My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 May 2012

sepatutnya awak jadi kekasih saya




Lama dah aku suka dia. Kiranya memang dah lama aku pendam rasa. Kerap kali kami bertepuk tampar ketawa bersama. Dia selesa dan ceria. Aku selesa dan bahagia. 




Pernah terlintas untuk aku luah rasa hati. Nak cakap aku tak berani. Jadi aku tulis dekat mesej tapi aku tak hantar sampai hari ini. Aku cuma mampu cakap dalam hati. Saya sayang awak dari dulu lagi. Saya harap awak terima cinta yang saya bagi. Semua itu aku jerit kuat-kuat dalam hati.


Aku tak berani cakap aku suka dia. Kadang-kadang aku tak tahu aku lelaki jenis apa. Dalam Facebook atau Twitter bukan main bising sini sana. Tapi dengan seorang perempuan yang aku suka aku tiba-tiba jadi macam anak dara. Penakut gila.


Pernah aku kata aku suka dia. Dia ketawa. Dia kata aku kuat bergurau senda. Kemudian aku tukar cerita. Sedangkan aku sepatutnya tegaskan apa aku kata. Ibarat aku tak boleh kawal diri aku bila aku dengan dia.


Hari ini sebab sikap tak berani aku itu aku terpaksa telan semua. Aku tak berani bagitahu dia aku suka dia. Jadi aku terpaksa beranikan diri tengok dia bahagia dengan orang dia suka. Salah aku juga.


Aku tak berani terus terang sebab takut dia tak terima. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak guna. Jadi biar aku tanggung semuanya. Awak, awak tetap kawan saya sampai bila-bila.


ps : Hearts are often broken by words left unspoken ;)



19 comments:

Cik Diana said...

alO.. mcm frust plak bunyi nya. cuba dulu larh cakap. mana taw berkOngsi rasa yg sama :)

Rozuan Ismail said...

ala sedihnya

zera eira said...

jangan dipendam sangat perasaan tuh. luah kan dgn serius lahh. baru lega. sapa tahu mungkin ta bertepuk sebelah tangan? :)

[Zanyy.Bobo] said...

God know everything :')

cik nAdyYa ツ said...
This comment has been removed by the author.
cik nAdyYa ツ said...

luah la selagi leh luah ;D

Crew Fathi said...

Amboi.. Cam frust ja bang.. Hihi.. Lex lah.. OK.. Cool.. ^__^

gadis oren said...

usaha tangga kejayaan !

Maira Adreanna said...

Ni sape pulop?

Khai said...

sedih bro. aku faham apa yg ko rasa. aku pernah rasa dan aku berjaya luahkan tapi jawapannya mengecewakan. sekarang ada tembok halimunan yg besar di antara kami. hilai tawa tak seperti dulu.


the end.

luqman zakaria said...

sabor yer..jgn pendam2 luahkan!! tapi tuh la yer..bukan senang nak luah kan perasaan nih..hehe

ezyra daniel said...

abg,,why u be like this...?see ..kan diri sndri da kecewa..
hmmm tk best laa camnie kn
leh kali jgn takut luahkan ur feeling yahh!!!

IEQAH said...

kalau org tu masih singlee boleh la mencuba tapi lau org tu da berpunya cukuplaa cinta dr jauhh

Anonymous said...

Be a MAN!!!!

aziekz said...

dgr ckp akak..(nka kata dgr ckp org tua..mmm tak nak ngaku tua lg),,


cuba terus terang..bg msej pun tak pe..ckp..saya suka awk dr dlu lg...
tp sbelum tu chek..kot2 dia berpunya tak nak la awk plak frus..

ckp tau,,insyallah klu anda baik,,jujur...msti dia fkirkan terbaaek punye..:)

apapun good luck..bnyakkan doa...:)

Miss Aainaa :) said...

aku pun pernah rasa :) tapi aku sanggup simpan perasaan nih sampai bila-bila daripada hilang dia sebagai seorang kawan. kalaulah dia tahu hati nih :D

erra vroom said...

ego kau menhantui diri kau.. kau kena cool la der.. http://erravroom.blogspot.com/

Amir said...

Been there before, bro.

Sucks when that person considers us as only a friend.

ELFarahin said...

tak boleh blah dengan ayat "anak dara" tu. Hahaa..LIKE entry ni! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...