My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 March 2011

kenapa tuhan tak balas on the spot?


Kunkun!!


Pernah aku buat entry, aku cakap aku tak suka orang tabligh bagi ceramah kat aku. Betul. Tapi aku lagi tak suka orang yang berbangga-bangga bila dia selalu buat amal. Jenis manusia yang suka membanding amal ibadat dia dengan orang lain.


Sebagai remaja, aku tahu aku perlu hormat orang lebih tua. Tapi hormat aku bersyarat. Aku akan hormat kalau dia hormat aku. Win win situation. Tapi semalam tak.



Pakcik : Tengok surat khabar ni. Padan muka Jepun.
Aku : Nak buat macam mana Tuhan nak uji.
Pakcik : Betul. Tuhan bagi on the spot je balasan Dia.
Aku : Nasib baik kita tak kena macam tu.
Pakcik : Kalau kena, pakcik sempat lari.
Aku : Eh? Semua matilah kalau kena pakcik.
Pakcik : Pakcik sempat la naik kapal terbang. Kau la mati dulu.
Aku : Airport pun tutup masa ni pakcik. Haha...
Pakcik : Haha... Kau buatlah amal banyak-banyak. Senang nanti.
Aku : Pakcik pun sama. Mungkin pakcik pergi dulu sebelum saya. Haha...
Pakcik : Sedap mulut kau budak. Aku dah banyak pahala! Kau?
Aku : Tapi pakcik tetap masuk neraka. Cakap macam takde dosa je!
Pakcik : Kurang asam kau ni! Mak bapak kau tak ajar hormat orang ke?!
Aku : Sorry pakcik. Dia suruh hormat orang yang tak berlagak je.
Pakcik : Celaka! Pergi neraka la kau!
Aku : Takpe. Kawan-kawan saya ramai kat situ.
Pakcik : (Bangun. Terus pergi dari situ)


Aku hairan. Kalau betul macam dia cakap, Tuhan balas on the spot, mesti dia tak riak macam tu. Kalau tak, mesti Tuhan balas kat situ jugak dosa dia. Mungkin Tuhan akan hilangkan kereta dia lepas dia riak macam tu. Bayangkan, sekali kau tak sembahyang, Tuhan tak bagi kau makan sehari. Tapi Tuhan tak buat macam tu.



Sebenarnya, tak kiralah dalam dunia ni, kau sembah Allah ke, Dewa ke, Jesus ke, semuanya sama. Maksud aku, Tuhan takkan balas dosa kau selepas kau buat dosa tu. Samalah macam kau buat pahala. Katakanlah lepas setiap kali sembahyang Tuhan bagi kau duit RM100, mesti ramai yang rajin sembahyang sampai sembahyang sunat pun dia buat.


Kenapa Tuhan tak balas on the spot? Aku tak tahu.
Aku bukan remaja Islam contoh. Serius.


ps : Aku rasa macam tak layak je nak tulis entry keagamaan macam ni. Sorry. ps : Mama dan papa pergi umrah tadi. Semoga dipermudahkan olehNya.


Kunkun!!



11 comments:

~CiK TiNieY~ said...

Its ok...kenapa selalu cakap tak layak? bukankah ingat mengingati tu amalan yang baik? kamu dah kumpul pahala kan?..;)

tentang pakcik tu, mmg tak patut dia cakap gitu...mungkin bila kamu dh tegur dia,dia akan fikir balik lepas tu..siapa tahu kan? mohon dia diberi hidayah terhadap apa yg telah dia perkatakan...

kdg2 apa yg kita tak suka, Allah suka..kdg2 pe yg Allah tak suka,kita masih suka nk buat...betul x?

sama2 muhasabah diri kita...;)

hasrulwahid said...

guane bengong sangat pokcik tu? hahaha
gilo

ainraus said...

sengal punya pakcik. semoga dia sedar apa yang dia cakap satu hari nanti. -.-

wannurfazrini said...

bengong pakcik ni . dia kata dia byk pahala ? mana dia tahu haihhh

Alip Apai said...

bro.tulisan tu jaga2 sket."Sebenarnya, tak kiralah dalam dunia ni, kau sembah Allah ke, Dewa ke, Jesus ke, semuanya sama".itu dh menghampiri syirik kecil..lari akidah tnpa kita niat n sedar..juz ingat mengingati..

