My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 March 2011

pocong itu mengganggu pocong lain




Kunkun!!


Malam itu malam terakhir kami di kem. Esok pagi semua akan meninggalkan Kem Cahaya Gemilang Cherating selepas 70 hari mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2007.


Malam itu malam terakhir kami bersama.
Sejak petang, satu perancangan rapi dilakukan sebilangan pelatih lelaki Dorm L2, dorm aku. Kami akan 'kacau' pelatih-pelatih Cina. Semua orang akan rasa megah dan berani bila berada dalam satu kumpulan besar kan?



Tepat 11.00 malam, selepas lampu dipadamkan, kami berkumpul di hujung dorm. Beberapa pelatih bermain gitar untuk mengaburi mata pelatih Cina ketika yang lain sibuk menyiapkan 4 pocong iaitu Ery, Mie, Pedi dan Apis.



Selang satu jam, dorm menjadi sunyi. Aku menjadi umpan untuk meninjau keadaan pelatih Cina. Malam itu, mereka memilih untuk merapatkan katil dan tidur beramai-ramai. Taklah ramai sangat, 8 orang je.


"Lai? Tin Wei? Yao Ming? Yik?"


Tiada jawapan. Sah semua dah tidur. Aku memberi isyarat 'Okay' kepada 4 pocong yang terus melompat menghampiri katil pelatih Cina. Aku berundur dan duduk di celah katil tidak jauh dari katil tadi. Aku nampak Hisham duduk di celah katil yang setentang dengan katil pelatih Cina tadi. Pelatih lain turut sama bertenggek menyaksikan pocong-pocong tadi.



Oleh kerana pocong-pocong tadi diikat erat tanggannya, maka mereka hanya dapat mengejutkan pelatih Cina dengan cara meniup muka mereka. Selang beberapa saat, Yao Ming terjaga.



"Haiiiiiyyyyooooooooooo..........."



Kuat jeritan Yao Ming. Dia duduk dan tunduk membacakan ayat apa entah dalam bahasa Cina. Aku tak tahu siapa yang kacau Yao Ming sebab solekan mereka semua sama. Cuma aku kenal Pedi, sebab dia sedikit gempal. Kami semua menahan gelak sebab bimbang akan disedari Yao Ming dan jurulatih yang tidur di bilik sebelah. Kelihatan Hisham menutup mukanya dengan selimut, Dafi menggigit bantal dan macam-macam lagi reaksi menahan gelak.



Yao Ming terus membaca ayatnya. Tiba-tiba Faizal membisik,


"Tadi kita mekap berapa pocong?"
"Empat."

"Bukan lima ke?"

"Empat la! Ery, Apis, Mie, Pedi."

"Kejap. Aku nampak ada 5 pocong kat situ."

"Satu. Dua. Tiga. Empat. Eh lima?!!"

"Apih... Aku nak lari...."


Suara Faizal terketar-ketar. Aku rasa macam blur kejap. Kelima-lima pocong melompat-lompat sekeliling katil. Beberapa pelatih beralih tempat berkumpul di hujung dorm. Mungkin sebab bosan, atau takut melihat satu lagi pocong. Faizal mengajak aku pergi berkumpul dengan pelatih lain tapi aku tolak. Aku suruh Faizal teman aku kat situ. Akhirnya ke semua pocong tadi melompat-lompat ke 'markas' kami. Semasa melompat melintasi aku dan Faizal, memang sah ada 5 pocong! Aku dan Faizal mengikut dari belakang perlahan-lahan. Hisham juga mengikut di belakang kami.


Satu lampu dibuka bagi mencerahkan suasana. Para pocong menanggalkan kain kapan putih mereka yang disapu cat, kicap, lumpur dan sos tomato. Sah! Ada 4 pocong. Jadi siapa pocong yang kelima tadi?


Hisham memberitahu dia menutup muka dengan selimut bukan sebab menahan gelak tapi sebab takut melihat pocong yang sebenar muncul di depan matanya. Pelatih-pelatih lain memberitahu mereka beralih sebab takut melihat pocong yang bertambah secara tiba-tiba.




Aku dan Faizal melopong. Keempat-empat pocong tadi bertanya antara mereka. Mereka tak sedar ada pocong lain dengan mereka mengganggu Yao Ming tadi.


"Manalah aku tahu yang mana real dengan tak. Muka sama je!"


Keesokannya, kami berangkat pulang ke rumah masing-masing dengan pelbagai kenangan dan persoalan. Itulah salah satu antara 'makhluk' yang aku jumpa masa kat kem PLKN tu.


KCGC in memories. I miss all my friends there.


Kunkun!!



9 comments:

Eyda Syahida said...

saya suke belog apih. salah satu sebab adalah gambar yamapi salu ade.
[skema punye ayat. =.=]

Atsuko Ichirou said...

ha...tu la...
nakal sangat...amek kau

Aini Adam said...

aduhhh..ni yg wak saye takut nk pegi plkn ni..da la kena tangguh sbb group 3..masuk plkn nnti msti saye tua dr org lain~ LOL

ainraus said...

hahahha. biasalah. korang nak bermain. dia pun nak join. :)

.F.e.Q.a.H. said...

terus hilang rasa seram bila nampak yamapi...kekeke

PUCCAnis said...

wuuuuu......braninye pocong yg 4 tuh..hak lain 2 sek bek x sawan ke kancing gigi ke..dasat owh

pelangi said...

amek kau jajan,,nak sangat
ahaah

pelangi said...

amek kau jajan,,nak sangat
ahaah

kupu-kupu_cinta said...

hahhaaha nakal btul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...