My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

26 February 2012

dia palsu macam push up bra yang dia ada





Aku perkenalkan dulu. Dia perempuan Melayu. Dia kawan aku. Kami kenal dari muka buku. Pernah beberapa kali aku jadi tempat dia mengadu. Aku tolong sebab aku rasa dia sangat perlu. Tapi itu cerita dulu.


Dia kata aku antara orang paling dia percaya walaupun dia tahu aku gila-gila. Sebab itu semua benda dia cerita. Sampaikan soalan tentang coli yang dia pakai pun dia bagitahu bila aku tanya. Dia tetap bagitahu dia pakai push up bra walaupun dia tahu aku sengaja tanya.





Pernah sekali kami berdebat sebab sifat talam dua muka. Aku kata itu lumrah setiap manusia. Aku juga talam dua muka dengan sesetengah manusia. Namun dia tak suka. Dia bukan hipokrit katanya. Bermatian dia mahu menang bicara. Aku biarkan saja.


Kami berjumpa pada satu hari. Duduk semeja di sebuah kedai kopi. Sedang rancak berbual tiba-tiba masuk seorang lelaki. Duduknya tidak jauh dari kami. Dia kata lelaki itu antara lelaki yang paling dia benci. Dia harap dia tidak akan jumpa lelaki itu lagi.


Kata dia, lelaki itu bekas kekasih adik dia. Lelaki itu buaya dan adik dia setia. Aku senyum saja. Perkara biasa. Setiap kakak mesti pertahankan adiknya.


Lelaki itu berdiri dan lalu di sebelah kami. Dia menegur kawan aku tadi. Lelaki itu menghulur salam dan aku sambut dengan senang hati. Tingkah laku mereka berdua aku perhati. Lelaki itu tanpa rasa bersalah bertanya tentang adik perempuan kawan aku yang pernah dia sakiti dan dijawab dengan baik oleh kawan aku sebelum lelaki itu berlalu pergi. Aku ketawa geli hati.


Aku kata dia yang hipokrit sebenarnya. Dia pun talam dua muka. Di belakang lelaki tadi dia kata dia benci sebenci bencinya. Di depan pula dia berlakon seperti tidak ada apa-apa. Dia kelu tanpa kata. Dia kata dia terpaksa.


Tapi aku tak kisah semua itu. Tak kira dia talam, pinggan mangkuk atau sudu, dia tetap kawan aku. Aku tetap terima walaupun dia palsu. Aku tetap maafkan dia walaupun dia hipokrit dengan aku. Memaafkan bukan sebab mahu. Tapi sebab aku masih perlukan dia dalam hidup aku.


ps : Tanya pasal coli tak jahat, sebab lelaki berfikir tentang seks setiap 7 saat ;)




14 comments:

Hakim said...

Hipokrit tu lumrah hidup.Memang kadang2 perlu macam tu.Tapi,kalau dah sikap Hipokrit tu macam makan nasi,memang standby dapat flying kick.

Natasya Naslin said...

semua manusia ada masa dia akan jadik talam dua muka.. rela @ terpaksa.. hohoho. tp kalau dah over limit, mmg cari pasal la. huhu

pasal member kau tu, wow.. she's really OPEN minded eh.. sume hal bgtahu..

CekbOlat-bOlat said...

die tkut kot dgn lelaki tuh? heheh..

serius 7saat? erkkk -___-

♥ MS ♥ said...

kadang kadang ada masa kita kena hipokrit . hehhe, wow! setiap 7 saat? HAHA

cikpia said...

hipokrit itu cara hidup. he he....

ainna baijan said...

mungkin itu cara utk beradaptasi dengan seseorang....hehehe

s u a r a h e a R t y said...

:)

Nana said...

seriuss 7 saat??omaigod.

=o) said...

isaac josh olswen read this

Nasuha Suhada said...

dah baca. ;)

Rapunzel Cikilolo said...

tu bukan hipokrit. tu menjaga hati...

aswadz said...

jaga hati kot. lg pun mgkn x nak create havoc dpn org ramai.

Eija zolkifeli said...

hipokrit itu kekadang perlu untuk menjaga hati sesiapa saja~~~

7 saat?? fakta ke ni...ahaksss...

Anisah Ramli said...

7 saat? HAHA sepanjang-panjang entry terbaca yg kuning tu je. Nice blog bro xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...