Miss Meen said...

Bila baca entry neyh hati sayu laa pulak..Mungkin kesal dgn sikap PAKCIK tadi tuh...

Heheh naik kapal terbang??Sah sah laa xdapat naik..dr situ dah dpt agak..PAKCIK itu MENTAL !!!

Jgn layan 0rg yg dangkal 0rgnya..Hidup tak pernah puas dgn apa yg diberi.. Musibah 0rg lain dijadikan bahan?Sepatutnya amek ikhtibar..

Buat Apis ...jgn kata kam0 tak layak tulis entry keagamaan yer ^_^
ISLAM itu LOGIK...Seperti mana kita pikir secara positif dan logik IT'S THE WAY OF ISLAM

^_^

iKhRam said...

bila orang tak bersyukur berkata2..
sepatutnya kita menginsafi diri dan mengambil iktibar.. ini tidak.. seronok pula orang lain dapat bahana..

islam mengajar kita supaya membalas perbuatan jahat dengan berbudi pekerti..

saya juga bukan remaja islam contoh.. tp saya mampu untuk berfikir mana yang elok dan mana yang tidak..

orang tua selalu menganggap diri mereka betul, biarpun mereka umpama ketam di pesisiran pantai..

diam itu tak selalunya tanda bersetuju.. adakala diam itu lebih baik dari dilabelkan yang bukan2..

itu ajaran keluarga aku biarpun aku tak menyukainya.. benang yang basah, kalau ditegakkan tak selalunya orang suka.. tak adilkan dunia.. huhuhu

ok apih, gud luck k?
dunia hari ni tak tentu lagi buat baik dibalas baik.. yg tu kene ingat k? biarlah allah yang maha adil yang membalasnya.. itu hakiki..

Azewas said...

hurmmm.....cnth klu ko wat homework kn...tp ko wat tuh salah x btul.....ad ke dia trus bg penampar or rotan ko...xde kn..dia akn suh ko wat pembetulan dlu kn...sma lah cam tjuk entry ko tuh.."kenapa tuhan x balas on the spot" sbbnya tuhna nk kite(manusia) memperbetulkan kesilapan yg kita buat slgi kita termampu...."Allah itu maha mengasihani dan maha pengampun"......

smgoa mak dan ayah ko slmat dlm mengerjakan ibadah umrah....aminn....

catus said...

niat dia nk brgurau kot..tp trsentuh isu sensitif lak..think +ve..

Anonymous said...

Allah cuma 1. tak sama dengan yang lain. hati2 ye penulisan tu.

Anonymous said...

serius bg pendapat aku. ko kurang ajar dgn org tua tue sgt wei. aku baca pun rasa ko yg salah 100 percent. Yer, pakcik tue ckp psl jepun tue salah..tp ko yg mulakan dlu. ko attack dia ckp dia xsempat mati n ckp dia mati dlu. Mati ketentuan Allah. ko xle suka2 ckp pakcik tue mati dlu ke ko mati dlu. org tua sensitif plus2 lagi ko ckp kurang ajar...ko berana ckp psl mati..dia cume ckp psl topic. tapi ko dh libatkn peribadi. ko muda lg ko xnmpk benda nie. dah tua ko baru akan nmpk sebenarya org tua xsakitkn ati kita.sb darah melayu ni, slalu pk akal dari hati..sebenarye ko kne pk 2 2 skl.
maafla klu komen ni menyinggugkn tuan bdn k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...