukan aku tak suka bila orang berminat denganku, tapi aku susah nak percaya kata-kata orang. Lebih-lebih lagi dia lelaki!!


Lelaki itu, Musa namanya. Dia selalu datang membeli di tempat aku bekerja. Muda lagi orangnya. Belum berkahwin. Selalu melemparkan senyuman. Pernah dia tolong seorang pakcik melintas jalan. Baik orangnya si Musa ni. Dia tak merokok. Dia tak pernah mintak plastik begi bila membeli. Dan dia tak pernah beli topup. Aku tahu dia mampu menarik perhatian ramai gadis. Tapi kenapa aku yang dia pilih?



Habis kerja petang tu, aku melangkah ke keretaku. Kertas pink yang diselit Musa tadi aku ambil. Aku masuk ke dalam kereta dan membacanya satu persatu.


"Hampeh kau Musa. Punyalah ramai orang lain aku jugak yang kau pilih!!!!"


Aku dapat surat saman dari Musa, pekerja Majlis Bandaraya. WTF!


Kunkun!!




05 March 2011

lelaki memang suka tengok tetek




Kunkun!!


Perasan tak, setiap benda yang kau suka buat, ada soalan yang kau ragu-ragu nak jawab pasal benda tu. Contoh, kau suka makan nasi goreng Pattaya. Bila orang tanya kenapa kau suka nasi goreng Pattaya, kau jawab apa? Sebab sedap? Sebab memang kau suka? Sebab kat rumah memang mak kau masak menu tu setiap malam?


Kenapa lelaki suka tengok tetek perempuan? Aku gunakan tetek. Takpe kan? Aku tak tahu istilah mana paling sopan antara 3 perkataan tapi maksud sama ni. Tetek, buah dada, payudara.


Bila tengok perempuan, mula-mula lelaki tengok muka. Yang kedua, tetek. Itu perkara wajib. Yang nombor tiga dan seterusnya tak wajib sebab ada yang tengok bontot, body, rambut atau kawasan larangan lain perempuan. Aku ada kawan suka tengok kaki perempuan. Tapi tetap tengok tetek dulu.



Kenapa lelaki suka tetek? Aku sendiri takde jawapan yang tepat. Sebab tetek itu diusung ke sana ke mari oleh perempuan. Jadi mungkin perempuan lebih tahu. Ada lelaki suka tengok tetek lelaki? Okay. Memang ada. Tapi tu kes lain. Kes terpencil.


Kenapa lelaki suka tengok orang modified kereta? Sebab lelaki akan dapat tengok pelbagai jenis dan bentuk kereta yang ada. Pergi Autoshow, tengok kereta Subaru, komen sikit-sikit lepas tu tengok kereta lain, komen lagi. Samalah macam tetek. Tengok tetek perempuan A, komen sikit, kecik sangat la, tak padan dengan body la, terbaik dari ladang la, jatuh la. Lepas tu tengok tetek perempuan B pulak.


Tapi jangan tak tahu, perempuan pun suka tengok tetek kaum mereka sendiri. Tak semua, tapi ada. Lepas tu komen. Sama macam lelaki. Tapi komen perempuan lebih membina. Kalau jatuh, dia boleh huraikan kenapa tetek tu jatuh. Dari cara pemakanan sampai cara pemakaian coli. Ada lelaki tahu cara menegangkan payudara? Ada tu memang ada. Tapi lelaki hanya tahu satu cara. Perempuan tahu banyak cara. Sebab apa? Sebab tu abdomen mereka. Lelaki hanya sibuk-sibuk jaga tepi kain perempuan. Ini semua ilmu, kata lelaki. Memang ilmu, tapi boleh digunapakai untuk 'nakal-nakal' jugak kan?



Lelaki memang suka tetek. Dan lelaki memang pervert. Jadi perempuan sekalian, jangan marah kalau lelaki tenung tetek kau. Kau yang tunjuk. Ada lelaki tu mintak? Lelaki memang tak tolak rezeki. Jadi perempuan, tutup dada kau. Simpan. Tunjuk kat suami dan anak kau je nanti.


Kenapa lelaki suka tetek? Sape ada jawapan lebih bernas tolong bagitahu.
Aku nak tahu sangat.


Kunkun!!



04 March 2011

ngilu dan ngeri dipikul di bahuku




Kunkun!!


