My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 September 2012

musnah



Kami berjumpa. Terasa ada kimia. Kami mula mesra. Berkongsi kisah lama. Bercerita apa saja. Saling simpan rahsia. Timbul rasa suka. Bahagia bersama. Ketawa bersama. Menangis bersama. Tapi kami tak pernah bersumpah untuk mati pun bersama.




Satu hari timbul salah sangka. Timbul sengketa. Entah salah siapa. Masing-masing nak tunjuk ego yang ada. Nak tunjuk hebat kononnya. Keras kepala, sombong gila.


Sampai satu masa salah seorang berhenti mencuba. Tiada lagi pujuk rayu manja. Kurang bercakap sesama kita. Tiada lagi berbalas mesej sampai berjam lamanya. Tiada lagi komunikasi mesra macam dulu kala. Timbul rasa berbeza. Rasa terhina. Rasa kurang selesa. Rasa serabut kepala. Rasa tidak selera.


Hari berganti hari. Kenangan mula hilang tanpa disedari. Gambar dalam dompet dimasukkan dalam laci. Jangan putus asa lagi, kata akal mengubat sepi. Orang itu dah benci, bisik hati. Tak tahu mana nak pergi. Kiri duri kanan pun berduri. Remuk hati. Sakit sekali. Akhirnya orang yang paling disayangi menjadi orang yang pernah dikenali.


Kebanyakan cerita cinta sama di pengakhiran, walaupun berbeza di permulaan. 

Sedih bukan?


ps :  Manusia berubah, sebab hati dia pernah punah, patah dan musnah ;)



6 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

jiwang jiwang jiwang and still i read and read and read,,, huhu,, moga brbaik semula nanti,,

Fiza Suhaimi said...

walaupun dia pergi tetapi memori yang terindah itulah sentiasa dikenang kan.. :')

Yana Sakura said...

walaupun musnah..harap korg tetap akn jd kawan..jgn jd musuh tau..sabar.. =')
pasti akn yg lbih baik utk kita..
memori tu mmg akn sntiasa terpahat di hati kan walaupun sakit..so,jdkn ia pengajaran.. =)

Zul De Alexis said...

semakin lama kita lalui percintaan itu semakin byk dugaan...disitu nnt pasti kita akan jumpa kejujuran dan keikhlasan

Ain Dzaya said...

peh sahdu sungguh!! memang semua jalan cinta tu sama, tgokla dah bp billion manusia yg hidup..muehehe..tp yg tu ta penting..yg penting bagaimana kita menghargai dan menjalani jalan cinta tu..:) percaya, setia, jujur..

cm baru putus cinta je..meh kita kool kan diri minum kopi sesama.. :">

Mk Syahir said...

sungguh puitis..umpama embun pagi dan gerimis..bisa membuat dia menagis..tanpa sedar air mata menitis..

kih kih kih..gua follow sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...