My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 May 2012

lelaki itu buat aku rasa suka dekat dia



Aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Silap juga keluar masa orang balik dari kerja. Pergerakan kura-kura. Di sebelah kiri ada kereta yang baru dibeli agaknya. Plastik di kerusi masih ada. Kereta bergerak dan berganti kereta lain pula.




Tiba satu ketika pintu kereta sebelah dibuka. Pemandunya keluar meninggalkan kereta. Seorang lelaki segak berkaca mata hitam kacak bergaya. Kelihatan rantai di lehernya berkilauan terkena cahaya. Aku diam tak terkata. Malah perempuan di sebelahnya cuma mendongak kepala. Apa hal dia keluar tiba-tiba? Kehabisan minyak atau ada kemalangan di depan sana?


Dia berhenti di belakang kereta di depannya. Beberapa mata memandang penuh tanda tanya. Ada orang di tepi jalan merakam perbuatan lelaki itu dengan kamera. Aku terpinga. Pemandu di belakang juga sama.


Lelaki itu berdiri semula. Ada anak kucing di tangannya. Namun lampu isyarat sudah bertukar warna. Lelaki itu bergegas masuk ke dalam kereta. Anak kucing dibawa bersama. Dia mengangkat tangan tanda meminta maaf atas perbuatannya. Aku balas dengan mengangkat ibu jari tangan kanan sebagai tanda kagum tahap maksima.


Dia mulia. Itu aku boleh kata. Nampak comel pun ada. Pedulikan rantai berloket di leher seorang jejaka. Pedulikan perempuan berambut perang yang duduk di sebelahnya. Luaran hanya gaya. Ada buah yang baik isinya walaupun kulitnya menyakitkan mata.


ps : Lelaki yang betul-betul penyayang adalah yang sayangkan binatang ;)


16 comments:

UniMeOw said...

how sweeeeeeettttt~~~!!!!! ;D

s u a r a h e a R t y said...

:)

xila riston said...

wewiiiiittttttt

Asyiqin Haulisah said...

subhanaAllah saya suka lelaki itu. :)

missina said...

so sweeettt,,memg penyayang lah lelaki camni,,biar muka legend tapi hati kiut,,,;)

Anonymous said...

sayang lelaki itu tak sayang akan diri sendiri.

aJieM_iyMa said...

oh.. speachlesss! nak diaa! :D

Najwa Zahari said...

Comelnya~ Where you find this guy? haha :D Kucing tu pasti akan kenang dia sampai bila2. ^^

Ardini Izzati said...

That guy is so nice. Mana lagi laa nak jumpa orang macamni. Hebat :)

Mialia said...

ehe, mak sy pernah jumpe... nsib msa tu bukan dalam kereta.. haha

HETTY ZULAIKA said...

menyayangi sesama mahlok adalah wajib....

Makbed said...

shomelnyeeee...

Nur Aischa said...

wahhh bestnya :D tahniah ya apih, semoga lebih berjaya dlm dunia bloggong & apa jua bidang yg apih ceburi k ^_^

Tulip said...

:) kelebihan dan kekurangan masing-masing kan....
(^_^)

♥ MS ♥ said...

subhanallah. speechless :')

Qarr Jalil said...

agree.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...