Setiap tahun, selain Hari Raya dan hari jadi, ada satu lagi hari yang memang akan aku lalui. Bezanya, aku tak tahu tarikh dan masa hari tersebut. Tak macam Hari Raya, atau hari jadi yang dah tertera dalam kalendar.


Sejak 2006, hari ngeri itu datang menyapa. Semalam, hari itu bertandang lagi. Hari yang menyeksakan. Hari di mana aku merasakan bahu aku hilang. Tangan kanan aku tiada. Kosong. Hari di mana bahu aku terseliuh. Joint dislocation, kata Mat Salleh.


Penyakit tercabut bahu ini (Shoulder Joint Dislocation Disease) terjadi bila tulang tangan teralih kedudukannya dari soket bahu. Dalam ayat senang, tulang tangan 'terkeluar' dari engsel bahu. Siapa yang tak pernah rasa, bersyukurlah.



Aku ingat satu per satu tragedi 2006 itu. Beberapa hari menjelang Festival Silat, aku berlatih dengan kawan aku, Burn. Malang tidak berbau, aku terjatuh dengan teruk. Aku cuba bangun tapi gagal. Aku nampak orang-orang sekeliling berpusing-pusing. Sakit bahu memang terasa. Aku lihat bahu kananku, ada benda yang timbul. Kawan aku cakap tulang aku terseliuh teruk. Aku dibawa pergi berurut. Sakit. Sakit yang sangat sakit. Jadi setiap tahun, akan tiba masanya tulang itu tercabut semula. Masa tu, kalau pegang bahu, akan ada satu lekuk besar. Tiada tulang. Kosong. Seperti lumpuh dari bahu sampai ke tangan.


Semalam, aku ada lawan futsal. Aku tersilap langkah, dan tulang bahu aku terseliuh lagi. Aku mencangkung. Sakit. Aku mintak kawan aku tarik tangan aku sekuat hati, sebab tu je cara nak masukkan tulang tu balik. Kawan aku tolong. Tapi macam tak berjaya. Sakitnya tetap terasa. Sengal sangat. Ngilu. Sekarang, aku langsung tak boleh pusing tangan kanan aku ke belakang!!



Kata-kata tukang urut tu macam terngiang-ngiang di telinga aku.

"Kalau kena masa muda, sakit ni akan terasa sampai awak tua. Mungkin sampai awak mati. Kalau kena lagi lepas ni, pergi hospital jumpa doktor. Tulang terseliuh ni senang disahkan sebab boleh nampak dengan jelas. Kalau awak tengok, bahu awak pun dah tak sama tinggi..."

Tapi, aku yang degil.


Kawan-kawan aku sendiri dah berbuih mulut menasihati aku supaya pergi jumpa doktor fisioterapi. Sampai hari ni, aku tak pernah pergi. Walaupun jarak rumah aku dengan hospital tak sampai 5 kilometer.


Tapi, aku yang degil.



"Ya Allah, aku sakit. Tolong sembuhkan aku...."


Itu doaku padaNya. Itu doa seorang budak lelaki yang bila sakit, baru ingat Tuhan. Percayalah, itu aku. Doakan aku sihat kembali. Mungkin doa kamu semua lebih senang dimakbulkan dari doa orang macam aku.


Kunkun!!



03 March 2011

ini cerita kanak-kanak sekarang




Kunkun!!


Hari aku berjalan macam biasa. Berjalan? Mungkin berlari. Terlalu cepat sehari berlalu. Berhadapan dengan seribu satu ragam makhluk bernama manusia. Macam-macam ada, itu Astro kata.


Pagi tadi, si ibu dan si anak datang membeli. Si anak, dengan seluar pendek dan baju koyak di bahu, terlopong melihat berpuluh jenis minuman dihampar dalam peti. Dan si ibu, pantas menuju ke rak roti dan mengambil salah satu darinya.

Ibu : Izzudin, mak nak bayar dah ni.
Anak : Mak, Din nak air kotak ni.
Ibu : Tak payahlah. Duit balik nanti mak nak beli ikan.
Anak : Yelah mak.



Mukanya masam. Mulutnya bermuncung panjang. Matanya boleh berair bila-bila masa saja. Marah? Mungkin. Tapi dalam hati. Si anak merajuk bila kehendaknya tak dituruti. Tapi si anak tetap berdiri di sebelah ibu, mengambil plastik besar yang membungkus roti dan membukakan pintu supaya ibunya melangkah keluar. Mereka berpimpin tangan, melintas jalan yang sibuk di satu bandaraya. Sebuah kereta mewah membunyikan hon. Kedua beranak tadi terpaksa berlari untuk mengelak rasa malu dihon. Itulah nasib si miskin di depan si kaya. Kalau tak menindas, anda ditindas. Kekejaman kehidupan masa kini.


