My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 May 2012

hari ini evolusi industri lucah malaysia





Dulu cita-cita aku adalah wartawan. Tak kira wartawan majalah atau akhbar harian. Janji aku bekerja di satu tempat yang membolehkan aku menulis tentang sesuatu kejadian. Janji wartawan.




Temuduga aku menemui kegagalan. Jadi aku menyambung pelajaran dalam kursus yang aku ambil sekarang dalam keterpaksaan. Cita-cita wartawan semakin hari semakin aku tinggalkan.


Pagi ini satu akhbar aku baca. Tertera di muka depan tajuk 'Skandal Seks Pelanduk Dua Serupa'. Gila. Ini akhbar yang dibaca jutaan mata. Ini akhbar yang dijual merata-rata.


Wartawan yang menulis membuatkan martabat wartawan bergoncang. Akhbar tersebut menyiarkan keratan gersang. Cerita seks terpampang. Dan keratan berita ini tidak ubah seperti majalah Mangga atau FHM yang memaparkan gambar gadis separuh telanjang.


Aku cuma sangsi dengan tiga benda. Yang pertama di mana kredibiliti wartawan yang pernah aku sanjung dulu kala. Yang kedua kesan kepada kanak-kanak yang belum tahu apa-apa. Dan yang ketiga bagaimana mudahnya fitnah disebar demi pangkat dan kuasa.


ps : Barangsiapa mengaibkan orang atas dunia, Allah akan buka aib dia di akhirat sana ;)



9 comments:

IFA Athirah said...

whoaaaaa.....

Khai said...

eh, dah tukar layout. nampak sgt aku dah lama tak jenguk sini. haha

betul tu bro. dulu metro. sekarang utusan pulak. cd lucah tak bermakna lg kini. hahaha

just saying

Ainur Hamzah said...

yeah. setuju. macam mana kalau budak-2 yang baca kan.
BTW, thank you for sharing ;)

ainna baijan said...

betul.....sepatutnye akhbar kene la lebih prihatin terhadap kandungannye yg sememangynye di bace oleh semua lapisan masyarakat:)

Haruno Hana 하나 said...

terbaca status guru kat news feed, ada anak murid yg tanya sal gambar lucah kat akhbar n guru tu tergamam sbb hal camni..

Anonymous said...

Kenapa blog ni bertukar??

i said...

mentaliti sempit kerana kuasa..

izwanyusof said...

mentaliti sempit kerana kuasa..

Miss Aainaa :) said...

tahu takpe. sakit hati bila tv3 boleh keluarkan video blue muka anwar ibrahim. makin hilang moral rakyat malaysia orang melayu bila media massa sendiri jadi punca keruntuhan akhlak orang muda. bila baca metro apatah lagi, dah macam baca novel lucah je. -.-" terlebih emo pulak. maaf !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...