My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 September 2012

itu orang kata



Duduk menongkat dagu di meja. Tangan digerakkan di skrin telefon kaca. Atas bawah dihala. Mata juga atas bawah membaca. Bibir sekejap tersenyum sekejap ketawa. Orang kata aku gila. Orang kata aku bahagia.


Itu orang kata. 






Aku bosan. Jadi aku buka Tweet kawan-kawan. Tersenyum dengan berita sukan. Ketawa dengan berita hiburan. Bukan aku SMS dengan perempuan. Entah macam mana nak SMS bila kredit telefon sudah tamat tempoh sebulan.


Itu orang tak pernah kata.


Duduk keliling meja. Berborak tak ingat dunia. Ada kawan buat lawak gila-gila. Aku ketawa. Aku pula buat lawak selamba. Kita ketawa bersama. Orang kata aku sempurna. Tak ada masalah sebab asyik gembira.


Itu orang kata.


Aku manusia biasa. Ada rasa dalam jiwa. Aku gembira, untuk menutup luka. Aku ketawa, untuk hilangkan air mata. Aku sorok rasa. Aku jarang luah semua. Spesies manusia perahsia.


Itu orang tak pernah kata.

Tapi biar apa orang kata. Itu hak mereka. Biar saja.


ps : "Ikut kata hati sendiri. Itu paling penting sekali," aku kata dengan pasti ;)


 

5 comments:

hafiz hafizol said...

OK

bukankosong said...

bukan senang nak senyum

senyumlah at least rite?

happy sudahhh

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

snf said...

kebahagiaan bukan sepertimana orang lihat tetapi sebagaimana kita yang rasa.heheh.yakinlah bahagia itu milik setiap orang..

Nur Azila said...

betul.. bila kita tak senyum masa tgh fokus but kerja, org suruh kita senyum. Bila kita buat kerja sambil senyum, orang kata kita ni angau, gila,,macam tu pula.. itulah orang kata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...