Petang tadi, si ibu datang dengan si anak. Si ibu membelek beberapa jenis makanan. Mungkin berfikir perlu atau tidak dibeli barangan tersebut. Si anak, berdiri tegak di hadapan rak mainan. Dilihanya satu per satu. Si ibu terlebih dahulu tiba di kaunter bayaran.

Ibu : Mummy nak bayar dah ni Danny.
Anak : Danny nak kereta Hot Wheels ni ye?
Ibu : Bawak sini mummy bayar.
Anak : Nak Kinder's Bueno tu jugak!
Ibu : Yelah yelah.
Anak : Slurpee satu boleh mummy?
Ibu : Stop it Danny! Banyak dah mummy beli ni.

Mukanya masam. Mulutnya bermuncung panjang. Matanya boleh berair bila-bila masa saja. Si anak merajuk dan berlalu menunggu si ibu di depan pintu. Membiarkan si ibu membawa semua barang yang dibeli.

Ibu : Danny tolong la mummy bawak ni.
Anak : You shut up!



Si anak keluar. Masuk ke dalam kereta yang diletakkan di depan pintu kedai. Merajuk. Si ibu membiarkan.


Aku termenung. Aku ingin kaya seperti keluarga kedua tadi. Aku mahu kereta besar. Aku mahu hadiahkan handbag LV kepada isteriku. LV Original. Bukan Petaling Street. Aku mahu hidup senang tapi aku tak mahu anakku menjadi seperti anaknya, Danny. Aku nampak lencana sekolahnya tadi. Sekolah rendah lagi. Dia kanak-kanak, masih tak faham erti syukur. Itu kata aku untuk menyedapkan hati. Tapi realitinya?


Sedangkan Izzudin, si anak yang datang pagi tadi sudah kenal erti hidup. Sudah merasa kekejaman dunia. Tidak dimanja-manja. Tetap kuat walaupun ditindas. Danny kalau ditindas? Mungkin meraung menjerit nama ibu bapanya. Aku mengeluh.



Jauh mindaku melayang. Baru aku sedar, dalam masa kita bangga membina bangunan mewah kerana mahu dunia melihat kita hebat, kita terlupa masih ramai rakyat kita yang merempat. Malaysia, oh Malaysia.


ps : Kanak-kanak? Ya. Sebab kalau aku guna budak-budak, terlalu luas maksudnya. Kanak-kanak ialah budak sekolah rendah. Habis citer.


Kunkun!!





02 March 2011

nikmatnya ku rasa selepas keluar air



Kunkun!!




Malam itu aku rasa lain sangat. Memang sangat lain. Dengan bulan mengambang, angin bertiup membuat malam menjadi lebih sejuk. Tapi aku tetap hangat di dalam.


Perasaan takut yang pada awalnya menyelubungi aku, kini diganti dengan perasaan ghairah seakan-akan merestui kejadian yang memang aku nantikan selama ini. Aku langsung tiada pengalaman, hanya dengar cerita dari kawan-kawan. Dialah yang pertama bagiku. Inilah malam pertama kami. Malam menghampiri subuh. Aku masih bediam diri. Dia sekarang tidur di sisiku. Inilah masa yang sesuai. Tapi aku masih takut-takut berani.


Ahhh!! Aku lelaki. Aku mesti menjadi pemacu perjalanan kami. Aku bakal ketua keluarga. Aku mesti boleh melakukannya. Mesti dan mesti. Aku beranikan diriku. Aku pandang wajah dia. Masih sama seperti kali pertama kami berjumpa. Dia diam. Aku renung matanya yang tertutup tapi sedikit terbuka. Dia seperti sedang menunggu tindakan nekad aku.


Aku beranikan diri walaupun jantung aku macam nak pecah. Aku pegang kepalanya. Dia diam. Aku turunkan tangan ke belakang badannya. Dia diam. Aku raba sehingga mencecah bulu-bulu yang kurang lebat. Oh dia bergerak! Geli agaknya.


Aku dah tak tahan. Aku lihat punggungnya. Bulat. Besar. Aku suka. Pernah aku tengok dia berjalan, punggungnya berlenggang ke kiri dan kanan. Memang taste aku. Miang aku makin menjadi-jadi. Aku tekapkan tanganku di punggungnya yang pejal. Nafasnya semakin laju. Begitu juga aku.



