My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 February 2012

boleh ke saya nak jadi kawan awak semula





Dan akhirnya seorang lagi kawan mula renggang. Kemesraan yang pernah ada kian hilang. Pada awalnya semua elok dan tenang. Namun semua berubah bila timbul rasa sayang. Sempadan antara teman dan kekasih cuba direnang. Tapi malang ia terhalang.




Bukan salah dia sepenuhnya. Aku salah juga. Aku buka hati untuk bercinta. Aku terima dia seadanya. Aku kongsi suka dan duka. Aku memberi bahu untuk dia bersandar bila hiba. Semua dengan harapan rasa cinta akan tiba. Tapi tidak berjaya. Silap aku aku rasa.


Dia kawan yang hebat. Dia kawan yang memberi oksigen bila aku penat. Dia buat aku rasa sihat di saat aku sepatutnya tenat. Dia sumber inspirasi bila aku rasa aku tidak kuat.


Semua itu telah berlalu. Kalau aku minta maaf berjuta kali sekalipun tidak akan merubah apa-apa kerana semua telah berlaku. Cuma aku mampu berdoa semoga dia berbahagia tanpa aku. Semoga akan ada seorang lelaki yang mampu mengubat hati dia yang sayu. Tapi kenyataannya sangat berbeza antara dia dan aku. Sebab itu agak mustahil dua hati itu cuba bersatu.


ps : Saya rindu awak sebagai kawan macam dulu-dulu. Sungguh tak tipu ;)




17 comments:

hana said...

putus sahabat mmg menyakitkan..
try la approach dia tuk jd kawan semula.
=D

Nasuha Suhada said...

meh la kita berkawan semula.

s u a r a h e a R t y said...

:)

azeelia azman said...

hey be strong. everything happens for a reason rite. approach dye balik lah. mana tau. korang akn jadi mcm dulu.

:)

ein said...

same goes to me... hanye Allah sje yg thu...

Anonymous said...

rasa mcm hilang byg2 sndiri.

spesispenunggu? said...

kenape same ni? wuwuwu.. T__T

massofiamdali said...

kita hadapi situasi yang sama :(

Asy Faro said...

=)

nursayidatina said...

im experienced this before.

its so sad.

she'll be your friend back , insya'Allah.

Fendy said...

berkawan dan terus berkawan...

hafiz hafizol said...

berkawan biar 1000, bercinta biar 1.

nur chahaya abadiey said...

salam..

sedihnya..saya jg pernah melaluinya..
dan skrg sy sntiasa mendoakan dia..smoga berjmpa dgn insan yg lebh baek dr sy..
kdg2 rasa mnyesal utk lepaskn dia pergi..tp sy percya..kalu jodoh sy dgn dia.insyaAllah dia akan dtg kmbli..

skrg fokus mengejar cinta Illahi n mmperbaiki diri..INSYAALLAH..

cik nAdyYa ツ said...

saye rindu sahabat saye itu :(

akuEz said...

"if u love smthing,let it go..
if it comes back to u,its yours forever..
if it does not,then it was never meant to be.."
;)

dear yayah said...

doakanla kebahagiaan sahabat tu dunia akhirat :)

ELFarahin said...

memang menjadi masalah bila kita melanggar jurang persahabatan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...