Tweet
Follow @afifelnino
Aku datang ke sini tiga tahun lalu. Aku panjat tangga satu per satu. Tanpa rehat tanpa jemu. Keyakinan adalah senjata aku. Aku kayuh perlahan seperti perahu. Aku nampak ada yang laju macam peluru. Aku tak kisah semua itu.
Teringat waktu dulu. Nak ada blog satu, itu impian aku. Konon nak cuba sesuatu yang baru. Itulah aku. Dan aku tak akan lupa impian itu.
Apih El Nino Bernafas Dalam Ego tertera. Macam-macam orang kata. Budak lelaki muda. Budak lelaki yang masuk majalah Remaja. Budak lelaki yang buat orang kagum dengan entry dia. Sampai ada yang iri hati dan buat propaganda. Semua sebab dia rasa aku ada semua. Ada nama. Ada hidup yang selesa. Ada peminat di mana-mana. Aku diam saja.
Kalau aku ada kuasa aku mahu bertukar posisi. Biar dia duduk di tempat aku sehari. Dia akan sedar apa yang dia kata itu terpesong sama sekali. Itu aku pasti. Aku harap sangat dia baca entry ini. Supaya dia tahu apa yang dia rasa selama ini cuma ilusi.
Masa berganti masa. Rasa sunyi mula ada. Sunyi sebab masa perlu dibahagi dua. Kadang-kadang tiga, empat dan lima. Masa untuk kerjaya, keluarga dan blog juga. Sebab hidup ini ada naik turun dia. Peluh yang mengalir dari kepala. Dan air mata yang menitis di dada. Semua itu aku dah rasa. Sebab bertahan selama tiga tahun bukan semudah yang disangka.
Terima kasih blog hitam untuk tiga tahun yang singkat rasanya.
Terima kasih blog hitam sebab sentiasa ada saat orang lain tiada.
Terima kasih yang tak terhingga.
Selamat ulang tahun ketiga.
ps : Terima kasih untuk semua sokongan. Terima kasih kawan-kawan ;)
13 comments:
entry awak semua menarik...thats why ada y dengki..bese laahhh tu...manusia kan :)
selamat menyambut ulang tahun y ke 3 :)
tiap kali bc entry awk , mcm terpukau , awk mcm sumber inspirasi , lebih2 lagi awk salu share kisah hidup yang ada kala tak sempurna . abaikan mereka yang setiasa tak puas hati yang pasti kita jd diri kita sendiri , and apa yg kita coretkan adlh mengenai perasaan kita sendiri bkn la rekaan smata mata :) keep it up apih :) kunkun!
epy anniversary..
org slalu ckp "kena jatuh dulu baru boleh bangun" ^_^
maaf kerana baru mengenali hari ini...moga terus sukses =)
terpersona gua baca setiap penulisan lu...sungguh ohsem..
semakin kta dikenali semakin ramainya membenci itu sudah menjadi adat dalam liku kehidupan.
Selamat ulangtahun ke-3 ye..
selamat ulang tahun blog ni beb! ^^
selamat ulang tahun apih,, akan salu baca blog ni,, insya ALLAH :D
CONGRAT HIHI STYLO BLOG NIH,, FOLOW BRO HIHIHI
rilek rilek sudeh. hidup memang macam ni. :)
Epy anniversary..semoga sukses slalu
Selamat ulang tahun ke 3, "Bernafas dalam ego" kunkun!
salam...sue dh follow yew....:)
Post a Comment