Kini aku nekad. Aku pegang susunya yang memang dah lama aku impikan. Ohhhh lembutnya. Halus sungguh kulitnya. Aku ramas perlahan. Terasa pejalnya. Aku letakkan jari aku di atas putingnya. Dia menoleh ke arahku. Mungkin dia nak marah. Tapi dia tak menunjukkan apa-apa reaksi. Nafsu aku makin menggila.


Sepantas kilat, aku melutut dan aku kangkangkan kakinya dengan kasar. Aku dah tak malu lagi. Aku tak takut lagi. Aku letakkan kedua-dua tanganku di susunya. Besar dan penuh. Memang terbaik dari ladang. Aku ramas perlahan-lahan. Dia mendengus. Aku ramas lagi dan lagi. Terpancut-pancut keluar air susunya. Kini aku sudah tahu. Kini aku sudah rasa. Kini aku boleh berbangga bagaimana seronoknya memerah susu lembu.


Hahahaha... Aku takde idea hari ni. Ni je yang termampu.


Nah, hadiah sebab sudi baca sampai habis. Awek mane entah ni. Gila!




Kunkun!!



01 March 2011

oh tidak apih el nino pandai masak




Kunkun!!


Ada satu rahsia yang ramai orang tak tahu. Sebenarnya, aku pandai masak. Hehehe... Gelak cover malu. Jadi hari ni aku nak kongsi masakan yang aku pandai masak tu.


Tadaaaaaa...........



Bahan yang wajib ada
Sebuku roti (Roti canai diharamkan sama sekali)
2 biji telur yang dibasuh (Dibasuh dengan air bersih)
2 sudu kecil susu (Susu yang orang buat air Teh tu)
Secubit garam (Kadar cubitan orang dewasa)


Bahan yang ada takpe takde pun takpe
Semangkuk mangkuk (Bergantung pada keperluan)
Sepinggan pinggan (Bergantung pada keperluan juga)
Sudu atau garfu (Nak guna dua-dua pun takpe)

Bahan tambahan
Handphone Nokia N-82 battery 1 bar setengah


Langkah-langkah memasak menu ini


01 - Pecahkan telur dalam mangkuk. Tambah secubit garam untuk menimbulkan rasa ghairah semasa mengunyah nanti. Tambah dua sudu susu ke dalamnya. Diulang, tambah dua sudu susu, bukan tambah sudu. Nanti rasa sudu pulak masakan kau ni.



02 - Satukan mereka semua di dalam mangkuk itu. Jangan biarkan mereka keluar walaupun sedikit. Pastikan hasilnya berwarna kuning keputihan, bukan putih kekuningan. Kalau ada buih-buih kecil di atas permukaannya, bermakna anda semakin mencapai klimaks.



03 - Oh ya, pastikan kuali anda dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api daripada gas, bukan dari lighter. Kalau guna lighter, lepas Raya Cina tahun depan pun tak siap lagi.



04 - Sementara menunggu kuali panas, siapkan dulu sekeping roti yang dipotong dua supaya telur dapat meratakan dirinya di permukaan roti dengan penuh kasih sayang. Gunakan pisau yang memang berada di dapur, bukan pisau lipat.



05 - Bila anda yakin kuali sudah panas, letakkan sesudu Planta (Planta dalam BM amende nama dia?) di atas kuali untuk menghadirkan rasa berahi yang mampu menggugat iman orang yang menghidunya. Kalau tak tahu cara nak pastikan kuali panas ke tak, letak je tangan atas kuali.



06 - Rendam dan letakkan roti bersalut telur anda di atas kuali yang panas tadi. Teknik yang betul diperlukan semasa mengalih roti dari mangkuk telur ke dalam kuali. Jangan bagi ia menitis (menitis ke menitik sebenarnya?) sebab anda secara automatik memerlukan kain untuk mengelapnya semula.



07 - Akhirnya siaplah masakan French Toast Apih El Nino yang digemari oleh ramai artis ternama masa kini. Hahaha...



Sorry gambar aku tengah masak dan makan takde sebab aku dalam keadaan Tarzan tak bertamadun masa ni. Rambut macam singa dan tak berbaju.


Please try this at home or at your hostel.
Rancangan masakan ini dibawakan oleh Bernafas Dalam Ego.


ps : Lelaki yang pandai masak memang hot kan? Okay. Perasan.


Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...