My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

29 April 2011

lelaki dan ego tak dapat dipisahkan



Kunkun!!


Mengeluh. Terlalu kerap keluhan itu keluar dalam tempoh seminggu ini. Masalah? Memang. Semua kerana masalah. Setiap orang ada masalah mereka sendiri tidak kira besar atau kecil. Dan setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Lagipun hidup ini kalau tidak ada masalah, tidak menarik. Betul?


22 tahun hidup, pertama kali melalui masalah sebegini. Entah siapa yang tidak berpuas hati, mencalarkan satu-satunya kereta yang selama ini menjadi kaki. Mungkin bergesel dengan kenderaan lain, kata mama. Tapi tidak. Memang itu calaran dari orang yang tidak berpuas hati. Tapi kenapa? Ahhh! Stress. Mengeluh. Walaupun pahit, terpaksa terima hakikat, bukan semua orang sukakan kita sebab kita sendiri bukan suka dekat semua orang. Menarik bukan hidup ini? Mengeluh lagi.



Maka cerita kereta kesayangan dicalarkan menjadi status Facebook. Ya, kawan-kawan komen. Memberi kata semangat, mengutuk pelakunya. Tukang 'Like' status juga sukakannya. Tapi walau 1000 'Likes' ditekan, tidak dapat mengubah apa-apa. Calaran itu tetap sama, tidak bertambah atau berkurang walau seinci.


Ceritanya berterusan bila satu pesanan ringkas diterima. Si dia menyuruh bersabar, membuat satu cerita kelakar dari kejadian itu. Tapi maaf, mood hilang. Jangankan ketawa, senyum pun berat untuk diukir.


Tapi dia tetap memberi kata semangat walaupun berbentuk sindiran. Apakah dia masih berpegang pada janjinya? Untuk tetap bersama walau susah dan senang. Patutkah ditanya? Biarkan. Biarkan aku dengan andaian aku sendiri. Terima kasih kawan, kau masih kotakan janji itu walaupun tidak pernah aku tuntut.


Si dia hanyalah seorang kawan yang pernah rapat satu ketika dulu. Tapi aku renggangkan persahabatan itu selepas dia meluahkan isi hatinya. Berkawan dulu baru ceritanya sempurna bukan? Mengeluh. Tidak semua cinta itu indah. Cinta, kau dah renggangkan aku dengan dia.



Maaf kawan, walaupun ego yang selama ini dijunjung tinggi telah direndahkan, perasaan sayang itu tetap sayang seorang kawan. Langsung tidak bertukar lebih dari itu.


Tak sangka, dia sayangkan aku sampai macam tu sekali.
Tapi maaf, aku pernah cuba sayang dia tapi aku gagal.
Maaf kawan, aku gagal sayang kau macam kau sayang aku.
Maaf ego, aku terpaksa turunkan sedikit darjat kau demi kebahagiaan aku.


ps : Kalau cinta satu permainan, maka cinta bukan permainan kegemaran aku.


Kunkun!!



9 comments:

fatin :)) said...

cinta permainan yang paing teruk dan menyakitkan ;|

fatin :)) said...

*paling

pelangi said...
This comment has been removed by the author.
Mra Mastura said...

oooooo.... xtau nak komen ape.. sabo ye ego

Hakim IS Mikah said...

terbaik la susunan ayat ko..thumbs up!!

Hakim IS Mikah said...

terbaik la susunan ayat ko..thumbs up!!

pelangi said...

kalau cinta satu permainan, maka cinta juga bukan permainan kegemaran aku...
jika cinta datang sekadar menyakiti.. apa ertinya..
pape pon,, lau kau jumpa pembuat kereta kau sebegitu terok thp koma tuh,,bantai jek dia,,haa
baikk?
<3 <3

ira-yoshida said...

uit, sedih tu kereta calar..

btw, ur words mmg da bomb!

Anonymous said...

cinta bukan satu permainan tapi cinta adalah satu kehidupan. bagaimana anda menc0rakkannya , begitulah kesannya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...