My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

04 March 2011

ngilu dan ngeri dipikul di bahuku




Kunkun!!


Setiap tahun, selain Hari Raya dan hari jadi, ada satu lagi hari yang memang akan aku lalui. Bezanya, aku tak tahu tarikh dan masa hari tersebut. Tak macam Hari Raya, atau hari jadi yang dah tertera dalam kalendar.


Sejak 2006, hari ngeri itu datang menyapa. Semalam, hari itu bertandang lagi. Hari yang menyeksakan. Hari di mana aku merasakan bahu aku hilang. Tangan kanan aku tiada. Kosong. Hari di mana bahu aku terseliuh. Joint dislocation, kata Mat Salleh.


Penyakit tercabut bahu ini (Shoulder Joint Dislocation Disease) terjadi bila tulang tangan teralih kedudukannya dari soket bahu. Dalam ayat senang, tulang tangan 'terkeluar' dari engsel bahu. Siapa yang tak pernah rasa, bersyukurlah.



Aku ingat satu per satu tragedi 2006 itu. Beberapa hari menjelang Festival Silat, aku berlatih dengan kawan aku, Burn. Malang tidak berbau, aku terjatuh dengan teruk. Aku cuba bangun tapi gagal. Aku nampak orang-orang sekeliling berpusing-pusing. Sakit bahu memang terasa. Aku lihat bahu kananku, ada benda yang timbul. Kawan aku cakap tulang aku terseliuh teruk. Aku dibawa pergi berurut. Sakit. Sakit yang sangat sakit. Jadi setiap tahun, akan tiba masanya tulang itu tercabut semula. Masa tu, kalau pegang bahu, akan ada satu lekuk besar. Tiada tulang. Kosong. Seperti lumpuh dari bahu sampai ke tangan.


Semalam, aku ada lawan futsal. Aku tersilap langkah, dan tulang bahu aku terseliuh lagi. Aku mencangkung. Sakit. Aku mintak kawan aku tarik tangan aku sekuat hati, sebab tu je cara nak masukkan tulang tu balik. Kawan aku tolong. Tapi macam tak berjaya. Sakitnya tetap terasa. Sengal sangat. Ngilu. Sekarang, aku langsung tak boleh pusing tangan kanan aku ke belakang!!



Kata-kata tukang urut tu macam terngiang-ngiang di telinga aku.

"Kalau kena masa muda, sakit ni akan terasa sampai awak tua. Mungkin sampai awak mati. Kalau kena lagi lepas ni, pergi hospital jumpa doktor. Tulang terseliuh ni senang disahkan sebab boleh nampak dengan jelas. Kalau awak tengok, bahu awak pun dah tak sama tinggi..."

Tapi, aku yang degil.


Kawan-kawan aku sendiri dah berbuih mulut menasihati aku supaya pergi jumpa doktor fisioterapi. Sampai hari ni, aku tak pernah pergi. Walaupun jarak rumah aku dengan hospital tak sampai 5 kilometer.


Tapi, aku yang degil.



"Ya Allah, aku sakit. Tolong sembuhkan aku...."


Itu doaku padaNya. Itu doa seorang budak lelaki yang bila sakit, baru ingat Tuhan. Percayalah, itu aku. Doakan aku sihat kembali. Mungkin doa kamu semua lebih senang dimakbulkan dari doa orang macam aku.


Kunkun!!



11 comments:

Falcoa wa ! said...

haaa !padah xajk wa main futsal !hahhahaa !

yaya adhs said...

alolo.. siannye apih..semoga cepat baikk lah ye.. :)
boleh blogging racokk lagik

tika said...

g lah jmpe dktor...
maybe boleh kurangkan skit rs sakit...jgn abaikan apa yg kte nmpk remeh...selagi masih boleh usaha,maka usaha la...
menjaga pemberian Allah adalah amanah bukan?
so,tulang bahu tu adalah sebahagian dari amanah...
pape pun..moga cepat sembuh...=)

.::WaNiE::. said...

baca dari awal2 dah pelik dh pasai apa tak pi spital pasai apa pegi urut huhuhuhu

Eyda Syahida said...

g spital la pih... =.=

pelangi said...

na baik tp degil,macam mana?? ta na kene marah kan??? lw diri sendiri rase ta pape..cube pk pasal orang lain yang mungkin risau pasal kte,, like ur mom,,,

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

errr tulang terseliuh tu tak pernah rasa laaa tapi rasa kebas dr bahu kiri sampai jari tu pernah laa. mcm tgn kiri takde. erm.

hopefully cepat sembuh sepenuhnya eh??aminn~~

CN said...

hope apih cepat sihat :)

Anonymous said...

baek cpt2 g jumpe physiotherapist..nnti lame2 di biarkan lagi teruk dislocation tu..better jangan urut sangat tempat dislocation tuu takut jadi lebih teruk...^~^

Alip Apai said...

sian ko erk..tp bro..fisioterapi org x pggl doktor la..encik je

missamy said...

get well soon .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...